Pages

28 Ogos 2010

Daging Masala



BANYAK orang  yang bertanya pada saya apa ke benda garam masala tuh?. MMM saya pun sambil menggaru-garu hidung menjawab.. itu adalah sejenis rempah, ia ada dijual di pasaraya atau boleh dibeli juga kat kedai rempah. Tak puaz lagi dengan jawapan saya, diorang pun dengan penuh ramah,  beramah mesra dengan teman ker (heehe perahsantan jap!) teman pun tak tahulah, dia tanya lagi...

27 Ogos 2010

Kek Pelangi


Engkau tiba bagaikan pelangi. Cewah tetiba lak teringat kat bait2 lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang merdu nih. Mesti korang ingat ngan lagu nih kan? bezz kan lagu nih?. Bukan apa saya memang minat gila kat Sudirman Hj Arshad nih sebab suara dia lain dari lain. Memang sedap lemak dan bekrim kesukaan ramai. Eh cam makanan plakkan? Tak kisahlah key point dia suara Sudirman memang memang sedap. Nak2 lagi kalau lagu raya dia

26 Ogos 2010

Ayam ala Mediterranean


Mediterranean? apa  benda plak tuh! mesti ada yang bertanya bukan? Oklah bagi mereka yang tak tau tuh, MARI DEKAT! MARI DEKAT! macam dialog Sheila Rusle bila dia buat iklan telur dadar guna mayonis tuh plak kan? Sebenarnya perkataan Mediterranean  berasal daripada ayat latin mediterraneus yang bermaksud di tengah dunia atau di antara dua daratan dan ia merujuk kepada negara-negara yang terletak di lautan Mediterranean dan terdapat 21 negara yang mengelilingi lautan Mediterranean ini antaranya adalah Sepanyol, France, Monaco, Malta, Itali, Slovania, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro Albania, Greece, Turkey. Untuk melihat peta negara-negara Mediterranean, u all lehla klik di SINI. Kebanyakan negara2 Mediterranean

25 Ogos 2010

Puding laici

WOKEH! hari pun dah petang. Tekak makin kering, perut makin nipis, bibir semakin merekah delima hehe(belasah jerlah!?) dan macam2 lagilah ujian kita pada masa berpuasa nih betul tak? Chek nih ha tengah duduk mengira masa jer nak berbuka walaupun lebih kurang 1 setengah jam lagi waktu nak berbuka puasa. Mesti time nih ada yang dah masak, ada  yang tgh berkungfu kat dapur memasak dan ada yang duk ronda2 beli juadah buka puasa. kat bazar Ramadan. Jangan ada yang borong berlebih-lebihan udah, kita kenalah kawal nafsu berbuka kita, jangan membazirrr bak  kata Ustaz Chef Azli Razali tuh hehe. Oklah kali nih apakata u all cuba puding laici nih. Laici dalam tin nih adalah  one of my paberet kalau buat mocktail lagilah terangkat!. Selalu gak buat air mocktail laici seperti Laici campur jus tembikai (CIKAI ~ bukan maksud selekeh yer!); Laici campur Teh O (LAITO~dah macam nama German plak kan? hehe); Laici campur Ribena (CIRIBEN). Camana? kelas tak nama air-air nih. Kelas dan komersial kan? dan cam kelakar pun adagak bunyiknya!. Tak kisahlah janji bezzz! kalau tak caya u all buat lah minuman2 nih masa berbuka puasa pasti terangkattt bebbb! nanti next post saya postkan resepi dia pulak ok! berbalik pada cerita puding nih. Resepi dan gambar nih dah lama saya peruk dalam draft tapi lum ada masa  sesuai nak postkan lagi. Saya dah buat resepi nih sem lepas lagi masa kelas komersial dengan student2 dulu jadi saya rasa iselalin bulan lain ia juga  sangat sesuai dibuat dalam bulan2 puasa nih. Lepas buat plak simpan dalam peti sejuk, then leh layan lepas buka atau malam sikit pas semahyang tarawikh, makan masa sejuk2.  Perghhh!!! sejuk anak tekak dan esofogus hehe! Ok apa lagi kalau tak sempat nak buat petang nih leh buat malam nih simpan esok buka puasa leh layan puding. Selamat mencuba!


