Bungkusan Manis Tropika nih sebenarnya cam popiah jer ! Tapi rasa dia manis. Hidangan pencuci mulut nih sebenarnya adalah hidangan segmen ke3 dalam Hidangan Barakah episod 7 yang bersiaran di TVAlhijrah ok! hehe. Sebenarnya ada cerita disebalik menu nih. Sebenarnya pada masa shoot segmen nih hari tuh sepatutnya bentuknya tak begini . Sepatutnya saya nak bunjut dia macam parcel tapi entah macamana jenis popiah yang disediakan pihak hotel nih, alahai sedih . Jenis yang tak boleh melekat. Serius cuak giler gak biler tenyeh2 taknak lekat adoiii! yelah sebab benda tengah buat nih kamera tengah rakam. Giler tak cuak! Tapi still kontrol macho lah haha. Jadi oleh kerana nak cover malu yang amat nih saya just gulung dan cucuk dengan pencucuk gigi. Alahai masa rakam pun saya goreng ngan pencucuk gigi tuhsekali u oll tapi alhamdulillah menjadi. So kalau nak beli kulit popiah belilah kulit popiah yang bagus kualitinya ok. Lagi satu jangan dibiar kat luar lama sangat nanti keringkulitnya, susah nak melekat. Nanti bila tak leh lekat mulalah nak tergelabah kan? akhirnya ambik action buang jer kulit plak nanti. Jangan!!!! tak baik membazir tau. Ia masih boleh diselamatkan dengan cara cam apa yang saya buat. Apa lagi tak nak try ker menu terkejut saya nih! sedap tau kalau tak buat rugi semua main boh jer! senang!