Pages

14 Disember 2009

soft roll/ roti lembut


Ramai juga yang tanya saya bagaimana membuat roti yang lembut. Maklumlah kalau buat roti sendiri kita boleh pelbagaikan citarasa mengikut selera kita. Kali ini saya akan kongsikan resepi soft roll. Ini adalah asas roti dan terserah kepada anda untuk mempelbagaikan roti ini. Anda boleh menggunakan sosej sebagai inti. Selain daripada itu anda boleh menaburkan serunding atau cheese. Antara bahan-bahan yang membuat roti ini lembut adalah menggunakan pelembut roti atau freemat yang boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan2 pastri dan bekeri. Saya letakkan dua resipi yang boleh anda guna. Salah satu resipi saya dapati di laman sesawang myresepi.net dan yang satu lagi memang saya selalu gunakan di kelas2 komersial. Antara tip dan pantang larang semasa membuat roti adalah kita perlu tau bahawa garam boleh mematikan yis sekiranya ia bercampur dengan yis terlalu lama. Jadi sekiranya ingin mengadun pastikan garam itu dicampur sebaik ingin memulakan proses mengadun. Sekiranya anda mencampurkan semua bahan pastikan anda mengadun dengan cepat ok...

22 November 2009

Kek Kaya Coklat

Kek Coklat ini sangat sedap. Tak caya cubalah ! Ramai yang sukakan kek coklat yang kaya dengan coklat dan rasanya yang lembab. Sekiranya anda mahu mendapatkan kek coklat yang lembab, pantang larangnya satu iaitu jangan lama sangat membakar kek coklat kerana ia akan membuatkan kek coklat anda kering. Resepi kek coklat ini memerlukan anda memasak serbuk koko bersama-sama gula dan air. Memasak serbuk koko dapat membangkitkan aroma coklat dan memberi warna yang lebih gelap pada koko kita kerana gula membantu pembentukan caramel dalam campuran itu. Rasa kek koko yang sedap juga pastinya jika anda memnggunakan serbuk koko yang baik kualitinya tetapi ikutlah budget masing2 betul tak?

Bahan-bahan A
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung superfine
1 camca teh serbuk penaik
100gm coklat cip

Bahan-bahan B
60 gm serbuk koko
50gm gula
1 cawan air

Cara-cara penyediaan
  1. Masakkan Bahan-bahan B sehingga larut dan agak likat. Sejukkan dahulu sebelum masukkan dalam adunan kek.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 degree celsius. Lengserkan acuan kek dengan mentega.
  3. Pukul Mentega dengan gula sehingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  5. Ayak tepung bersama serbuk penaik kemudian campurkan dengan coklat chip.
  6. Masukkan campuran tepung tepung berselang seli dengan bancuhan bahan B.
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau sehingga pencucuk kek bersih apabila dicucuk pada kek.

20 November 2009

Pasta Carbonara

Pasta Carbonara sebenarnya adalah pasta yang dimakan bersama2 sos warana putih, Ia diperbuat daripada susu,cream dan parmesan cheese. Isi yang dimasak dengan sos boleh dipelbagaikan dan isi yang asli orang barat menggunakan bacon. Tetapi terserah lah korang nak guna apa tapi saya cadangkan menggunakan isi ayam dan seafood. For sure tangkap lentoklah bila u all try resepi nih sure punya! Resepi ini juga saya tujukan kepada peminta resepi ini iaitu kawan saya Puteri Murni dari RMI. Bahan-bahan 250 gm Spagetti 1 cawan isi ayam/bacon-dipotong kecil 1/2 cawan hotdog-dihiris nipis 1 cawan susu 1/2 cawan krim 1 biji telur kuning 1/2 camca jus lemon 1/4 cawan keju parmesan parut 1/2 camca daun pasley/ketumbar-cincang 1/2 biji bawang besar-cincang halus 3 biji bawang putih-cincang halus 1 sudu teh herba campur(mixed herb) 2 camca makan mentega/marjerin secukup rasa garam Cara-cara penyediaan
  1. Rebus /blanch spagetti hingga kembang dan masak secukupnya.
  2. Untuk sos, panaskan mentega/marjerin dan tumis bawang putih dan bawang besar dan mixed herbs sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging ayam dan hot dog dan kacau sehingga masak.
  4. Masukkan susu, cream dan keju. Kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan telur dan kacau dengan cepat dan laju. Pastikan tiada ketulan.
  6. Perisakan dengan garam secukupnya dan perahan jus lemon.
  7. Tuangkan kuah sos di atas spagetti. Hiaskan dengan daun parsly/ketumbar.

16 November 2009

Pisang sos karamel

Buah-buahan berkhasiat untuk membekalkan kandungan fiber/serat pada kita. Resepi kali ini menggunakan buah-buahan seperti pisang, epal dan kurma yang memang kaya dengan kandungan serat. Pisang mengandungi gula semulajadi seperti glukosa dan fructosa yang memberikan bekalan tenaga kepada kita. Oleh kerana itu pisang banyak diamalkan oleh atlit-atlit apabila mereka bersukan. Selain daripada itu pisang mengandungi tinggi potassium dan ini baik untuk mengimbangi kandungan air dalam badan dan peredaran darah seterusnya dapat mengurangkan hypertension. Khasiat kurma memang tidak boleh disangkalkan lagi dan ia sangat sinonim dengan masyarakat Islam apabila tiba bulan Ramadan dan semasa ini kita disarankan mengambil kurma untuk membekalkan tenaga kita di siang hari. Resepi ini sangat mudah dan cepat dibuat dan ia boleh dimakan semasa sejuk dan panas bersama-sama ais krim vanila

Bahan-bahan
6 biji pisang emas
5 biji kurma
5 sudu gula
1 cawan susu sejat/ krim putar
 1 sudu makan mentega

 Cara-cara penyediaan
  1. Kupas dan belah pisangkepada dua bahagian.
  2. Panaskan mentega dan goreng kan pisang sebentar sahaja. Akhir sekali masukkan kurma. Padamkan api.
  3. Dalam periuk yang berasingan, panaskan gula sehingga membentuk karamel atau bertukar warna keperangan.
  4. Kemudian tuang susu/krim ke dalam gula. Kacau sehingga sebati dan pekat.
  5. Masukkan buah-buahan yang digoreng dengan mentega tadi ke dalam sos karamel dan kacau seketika.
  6. Padamkan api dan sedia dihidangkan panas atau sejuk.


Fettucine sos Bunga Kantan


FETTUCINE adalah sejenis pasta yang berasal dari Itali. Bentuknya leper berlainan dengan spagetti dan pasta yang lain. Pasta diperbuat daripada sejenis tepung yang dinamakan tepung semolina daripada gandum jenis durum.Tepun jenis ini mempunyai tinggi kandungan perotein yang membuatkan tekture pasta ini kenyal dan tidak mudah pecah apabila direbus. Resepi kali ini agak ringkas dan mudah disediakan selain mempunyai lengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sumber tenaga utama dibekalkan pasta yang mengandungi karbohidrat.

Ayam pula membekalkan sumber protein utama yang boleh membantu pertumbuhan badan dan tisu dalam badan. Sos untuk pasta selalunya menggunakan asas tomato dan kali ini sedikit sentuhan kelainan diberikan apabila menggunakan sos tomato, sos cili dan bunga kantan. Bunga kantan memberikan sedikit aroma dan rasa tempatan dan uniknya bunga kantan sering digunakan untuk masakan seperti kerabu dan laksa. Bunga kantan mempunyai kandungan beta carotene yang bertindak sebagai anti kanser. Sayur sayuran buah seperti tomato dan lada benggala memberikan vitamin seperti vitamin c, vitamin B lengkap dan mineral.

12 November 2009

Kek Lobak merah/carrot kek

CARROT cake berkhasiat pasal guna carrot yang kaya dengan vitamin A. Tapi carrot cake ini perlu disimpan dalam peti sejuk supaya dapat mengelakkan carrot tuh menjadi basi dan rosak dengan cepat. Maklum lah carrot tuh kan sayur so sayur cepat rosak. Ini resepi paling mudah yang telah saya olah. Sebenarnya resepi ini telah hilang dari simpanan koleksi resepi peribadi saya, mujurlah kakcik ada menyimpan resepi ini so untuk kegunaan pembaca blog saya semua anda perlu mencuba  resepi yang telah hilang tetapi dijumpai kembali iaitu kek lobak merah atau nama glamernya carrot kek.

Bahan-bahan
1 cawan /200gm mentega
3/4 cawan /150 gm gula halus
5 biji telur- asing kan kuning dan putih
1 cawan/200gm tepung naik sendiri
1/2 cawan/ 60gm serbuk badam @ hazel

Tua vs awet muda

Ini cerita benar bukan dongengan ok. Selalunya bila orang yang tak tahu umur saya dia mesti cakap umur saya nih dalam range 25,26 atau 27. Kembang lah sekejap hehehe walaupun tak kembang mmm.Untuk pengetahuan korang saya nih nak kata tua tak lah tua tapi dalam usia akhir remaja lah heheh. ok ok aku bagi tahu lah 32 TAHUN ok! Sebenarnya tak suka dengan figure 32 tahun, kalau boleh nak terbalik kan 32 tuh jadik 23 tahun. Sudah jangan berangan! dah tua tua tuh terima jer lah.

06 November 2009

Samosa sardin

Ashik samosa daging dan ayam jerk. Pakata try samosa lain pulaklah. Rasa tetap rasa karilah cuma isi dia saya gantikan dengan sardin. Ini adalah atas permintaan kenalan saya. Melalui email, dia minta untuk saya berikan resepi samosa. Tapi sekiranya anda tidak mahu rasa sardin anda boleh gunakan daging sama kuantitinya dengan sardin. Sekira anda menggunakan sardin masukkan pada masa langkah akhir(last step ok) supaya sardin tidak terlalu hancur.Senang jer!
Bahan-bahan
1 tin kecil /150 gm sardin/daging/ayam cincang
2 biji kentan- potong dadu
3 ulas bawang kecil- dicincang halus
1 tangkai daun kari
2 1/2 sudu serbuk kari ikan/daging
3/4 cawan air
1/4 cawan sayur campur
2 camca daun ketumbar-cincang garam secukup rasa
12 keping kulit popiah

Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bawang merah dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Lautkan serbuk kari dengan air sehingga menjadi paste,dan tumis bersama bawang dan daun kari sehingga pecah minyak.
  3. Ketika ini masukkan daging sekiranya menggunakan daging cincang.
  4. Kemudian masukkan kentang dan air.
  5. Masak hingga kentang empuk.
  6. Dan masukkan sardin(sekira guna sardin), sayur campur dan daun ketumbar.
  7. Perisakan dengan garam
  8. Ambil satu sudu inti dan letakkan dia tas kulit popiah, balutkan membentuk segitiga. Lekatkan hujung samosa menggunakan air.
  9. Goreng sehingga masak kekuningan.

05 November 2009

Penangan surat khabar!

Setelah beberapa lama duk pikir2 untuk buat satu column tulisan peribadi akhirnya saya dapat semangat untuk menulis dalam laman coretan peribadi ini. Bukan apa saya nih memasak bolehlah tapi bab-bab menulis nih memang fail giller! tapi saya tetap berusaha juga untuk menulis dengan tujuan dapatlah saya mengasah bakat menulis(kot-kot kalau adabakat kan!) so tetiba saya dapat idea nak tulis something pada pagi2 yang dingin selepas hujan kat sini. Saya tahu time nih lah waktu paling sesuai untuk membuai mimpi yang indah di atas katil.
Rasanya dah cukuplah saya membebel dengan intro kot, tapi apa yang saya nak story nih adalah tentang penangan surat khabar sebenarnya, seperti apa yang telah saya alami sendiri. Nih nak cerita sikitlah pasal cerita dan buku saya iaitu Keenakan Pencuci mulut yang telah dipublished kat surat khabar Utusan Malaysia pada 7 Oktober 2009 yang lepas. Terima kasih pada penulis Fazrina, Kak Khairunisa yang memperkenalkan saya kpd bos column keluarga iaitu kak Zaleha dan saya ambil kesempatan nih nak ucap juga tahniah pada Faz kerana cerita kamu memang best dan sempoi. Yelah kalau tak, takdelah namanya wartawankan.
Alhamdulillah setelah setahun memenangi Program masakan realiti yang disiarkan di TV3 apalagi rancangan Maggi Mencari Bintang itulah tahun 2008 lepas kini saya muncul dengan hasil baru iaitu Buku masakan pertama saya yang diberi nama Keenakan Pencuci Mulut. Apalagi masa nihlah saya nak mempromosikan bakat dan kebolehan saya melalui buku ini betul tak? So suratkhabar adalah one of the best medium untuk berbuat demikian. Bila keluar aja cerita saya dan buku itu pasti banyaklah yang membacakan. Maklumlah satu Malaysia ada jual surat khabar utusankan so satu Malaysia boleh baca cerita saya tuh kat Utusan ( walaupun bukan satu malaysia yang baca heehhe). Dalam article saya tu, saya ada sertakan alamat facebook dan alamat email.
Selepas keluar cerita tuh dalam utusan alhamdulillah saya mendapat response yang positif daripada pembaca yang membaca article saya tuh. Ramai juga yang email saya dan add saya sebagai kenalan di facebook ya! so dapatlah saya meramaikan lagi kenalan. Tapi orang yang paling terperanjat giler adalah saya bila saja saya bukak dan baca cerita sendiri di column keluarga, saya dapati coverage cerita saya keluar sampai tiga muka penuh(sebenarnya terkejut campur happy tak terhingga heheh) Mananya tidak,cerita sendiri keluar sampai 3 mukakan. Macam2 response positif yang saya terima daripada pembaca, daripada hendak berkenalan, meminta resepi, bagaimana nak menjadi seorang chef yang bagus dan macam2 lagilah tapi kebanyakan bertanyakan tentang bagaimana nak dapatkan buku saya. Saya ucapkan terima kasih diatas sokongan dan response positif daripada pembaca. Response dan sokongan anda akan saya jadikan pembakar untuk saya lebih berusaha mempertingkatkan diri saya.
Bercakap mengenai buku ya, saya terharu juga kerana ada yang benar2 berusaha untuk membeli buku saya di luar sana. Ada yang dapat dan ada yang kecewa kerana tidak menjumpai buku saya. Itulah kesan suratkhabar sebenarnya. Sehingga ada ibu-ibu kenalan saya di facebook sanggup menyuruh anak mereka mencari buku saya setelah gagal untuk mendapatkannya, sehingga lah ada seorang kenalan facebook saya nama nya Yani telah message saya di facebook mengatakan ibunya telah menyuruh dia membeli buku saya setelah membaca article saya di akhbar utusan. Apa yang saya respect kat yanie nih dia berusaha untuk mengembirakan hati ibunya dgn menghadiahkan buku saya kepada ibunya. Mulia sungguh hati yani nih kan? Setelah gagal mendapatkan buku saya tu, si yani nih meminta tolong agar saya boleh membuat pos express buku saya untuk ibunya so semalam dia telah memasukkan duit sebanyak 30 ringgit kedalam akaun saya. Apalagi duit dah mashyuk kenalah sayahantarkan kepada ibunya yang bernama Puan Normah Mehat .
Ya itulah salah satu penangan suratkabar yang saya sendiri alami. Banyak juga pengalaman2 lain setelah cerita saya keluar di suratkhabar. Maknanya suratkhabar adalah satu medium yang kuat impak nya kepada masyarakat so kepada wartawan keep up your good work kerana anda merupakan medium yang berpengaruh untuk membentuk masyarakat yang positif! kepada yang telah mendapat buku saya, saya harap anda sukakannya dan mencuba kesemua resepi dalam buku itu ya!

05 Oktober 2009

Kek buah coklat

1 1/2 cawan tepung superfine 1/2 cawan tepung naik sendiri 2 1/2 cawan/ 1 kotak buah campuran kering 1/2 cawan ceri merah 250gm mentega 3/4 cawan gula perang 5 sudu madu 4 biji telur 1/2 cawan coklat cair, sejukkan

Salutan kek

100gm krim keju

1/2 cawan gula aising

1 sudu makan susu panas

1 sudu makan serbuk koko

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Masukkan coklat yang telah sejuk ke dalam dan kacau sebati.
  4. Ayak tepung , kemudian ambil 1/2 cawan tepung yang diayak dan gaul bersama buah-buah kering.
  5. Masukkan tepung yang lebih tadi ke dalam adunan kek kemudian masukkan buah kering, gaul mesra.
  6. Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180 degree celsius sehingga kek pencucuk bersih apabila dicucuk.

30 September 2009

kek coklat dan strawberi batik

Bahan-bahan
150gm mentega
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan serbuk koko
3 sudu teh perasa strawberi
sedikit pewarna merah,
 ikut kesukaan

Salutan kek
1/2 cawan krim putar
 5 sudu jem rasberi/ strawberi

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree celsius. Lengserkan acuan kek dengan mentega dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung mberselang seli dengan susu.
  4. Asingkan adunan kek kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan serbuk koko dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan perasa strawberi dan pewarna merah.
  5. tuangkan adunan kek itu secara rawak. Kemudian larik larikan kek itu agar corak betik terhasil.
  6. Bakar dalam Ketuhar sehingga pencucuk kek bersih apabila dicucuk.
  7. Untuk menyediakan salutan kek. pukul semua bahan sehingga sebati. Siap untuk di digunakan.

29 September 2009

Kek walnut, kurma dan pisang

Bahan Bahan
110gm tepung superfine/halus
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
175gm mentega
100gm gula perang
2 sudu makan madu
2 biji telur
200gm pisang masak, dilenyek
100gm kurma, buang biji dan cincang sederhana kasar
100gm kacang walnut, cincang sederhana kasar

Untuk hiasan atas kek
2 biji pisang dihiris
100gm walnut, cincang kasar
2 sudu makan madu

Cara-cara penyediaan
  1. Ayakkan tepung besama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
  2. Pukul mentega gula dan madu sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan pisang, kurma, kacang walnut. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak atdi dan kacau sehingga sebati.
  5. Gunakan acuan muffin atau acuan cup cake dan tuang 3/4 penuh.
  6. Hiaskan atas kek dengan taburkan walnut yang dicincang dan hirisan pisang di atas kek sebelum dibakar.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree celsius selama 25 minit atau sehingga kek tidak melekat pada pencucuk kek.
  8. Setelah kelaur dari ketuhar, kletakkan sedikit madu diatas permukaan kek supaya ia nampak berkilat. Siap untuk hidangan.

Lempeng tuna dan lobak merah

Bila lihat pelajar-pelajar kelas masakan antarabangsa tetiba saya tertarik dengan lempeng yang diorang buat. Bila ditanya lempeng nih asal dari negara mana? mereka menjawab dari India Chef! Setelah saya merasa ternyata rasanya sungguh enak!. terus idea sampai untuk mencipta resepi lempeng yang baru sebagai makanan ringkas atau snek! Bahan bahan 50gm tuna dalam tin 75gm lobak merah, disagat/dimayang 2 biji cili hijau 1 biji bawang merah 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuh jintan putih 1 sudu teh serbuk ketumbar 100gm tepung kacang kuda 50gm tepung roti 1 sudu teh serbuk penaik 300 gm air sedikit garam Cara-cara penyediaan
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketepikan.
  2. Kemudian campurkan kesemua bahan didalam mangkuk dan kacau sehingga rata dan menjadi campuran yang likat.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan ambil sesenduk campuran tadi dan tuangkan diatas kuali tadi. Terbalikkan apabila sudah keperangan. Kemudian bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidang.

Kambing bakar/golek

Resepi ini adalah atas permintaan saudara saya yang bernama Khairul Razmi. Terima kasih atas cetusan idea anda ya! Dan setelah membelek-belek resepi dan bertanya rakan-rakan maka saya olah resepi ini agar bersesuaian dengan citarasa orang tempatan. Kambing memang sesuai dimasak secara panggang dan sekiranya bahan-bahannya diperap dengan lebih lama pasti rasanya lebih enak dan dagingnya bertambah lembut. Resepi ini menggunakan kaskas tetapi sekiranya tidak terdapat kaskas anda tidak perlu menggunakan kaskas. Anda boleh menikmati kambing bakar dengan apa-apa jenis sos seperti air asam, sambal kicap atau sos barbeque tetapi ia mengikut kesukaan masing. Antara sos yang saya cadangkan adalah sos pudina. Bahan A 2 kg kambing Bahan-bahan B 100gm bawang merah 60gm bawang putih 60gm halia 4 batang serai 20 gm cili kering/cili boh 200 gm yoghurt 60 gm ketumbar 50 gm jintan putih 40 gm jintan manis Bahan Bahan C 60 gm serbuk kunyit 30gm serbuk lada putih 50gm madu Garam secukup rasa Bahan-bahan untuk sos 250gm krim masam 80gm daun pudina, dihiris halus/cincang 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula Cara-cara penyediaan kambing bakar
  1. Kisar bahan-bahan B kemudian campurkan dengan bahan-bahan C
  2. Perap bahan-bahan B dan C dengan kambing dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  3. Kemudian bakar sehingga kambing masak.

Cara-cara penyediaan sos

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk sos dan sedia untuk dihidangkan.

19 September 2009

Kek Mudah

Saya letakkan resepi ini didalam blog ini apabila ada seorang teman meminta saya kek yang paling senang untuk disediakan. Resepi kek ini adalah lebih kurang dengan kek mentega sahaja tetapi teksturnya lebih lembut. Bagi saya kek ini diberi nama kek mudah kerana bahan-bahannya sangat mudah tetapi hasilnya memang sedap apa yang penting tak rumit untuk menyediakannya dan cepat dan sesuai pada mereka yang tak punya masa untuk memnyediakan kek yang banyak bahan-bahannya. Anda boleh kekalkan rasa kek ini yang asli atau sekiranya suka anda boletambahkan perisa tambahan mengikut citarasa anda. Untuk kek ini saya cadangkan anda mencampurkan perasa oren dan coklat urai (chocolate rice) jadi kek anda lebih umphhh! Bahan-Bahan 250 gm mentega 240gm gula kaster 240 gm tepung naik sendiri 5 biji telur 1 sudu teh vanilla esen Pilihan perasa 2 sudu makan oren sunquick 40gm coklat urai/rice Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula kaster sampai kembang. masukkan ezsen vabilla dan kacau.
  2. Kemudian masuk telur satu persatu selang seli dengan tepung.
  3. Jika ingin perasa yang berlainan masukkan oren sunquick dan coklat urai atau kekalkan perasa yang asli.
  4. Lenserkan acuan kek dan bakar pada suhu 180 degree celsius kira-kira 40 minit atau kek tidak melekat apabila dicucuk.

11 September 2009

Tart telur keju

Tart telur keju nih enak dimakan semasa panas. Sangat mudah disediakan. Hidangan ini sesuai dihidangkan untuk semua jenis keraian.

Bahan bahan
1 paket kulit doh puff pastry
4 biji telur 2biji kuning telur
250ml susu sejat
200 gm krim putar
70gm keju cheddar, diparut
1 camca teh serbuk buah pala sedikit garam sedikit lada putih

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan semua kecuali keju di dalam mangkuk ,kemudian kacau menggunakan wire whisk hingga sebati. 
  2. Cairkan mentega kemudian sapukan mentega sedikit di atas puffpastri dan lapiskan dengan pastri( lakukan proses ini sebanyak 7 lapis puff pastry). 
  3. Kemudian potong menjadi 9 bahagian( akan mendapat 9 bahagian 4 segi). Saiz empat segi ini boleh dipotong kepada 6/ 9 bahagian mengikut kesukaan. 
  4. Letakkan setiap satu puf pastry yang dipotong itu didalam acuan muffin(acuan besi yang digunakan untuk meletakkan acuan kertas muffin). 
  5. Setelah setiap bahagian 4 segi itu diletakkan didalam acuan muffin yang besi itu, tuangkan adunan telur hingga penuh. 
  6. Bakar pada suhu 170 celsius,kira-kira 20-30 minit sehingga mengeras dan masak keperangan.

10 September 2009

Keenakan Pencuci Mulut


Ini ada lah buku masakan pertama saya . Akan berada di pasaran tak lama lagi. Dapatkan buku ini dengan harga RM 18 atau secara pos perlu ditambah RM 4.50 pos ekspres. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat, baik untuk pelajar, suri rumah dan golongan profesional. Saya berharap anda dapat mencuba setiap resipi yang ada di dalam buku ini dan menikmati keenakan sebenar pencuci mulut. kepada sesiapa yang berminat boleh bank in dia akaun maybank saya 112080571369. sila hantarkan reference number anda ker email azlirazali77@yahoo.com  atau faxkan resit transaksi atas nama Azli Razali ke 043823681. Sila maklumkan selepas transaksi melalui email ya.Penghantaran akan dilakukan seberapa segera..

02 September 2009

Coklat roselles berceri


Jenis cookies ini adalah jenis paip kerana adunannya lembik dan sesuai di paipkan menggunakan beg paip atau lebih dikenali dengan piping beg. terima kasih kepada chef rohimi dengan resepi ini. Anda perlu mencuba resepi ini ok.
Bahan-bahan
250gm mentega
150gm gula aising
50gm badam cincang/nibbed almond
50gm tepung jagung
250gm tepung halus
3 camca makan serbuk koko
sedikit ceri merah/cip coklat putih /cip coklat untuk hiasan

Biskut kekacang coklat


Biskut nih ala-ala chocolate chips cookies tetapi adunan nya di pelbagaikan dengan kekacang yang digunakan bukan menggunakan kacang walnut tetapi menggunakan kacang hazel. bagi saya texture biskut ini lebih padat kerana texture kacang hazel lebih padat daripada teksture kacang walnut. Walaubagaimanapun rasa biskut ini lebih lemak dan yang paling penting ianya rangup. Itu lah teksture biskut yang perlu di utamakan. resepi ini agak unik kerana menurut chef rohimi adunannya menggunakan mentega dan marjerin dan itu lah yang membuat saya lagi teruja untuk memasukkan resepi in di dalam blog ini.

Bahan- bahan A
40 gm mentega
140gm marjerin
50gm gula halus
70gm gula perang

Bahan-bahan B
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
1 camca makan minyak jagung
1 paket cip coklat
170gm tepung halus
75gm tepung jagung
1 camca makan serbuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
125gm kacal hazel, dipanggang dan dicincang

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul bahan bahan A sehingga sebati
  2. kemudian masukkan telur, vanilla ,cip coklat dan minyak jagung. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak tepunghalus, tepung jagung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Kemudian gaulkan bersama kacang hazel.
  4. Selepas itu Masukkan kedalam adunan mentega tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Ambil sudu dan sudukan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan mentega.
  6. Bakar pada suhu 180 degree celsius selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.

Cookies kelapa dan nescafe

Biskut nih memang mudah di sediakan kerana bahan-bahan dan cara-cara pernyediaannya tidak serumit mana. Biskut ini rasanya rangup dan ia akan mengembang kerana menggunakan soda bikarbonat. Resepi ini juga hasil sumbangan Chef Rohimi. Terima kasih chef!

Bahan-bahan A
125 gm mentega
90gm gula aising
1 camca makan pes koko
  Bahan-bahan B
175gm tepung halus
75gm tepung kastard
25gm kelapa kering
1/2 camca makan soda bikarbonat

  Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. kemudian masukkan pes koko dan kacau.
  2. Ayak tepung halus, tepung kastard dan soda bikarbonat.Kemudian satukan tepung bersama kelapa kering.
  3. Masukkan bahan-bahan B ke dalam bahan-bahan B yang telah di pukul. Kacau sehingga membentuk doh.
  4. Canaikan doh setebal 5-6 mm dan terap menggunakan acuan yang disukai. Bakar pada suhu 180 degree celsius selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.

Kurma cookies


Bila musim raya nih memang tak sah raya tuh kalau takde biskut atau cookies betul tak? Biskut kurma yang saya ada nih sekali lagi hasil dermawan chef Rohimi. Saya tertarik jenis biskut kurma nih pasal dia melapiskan doh biskut dengan kurma sebagai intinya. Saya dah rasa biskut nih dan terbukti memang sedap tapi cuma perlukan kesabaran jer buat biskut nih kerana agak rumit sedikit. Tidak memerlukan kurma yang mahal cuma beli aja kurma yang murah. Kurma yang mahal tuh lebih sedap dimakan begitu sahaja ya.

Bahan-bahan
150 gm gula halus
180gm mentega
150 gm tepung gamdum cap sauh
100 gm tepung halus
150gm tepung jagung
300gm kurma
1 camca teh esen vanilla
2 biji kuning telur (untuk sapuan)

Biskut gajus


Biskut gajus nih memang tak asing lagi bagi kita. Di mana-mana sahaja ada dijual. Lebih-lebih lagi di musim perayaan. Walau pun mudah didapati namun ia lebih berbaloi jika dibuat sendiri di rumah tak begitu? Jadi, cubalah resepi ini! Buat untuk hari raya dan pasti raya tahun nih makin berseri dengan biskut gajus buatan air tangan sendiri! resepi ini saya harus berterima kasih kepada Chef Rohimi teman sekerja saya kerana atas kebenarannya saya dapat berkongsi resepi ini dengan anda.

Bahan Bahan
250 gm Mentega
150gm gula aising
200 gnmgajus, dipanggang dan dikisar
400gm tepung halus
1 biji telur kuning (untuk sapuan atas)
gajus untuk hiasan

25 Ogos 2009

19 Ogos 2009

KEK COKLAT TANPA TEPUNG




 Kek coklat nih memang istimewa kerana tak menggunakan TEPUNG LANGSUNG! percaya tak percaya apa-apa pun kek nih memang layan habis!