Bahan-bahan A
Puding


30gm agar-agar
6 cawan air
1/2 tin laici (laici dalam tin)-kisar halus bersama airnya
1 cawan kordial laici
1 cawan/secukup rasa gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis

20 Ogos 2010

Bubur untuk berbuka puasa

Ini adalah artikel saya yang telah dipublished di Utusan malaysia hari ini 20.8.2010. Harap u all boleh enjoy baca artikel ini ok jika mahu resepi sila klik di SINI

SALAM Ramadan kepada semua pembaca Utusan Malaysia. Ketika bulan puasa ini tiba-tiba saya teringin untuk menikmati bubur maklumlah selepas mengerjakan solat tarawih kebiasaannya saya akan menikmati makanan-makanan yang manis seperti bubur.
Saya sangat menggemari bubur kacang hijau terutama yang dicampur durian. Artikel saya pada minggu ini akan membincangkan bagaimana hendak membuat bubur yang enak.
Ada orang memanggil dengan nama pengat sekiranya bahan utama yang digunakan di dalamnya adalah pisang, ubi kayu dan keledek.
Bahan-bahan asasnya seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Bahan utamanya adalah terserah kepada anda untuk memilihnya sama ada buah-buahan atau tanaman berubi.

Bubur gandum keledek

SUDAH terliur nak makan bubur petang nih? apalagi cilok lah resepi di bawah nih yang saya ambik dari Buku chek ~ Keenakan Pencuci Mulut. Gambar ini adalah untuk artikel aku di Utusan Hari ini boleh layan baca artikel pasal bubur di SINI

BAHAN_BAHAN
150gm biji gandum
1 biji/ 200 gm keledek merah
1 biji/200gm keledek putih
2 cawan gula (mengikut kesesuaian rasa)
1/2 cawan gula melaka, dicincang (mengikut kesesuaian rasa)
600 ml santan
2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara penyediaan
  1. Kupas kulit keledek dan potong dadu. Rebus keledek dan biji gandum sehingga ¾ lembut. Tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian, masukkan gandum, keledek, gula pasir, gula kabung dan daun pandan dan garam. Biarkan ia mendidih pastikan dikacau supaya tidak pecah minyak.
  3. Sesuaikan kemanisan gula. Sedia dihidang ketika panas dan sejuk

19 Ogos 2010

Resepi Sambal Daging Kelakar

Pernah tak korang membaca laman memasak berbahasa Inggeris yang genre kelakar? Ok kali ini saya nak ajak korang baca cerita pasal memasak tetapi dalam versi yang lain. Dalam versi kelakar... Sy nak cita sikit tentang sorang mamat nih, sebelum nih dia ada share resepi Sambal daging. Sapa lagi! budak dapur nih lahahhh!. Alahh resepi sambal daging yang dah berjaya  buat anak tekak korang kembang kecut kembang kecut  tempoh hari tuh lah! Saya pasti korang mesti tak pernah melihat, terdengar atau tertonton di mana-mana unless kat page mamat sekor nih jer lah.  Ini versi baru release~! sempena bulan puasa 2010. Maklumlah bulan puasa nih semua tenaga batin lemahh jer, nak2 lagi waktu tghari nihkan?. Sure heboh mata pung stinggg jer kata org Ganu. So chek tepek lah cita kelakar stupid nih kat post entry nih. Berbalik kepada resepi sambal daging berserai tuh kan. Nak dijadikan cerita saya googlelah resepi Sambal daging saya menggunakan khidmat my best freind si Mohd Google bin Gua tuh. Saya cuba taip sambal daging, so jumpa lah kat page 3 kat google tuh. YEAYYYY! lepas tuh tetiba...

17 Ogos 2010

Sambal Daging berserai



Ha! dah dapat idea menu apa nak share dengan bloggers yang berjalan2 menyekodeng blog saya hari ini, Entry daging sambal berserai nih sesuai untuk mereka yang berasa pening2 lalat x tau nak masak apa ptg nih. 

Ok ok, topik sebenarnya ialah saya nak share menu daging sambal berserai. Macamana? idea nih bernas tak untuk korang menyediakan menu berbuka? Yang ini saya olah sikit daripada menu berbuka dengan teman2 sekerja minggu lepas. Caranya sangat senang, buat sambal biasa tetapi tambahkan serai so ada rasa dan aroma serai dalam sambal daging itu. See! senang aja kan nak main2kan resepi yang telah sedia ada. Semua di hujung jari anda! (Yelah takan masak pakai kaki pulakkan mestilah dengan jari dan tangan! ahak!) gambar yang saya share ini agak kurang cantik sikit. Maklumlah ambik gambar pun dekat2 nak bukak puasakan. Ada sedikit kegelojohan telah berlaku. Dengan perut pulak bukan lagu keroncong lagi dah  tapi dah jadi  hard rock giler kapak dah time tuh. Jadi fokus tuh agak kurang, angle pun ala ala mana yang done jer. Tapi semangat nak mengesher dengan bloggers tuh memang sangat tinggi. Dek kerana nak ambik gambar punya pasal, kengkawan terpaksa kena  Q plak. Nasib koranglah dapat kawan cam gini hehe... bulan puasa kena sabar. Tak kisah lah kena free makipun free makilah, takperlah janji aku dapat snap gambar makanan. senyummm jer lah. Baiklah apa kata u all cuba resepi sambal daging berserai nih untuk juadah berbuka hari nih, esok atau lusa atau puasa tahun depan pun boleh buat gak heheh selamat bersilat di dapur!

