Pages

03 September 2010

Biskut Nestum


PADA minggu ini di ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia saya kongsikan resepi biskut nestum. Dari blog ini ada yang message kat saya  agar saya tepek resepi biskut ni di dalam blog, pasal dia kata dia tak sempat salin resepi sebab surat khabar yang dia duk baca tuh dah dikidnap oleh kawannya ahak. Adus tragisnya!  kesiannn si Maya, sanggup kawan awak larikan surat kahbar itu ya! tapi takper Maya! awak leh salin jer resepi  biskut nestum tuh kat sini !Kepada yang lain yang nak cuba buat biskut sendiri di rumah, selamat membuat biskut ok!.  Tahun nih biskut kat umah tak yah nak tunjuk2 lagi dah, buat jer sendiri! so tahun nih kalau buat biskut sendiri, namakan biskut gentel dan bukan lagi biskut tunjuk2 heheh.

Sekiranya u all tak mahu menggunakan nestum boleh lah digantikan dengan emping jagung atau oat. Pasti ia akan memberi rasa yang berbeza. Oh yer lagi satu mesti korang kompius dengan emplex tuh kan. Emplex tuh fungsi dia nak bagi biskut kita rangup. Emplex ada dijual di sesetengah pasaraya dan mudah didapati di kedai2 menjual bahan-bahan pastri. Tapi dont worry be happy! kalau dah puas jalan2 satu Malaysia tak jumpa jugak dengan cik Emplex tuh hehe, U all leh gantikan aja emplex tuh dengan baking powder. Insyallah naik lah biskut korang tuh dengan tembam dan comelnya heheh.  Untuk membuat biskut atau cookies of course memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas tentang cara pembuatannya so U all boleh mendapatkan tip2 asas membuat biskut dengan klik di SINI.

Buat Biskut Sendiri

Artikel dibawah ini adalah artikel yang telah saya hantar untuk ruangan saya  iaitu Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia setiap Jumaat. Artikel yang panjang berjela nih adalah versi original yang sebelum diedit oleh editor. Sekiranya korang ingin membaca artikel yang telah diedit yang lebih pendek sila klik di SINI. Harap korang takdelah berasa muak dan loya2 serta pening2 lalat bila membaca artikel versi yang Ori ini ahak!. Maklumlah agak menjela-jela tulisannya!. Bukan apa masa nih idea macam air terjun! jadi sebab tuh lah panjang hehehe.  Versi Ori nih terpaksa  dipendekkan oleh editor atas sebab kesihatan hehe. Eh bukanlah atas sebab ruang yang terhad.  Editor perlu juga consider untuk ruangan artikel lain dan  iklan sebenarnya sebab tuh lah kena dipendekkan. Oh yer cuba lah resepi biskut nestum yang saya kongsikan dalam artikel minggu ini di Utusan tuh. Try, test, tengok, dan rasa! pastuh komenlah apa rasa biskut nih. Apalagi bacalah artikel nih ok! Selamat membaca versi Ori dan versi edit!