Negeri Melaka memang kaya dengan sejarah begitu juga dengan makanannya yang beraneka. Antara sejarah yang paling tidak boleh kita lupakan adalah negeri ini sangat masyur dengan heronya iaitu Hang Tuah. Selain daripada itu, makanannya juga unik kerana turut dipengaruhi masyarakat luar negeri maklumlah banyak pedagang singgah untuk berdagang. Macam2lah pengaruh makanannya seperti kaum Portugis, Baba dan Nyonya dan sebagainya.betul kan? Bila sebut negeri Melaka saja, saya sangat tertarik dan menggemari kuih ondeh-ondeh atau nama lain adalah kuih buah Melaka. Walaupun kuih ini berasal daripada negeri Melaka tapi kita mudah mendapatinya di negeri selain negeri Melaka. Terdapat dua jenis kuih ondeh-
19 Jun 2010
08 Jun 2010
kek Butter
Kek butter atau mentega juga dipanggil kek pound di United Kingdom. Kek ini memang kek yang paling senang di dunia untuk dibuat . Selain itu, bahan-bahannya juga senang dicari. Tapi kena tau jugak teknik dan cara membuat kek walau sesenang mana pun kek tuh kalau tak tau membuatnya maka jawapannya confirm dapat kek tak jadi betul tak? Kek Butter sebenarnya adalah asas kek , selain ia amat sesuai untuk membuat kek cawan/cup cake ianya juga terpulang kepada kita untuk mengolah rasa kek nih. Kalau suka perasa coklat tambahkan coklat, kalau suka rasa oren pula boleh jer curah oren sunquick terpulang kepada u all nak rasa apa, tepuk dada tanya tekak eh silap tepuk dada tanya seleralah hehe! Ok apalagi try lah kek butter nih
Bahan-bahan
250gm mentega
250 gm gula
5 biji telur
250gm tepung naik sendiri
1 sudu teh vanila essen
Cara-cara penyediaan
Bahan-bahan
250gm mentega
250 gm gula
5 biji telur
250gm tepung naik sendiri
1 sudu teh vanila essen
Cara-cara penyediaan
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan Telur satu persatu dan kacau sebati
- Masukkan vanila dan kacau.
- Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
- Tuang dalam acuan kekyang bersesuain yang telah disapu mentega dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celsius sehingga masak kekuningan atau dalam masa 30-45 minit atau menggunakan pencucuk kek jika bersih pencucuk bolehlah diangkat.
Labels:
Kek
Langgan:
Catatan (Atom)