Butter cream Icing 2

ReSePi butter CReam ini saya dapat resepinya dari Chef Rohimi, seorang chef yang kreatif. Nak cerita sikit pasal dia nih (gossip kurang panaslah nih! hehe. Kalau nak tau, dia nih kalau buat produk pastri mesti selalu main campak-campak jer. Saya selalulah wusha the line bila dia bersilat kat dapur pastri tuh. Saya  selalu cakap dan bagi cadangan  bernas kat dia. Dialog dia lebih kurang cam ginilah.... 

15 Ogos 2010

Udang masak lemak cili api dengan nanas

Aduuh! penat rasanya badan. Semalam sangat busy menyiapkan projek2 buku kedua saya yang di Kota Damansara. Badan pun dah lenguh, mata pun dah longlai, tangan pun dah layu cam tak betul. Sebenaqnya bila balik2 jer tadi adalah member FB saya Zaza Faranaz Ismail nama si dara pingitan ini  heheh, dia mintak saya resepi Udang masak lemak dengan nanas yang telah saya publish di Utusan Malaysia beberapa minggu yang lalu.

14 Ogos 2010

Kerabu Mangga dan Betik

Ini adalah resepi kerabu yang dalam artikel saya semalam di Utusan Malaysia . Ada yang bertanya kenapa tak leh dapat resepi di Online so saya tepeklah resepi kat sini.  Memang takde resepi kat online sebab resepi hanya dicetak kat surat kabar tuh jer. Biasa saya akan tepek resepi kat blog nih lambat sikit sbb saja nak bagi u all beli suratkhabar Utusan setiap hari Jumaat hikhik. Sabor jerlahkan? Jadi selamat mencuba resipi ini.

Bahan-bahan

80gm hirisan daging rebus
½ biji/100gm betik muda-dimayang
2biji/170gm mangga muda-dimayang
2sudu makan kacang goreng-ditumbuk halus

13 Ogos 2010

Kerabu Juadah pembuka Selera

Artikel pertama saya  di  surat khabar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk Enaknya kerabu adalah artikel pertama di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Pagi-pagi lagi lepas sahur nih saya dah sibuk pergi kat search engine di google mencari artikel saya untuk dikongsikan bersama bloggers. Yelah bila dah sahur nih bijik mata jadi cerah plak so apalagi tangan pun gatallah mencari info2 kat internet untuk menggupdate blog nih kan. kalau takde story senyap jerlah plak  sebab idea dah kering kontang tak tau nak cita apa, so Insyallah setiap hari Jumaat pasti ada info nak dikongsikan bersama bloggers sekalian. Baiklah Hari ini nak promote sikit nih "jangan lupa beli Utusan Malaysia hari ini ok! makna dia dont forget to buy orang putih cakap! hikhikhik, sebab ada cerita pasal juadah pembuka selera iaitu kerabu dan resepi kerabu Mangga dan betik pun ada chek tepek kat surat kabar tuh. Jadi dapatkanlah resepi kerabu ini yang memang enak rasanya. Memang layan habislah! nak2 layan ngan nasik panas plak perghhh!. Nasib dah sahur pagi nih  Boleh lah tahan nafsu sikit heheh. So kalau nak cerita panjang pasal kerabu pun kat sini mmm,  chek rasa cam dah kering pulak idea sebab idea yang nak diceritakan tentang pembuka selera iaitu kerabu tuh dah habih chek cerita  di surat kabar Utusan tuh. Maybe next time bila ada idea lain saya akan cerita pula tentang juadah pembuka selera yang lain. Jadi saya rasa  u all baca jerlah artikel tuh kat sini. ok. Maybe dengan artikel ini dapat jugalah u all informasi berguna tentang juadah pembuka selera sepanjang bulan ramadhan ini Insyallah. Akhir kata selamat berpuasa!

12 Ogos 2010

NASI GORENG CENDAWAN TOMYAM



Ini adalah resepi yang telah saya kongsikan dengan pembaca Utusan Malaysia jumaat lepas bertarikh6 Ogos 2010. Tajuk artikel adalah Teknik Tanak Nasi. Saya kongsikan cara-cara menanak nasi dengan pembaca dan bagi mereka yang terlepas untuk baca artikel ini boleh lah ke link berikut ok! (Klik disini untuk Artikel teknik tanak nasi)
Akhir kata cuba lah resepi nasi goreng ini ok!

Teknik tanak nasi

(klik disini untuk baca artikel)
Link di atas adalah artikel chek pada Jumaat lepas bertarikh 6 Ogos 2010. Mana-mana yang terlepas bolehlah baca utusan online dengan klik jer link di atas nih. Saya sharekan artikel ini maklumlah setiap orang ada preference nasi macamana yang dia suka kan? tapi saya pasti kebanyakan kita suka nasi yang elok masaknya dan peroi. Betul tak? Takan lah kita nak makan nasi yang lembik. Kita juga komprem tak suka nasi yang mentah atau jelatah. Boleh potong stimm kalau makan nasi tak masak dan nasik lembik nih. macam saya lebih suka nasik yang perfectly cooked dan just nice! lagi-lagi di bulan puasa nihkan kita mesti nak makan nasi. Kalau mereka yang tengah berdiet tuh tak boleh buat apa lah. Orang Penang cakap biaq pi ajalah depa nak jaga badan takpa takpa. Tapi pada mereka yang hantu nasi tapi tak pandai masak nasik dan pada yang baru nak belajar menanak nasi macamana? apa lagi tak reti2! hehe. Wusha-wushalah artikel nih dan saya juga ada berkongsi resepi nasi goreng tomyam. Kot-kot nak cuba untuk berbuka or untuk bersahur ker  kan. Senang jer buat nasi goreng nih bukan susah pun. Nasi goreng nih sebenar boleh letak macam-macam kat dalam dia. Bila diletak perencah nasi goreng tomyam atau pati tomyam jadilah nasi goreng tomyam.  p/s tak klung kleng klung kleng pun~ teringat plak tagline iklan nih kat radio tadi, iklan perencah nasi goreng warung Maggi! alah yang suara Mummy Norlia Ghani tuh! Selamat menggoreng nasi! dapatkan resepi seperti di link berikut yer! (klik untuk resepi nasi goreng tomyam cendawan)

11 Ogos 2010

Ayam kicap berempah

Ini adalah ayam kicap berempah edisi cepat dan asli terpulang kepada anda, jika suka yang asli gunalah resepi 1 suka cepat dan mudah serta menggunakan produk instant iaitu tumisan kicap berempah MAGGI gunalah resepi 2. Selamat memasak! 

07 Ogos 2010

Shark Fin soup/Sup sirip ikan yu

KEMALASAN YANG MELANDA DIRI~ Bila chek sharekan status kat wall pasal diri chek dilanda kemalasan semalam terus ada seorang teman Facebook chek Kak T Mah namanya, dia kata kalau malas2 tak berasaplah dapur chek jawabnya nanti. Pastuh  dia naklah  tengok entry post dalam blog saya nih diupdatekan, asyik duk letak gambar udang berempah tuh jer.Dahlah takboleh nak makan sebab leh tengok jerkan, mana member tak berbulu, tak boleh nak rasa walaupun seekor hehe , kesian kan. Dia mcam barang kat sshopping mall lah. Nice to see nice to smell once eaten consider finish hehe.  takperlah orang kata tengok pun tengoklah janji dapat

04 Ogos 2010

Udang Berempah dengan Rebung

Bila diingat-ingat semula makanan ini, ia memberikan banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan dalam hidup saya sepanjang terlibat dalam dunia masakan ini! cewah ayat tak boleh blah ahahha. Bukannya apa bila sebut udang berempah jer mesti aku teringat episod ke 11 dalam rancangan Maggi Mencari Bintang yang pernah ditayangkan kat TV3, dua tahun lepas. Di dalam episod ini saya telah mendapat panggilan kejutan dari seorang pemanggil misteri untuk menyediakan udang goreng samudera berempah  katanya. Episod ini adalah untuk menguji kebolehan peserta akhir memasak resepi kesukaan seseorang tetapi perlu mengikut citarasa pemanggil telefon itu. Aduhhh!!!
 masa tuh nak aja cakap kat orang yang menelepon tuh suruh dia datang masak sekali dengan aku nih tapi gua kena cover macho beb masa tuh DERRR!... bak kata pepatah 'pantang ajal sebelum maut' ceh ceh cam nak pi berperang plak. Masa tuh,  fikiran dan emosi memang serabut giler sampai giler pun tak gilerlah hehe. Hormon kurang stabilah senang cita hehe. Bermacam-macam soalan jugak  keluar masa tuh  kat kepala otak nih antara nya---> boleh ker aku masak exactly macam apa yang dinginkan oleh pemanggil misteri tuh?. Tapi dengan kemahiran dan kreativiti yang ada, terpaksalah redah jer dan belasah ajoo jang! kata orang Negeri Sembilan. Akhirnya  semasa tengah chek masak masakan udang berempah nih, pemanggil misteri itu muncul dan pemanggil itu yang sebenarnya adalah pengacara MHI yang popular tuh, siapa lagi...Fedtri Yahya. Adoi terkojut pakcik masa tuh. Ini dah kira  kes kantoi cam dalam cita kantoi tuhlah plak hehe... Rhupernya kena masak makanan kegemaran selebriti lah brotherr!.... Tetapi Alhamdulillah berkat main belasah chek tuh dan berdasarkan panduan yang diberi oleh Fedri Yahya melalui telepon, akhirnya dia menyukai masakan itu. Katanya ia seperti apa yang diinginkan... Fuhhh lega rasanya. Cover bebb! Kira cita untuk episod kali ini telah berakhir dengan Happy Ending lah hehe. Cam filem plak... ngeh ngeh ngeh. Pada kali ini udang berempah yang chek kongsikan ini bukan lah resepi asli seperti apa yang saya masak pada hari kejadian di episod 11 itu kerana  kali ini yang membezakannya adalah  chek telah mengolah sedikit resepi dia sikit dengan tidak menggoreng udang ini. Terpulanglah kepada anda bagaimana mahu memepelbagaikan resepi ini kerana terdapat banyak versi udang goreng berempah ini. Apa-apa pun Happy Cooking! & Hope u will like it!

03 Ogos 2010

Muffinku Dicuri Orang

Pertemuan pertama saya dengan Mr Danial Pengurus Pemasaran produk Dapur jenama Leben adalah kira-kira 2 bulan yang lepas. Menurut Mr Danial, produk dapur berjenama Leben ini adalah produk daripada German dan baru memasuki pasaran Malaysia lebih kurang sudah 3 tahun. Produk ini adalah peralatan dapur yang lengkap untuk memasak iaitu hood, oven dan dapur. Pertemuan dengannya diatur oleh publisher buku saya, sapa lagi kalau bukan si amoi Tracy tuh. Tracy nih tiba2 menghubungi saya dan mengajak saya untuk buat testing oven kerana dia hendak membuka dapur demonya di Kota Damansara. Jadi dia perlu memasang oven di dapur demonya itu. Katanya testing ini perlu untuk melihat samada prestasi oven jenama Leben ini bagus atau tidak. Saya berjanji dengannya untuk datang buat testing pada hari Sabtu petang kerana pada hari yang sama di sebelah  tgahari saya ada interview dengan majalah I Sihat untuk ruangan fokus keluaran Julai lepas. Oleh kerana interview itu dijalankan di IOI Puchong jadi saya tidak ada masalah untuk terus ke tempat jualan produk Leben ini yang juga bertempat di Puchong. Selepas habis  interview, dengan pantasnya saya terus membeli barang-barang  kek di Jaya Jusco IOI untuk testing oven itu nanti. Dalam kepala sudah memikirkan

02 Ogos 2010

Muffin pisang/Blueberi

Bahan-bahan

250gm mentega
250gm gula halus

5 biji telur
6 biji @ 250 gm pisang embun-dilenyek/100gmblueberi
4 sudu makan susu UHT
 150gm tepung halus
1/2 sudu teh bikarbonat soda
115 gm tepung gandum biasa
1/2 sudu teh serbuk penaik

 Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan pisang dan esen vanila. Pukul sebati.
  4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian masukkan  dalam adunan.
  5. Pukul sehingga hampir sebati sahaja.
  6. Masukkan dalam mangkuk kertas muffin 3/4 penuh dan bakar dalam ketuhar 180 darjah celsius selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.
  7. Jika anda membuat bluebery, ketakkah 1-2 sudu atas aduanan dalam acuan. atau jika suka gaulkan bersama adunan dan bakar seperti biasa.

Tip Chef Azli Razali
Tekstur muffin tidak sehalus kek. Teksturnya sedikit kasar jadi apabila anda mengacau tepung dengan adunan, ia tidak perlu dikacau betul2 sebati. Cukuplah sekadar hampir sebati.