Bahan-Bahan A

230gm coklat masakan
180gm mentega
175gm gula halus
175gm serbuk kacang hazel
6 biji telur
5 camca makan serbuk koko
70 gm serbuk roti

POPIAH ROTI

Resepi nih anda semua kena cuba. Saya dapat idea nih bila saya buka satu laman web masakan dan saya rasa sesuai untuk diubah kepada popia. Popiah biasanya menggunakan sengkuang, lobak merah, udang kering dan macam-macam bahan boleh digunakan sebagai isinya. Tapi kali nih cuba pulak tambah dengan roti pasti ada kelainan sikit. Boleh dimakan waktu pagi dan petang.Bahan-bahan

18 Ogos 2009

PUDING CARAMEL NESCAFE

Puding karamel atau lebih dikenali dengan nama cream caramel menggunakan telur sebagai agen untuk mengeraskan puding ini. Nisbah telur dan susu yang digunakan adalah lebih kurang 1 biji telur:200ml susu. Resepi ini menggunakan nescafe sebagai memberi rasa kopi kepada cream caramel ini. Try tengok!

12 Ogos 2009

PAI KACANG PECAN

Sesekali makan pai layan jugak. Ha ini ada satu resepi pai yang best. Sebenarnya kacang pecan kalau nak cari kat pasaraya seperti Giant dan Tesco memanglah susah. Kacang pecan nih mudah didapati di kedai menjual bahan2 buat kek, tapi nohal lah! masalah itu bukan masalah yang besar sebab boleh ditukar dengan kacang walnut, kacang gajus atau kacang badam. Mudah nak beli dan lagi satu lebih murah. Poket pun kena jaga jugak kan! walau macamanapun setiap kacang akan memberikan rasa yang berlainan sebenarnya. Tapi terserah!..... yang penting sedap dan jadikannn.... Ha apa lagi kasi bikin lah!

Kek Jam Nanas Crumble

Kek jem nanas crumble ini resepi asalnya menggunakan kelapa kering sebagai crumblenya. Tetapi resepinya telah diubah sedikit untuk memberi sedikit kelainan. Crumb sebenarnya adalah taburan yang dibuat dan ditaburkan di atas kek sebelum membakar. Taburan crumb ini akan menjadi rangup setelah kek masak sepenuhnya. Kerangupan crumb ini sangat sesuai dengan kelembutan kek jem nenas dan apabila anda menikmati kek ini anda dapat merasakan dua tekstur yang berbeza. Satu, tekstur kek yang lembut manakala tekstur atas kek(crumb) itu adalah rangup! Best..... Kalau tak caya cuba lah!

Bahan-bahan A

COKLAT BAR BERKACANG

Kek coklat memang enak dimakan. Bukan sahaja kanak-kanak menggemari kek coklat nih malah orang dewasa turut menggemari kek coklat. Kalau resepi kek coklat macam-macam jenis resepi kek coklat yang boleh kita dapati dan kita cuba. Terpulang yang mana satu yang kita gemari. Tapi kali ini saya nak berkongsi resepi coklat bar nih. Coklat bar nih texture dia tidaklah selembut coklat kek tapi rasa dia enak sebab antara lain resepinya ada menggunakan madu yang dimasak dengan coklat dan mentega. Dicampur pulak dengan aneka kacang fuhhh meleleh air liur ! Korang semua kena cuba resepi nih. Yelah ashik2 moist coklat kek aja kan. Sesekali apa salah cuba sesuatu yang lain. Betul tak?


Bahan-bahan A
120gm coklat masak
120gm mentega
2/3 cawan madu
¼ cawan gula halus


Bahan-bahan B
1 ½ cawan buah kering campuran
2/3 cawan tepung halus
2 camca makan serbuk koko
1 camca teh serbuk kayu manis
½ cawan badam, dicincang
½ cawan kacang gajus, dicincang
½ cawan kacang walnut, dicincang
1 biji telur

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree C. Alas tin kek empat segi bersaiz 20x20cm dengan kertas minyak dan lengserkan dengan mentega.
  2. Masakkan bahan-bahan A sehingga semua capuran mencair dan sebati. Ketepi dan sejukkan.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk kayu manis kemudian campurkan dengan buah kering campuran dan kacang.
  4. Campurkan coklat yang cair tadi dengan telur. Kemudian masukkan bahan-bahan kering. Kacau sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam kek tin dan bakar selama 35 minit atau sehingga adunan tidak melekat pada pencucuk kek.

10 Ogos 2009

PIC OREN PARFAIT

Parfait adalah sejenis chill dessert yang diperbuat daripada produk tenusu seperti menggunakan krim dan krim keju. Enak dimakan waktu sejuk.Nak buat dia pun senang jer. Resepi ada diberi siap dengan cara-cara penyediaannya sekali. Apalagi copy dan pastelah! CEPAT!