Pages

12 Ogos 2009

Kek Jam Nanas Crumble

Kek jem nanas crumble ini resepi asalnya menggunakan kelapa kering sebagai crumblenya. Tetapi resepinya telah diubah sedikit untuk memberi sedikit kelainan. Crumb sebenarnya adalah taburan yang dibuat dan ditaburkan di atas kek sebelum membakar. Taburan crumb ini akan menjadi rangup setelah kek masak sepenuhnya. Kerangupan crumb ini sangat sesuai dengan kelembutan kek jem nenas dan apabila anda menikmati kek ini anda dapat merasakan dua tekstur yang berbeza. Satu, tekstur kek yang lembut manakala tekstur atas kek(crumb) itu adalah rangup! Best..... Kalau tak caya cuba lah!

Bahan-bahan A
125gm  (1 cawan+1 sudu makan) mentega
150gm (¾ cawan) gula halus
2 biji telur
350gm (1 ¾ cawan) tepung halus/ superfine
 ½ camca teh serbuk penaik
80gm (1/3 cawan) jem nenas
50ml (¼ cawan) krim masam

Bahan-bahan B Crumble
50gm (¼ cawan) gula perang
50gm (¼ cawan) tepung gandum
50 gm (¼ cawan) serbuk roti/ nestum 
50gm (¼ cawan) mentega

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada 180 degree Celcius. Lengserkan tin kek dengan mentega dan alas dengan kertas minyak.
  2. Sediakan crumb dengan mencampurkan semua bahan-bahan B. Gunakan mesin, mesin pemprosesan atau ramas dengan jari. Bancuh atau uli campuran itu sehingga membentuk serbuk roti. Ketepikan.
  3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan. Dengan menggunakan pemukul, pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur dimasuk satu-persatu dan pastikan setiap telur dikacau sebati sebelum memasukkan telur yang berikutnya.
  4. Masukkan krim masam dan kacau. Kemudian masukkan tepung dan kacau sebati. Akhir sekali dengan menggunakan senduk, kacau jem ke dalam adunan kek sehingga agak rata.
  5. Tuangkan ke dalam tin kek dan taburkan crumb ke atas kek dan bakar 35 minit atau lidi pencucuk tidak melekat apabila dicucuk dalam kek.

0 comments: