30 Disember 2010

Ayam masak gajus

TETIBA perut keroncong tak tau nk masak apa? Sebenarnya gambar nih dah lama terperuk dalam peti besi saya cuma belum sempat nak berkongsi dalam blog nih jer. So bila korek2 dalam folder, ternampaklah gambar nih. Jadi terpikirlah nak buat post baru. Actually sebenarnya hidangan ini saya makan semasa pi jalan2 kat Hadyai. Chek Pi  makan kat tepi pantai dia yang atuh! kat Songhkla. Yang ada gambar ikan duyung sexi tuh hehe. Sempat jugak lah wusha2 ikan duyung tuh tapi takde respon hahaha. Bagi mereka yang berkesempatan pergilah Hadyai, makanan dia memang syok habis.
Jadi antara makanan yang saya order adalah Ayam masak gajus nih versi Thai. Dia ada yang versi cina tetapi versi cina dia ada letak cili kering. Ada boleh menggunakan ayam dengan tulang2nya jika suka tetapi saya suka jika tanpa tulang. Bukan apa senang nak ngap heheh. Jom lah layan resipi nih kot2 terpacul idea u all nak masak sesuatu untuk bekalan anak tekak di waktu tghari ini atau malam ke kan hehe.

Bahan-bahan
1/2 ekor isi ayam
1 biji bawang Holand besar yang warna kuning tu} dihiris
3 ulas bawang putih}dicincang
1 tangkai daun bawang}dipotong lebih kurang 1 inci
1 biji cili hijau
1/2 inci halia
5 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan jenama nampla
1/2 cawan gajus} digoreng
2 sudu tepung jagung}dilarutkan dengan sedikit air

2 sudu minyak untuk menumis
3/4 cawan air
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,  bawang putih dan halia. Kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak.
  2. Masukkan sos tiram, sos ikan, kiub ayam dan air. Biarkan mendidih sebentar
  3. Pekatkan dengan tepung jagung dan perisakan dengan garam jika kurang masin.
  4. Akhir sekali masukkan gajus, cili dan daun bawang sebelum tutup api. Kacau bagi rata.
  5. Lepas tuh boleh lah korbankan makanan ini sekian.

1 comments:

DJ Dayang berkata...

nampak menarik ni...nanti nk cube. tq 4 sharing