Pages

21 Disember 2010

Cream Cheese frosting/toping keju krim

CREAM CHEESE FROSTING adalah topping yang kebiasaannya disapu di atas kek baldu merah atau kek lobak merah. Sangat mudah disediakan dan enak rasanya. Sekiranya anda ingin menggunakan frosting ini untuk kek cawan atau muffin juga boleh, pasti rasa kek dan muffin  akan bertambah enak.

Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan(360 ml) krim putar/whipping cream- ada dijual di pasaraya di bahagian mentega

Cara penyediaan
  1. Pukul krim keju dengan gula sehingga lembut dan sebati.
  2. Kemudian masukkan esen vanila dan krim . Pukul sehingga sebati.
  3. Sedia untuk disapu diatas kek.

0 comments: