Kadang kala ada juga saya ke pasar malam membeli juadah untuk isi perut yang kebulur nih jadi kesempatan saya berkunjung
di pasar malam saya ada terlihat ada orang yang menjual rojak buah di sana dan
mungkin pada sesiapa yang berminat untuk berniaga kuah rojak atau rojak buah
bolehlah menggunakan resipi kuah rojak yang saya kongsikan minggu ini. Jika
tidak menggunakannya untuk sumber pendapatan sampingan sekalipun anda bolehlah membuatnya
dirumah untuk dimakan sendiri. Saya harus berterima kasih kepada kakcik saya Puan Sarimah kerana berkongsi resipi ini dengan saya. Apabila merasa kuah rojak yang
dibuatnya terus sahaja saya meminta resipinya untuk dibuat sendiri dirumah
ternyata rasa kuah rojak kakcik saya ini sungguh sedap sehingga menjilat jari.
Kalau tak caya cubalah sendiri! Rojak buah boleh dikategorikan sebagai salad
namun kebanyakan lebih gemar mengambilnya sebagai makanan sampingan. Hidangan
ini merupakan hidangan yang sihat kerana menggunakan buah-buahan tropika
seperti mangga muda,nanas, jambu air dan jambu batu. Semestinya buah-buah ini
mampu membuat kita kecur lidah terutamanya mangga muda!.
12 Oktober 2013
Langgan:
Catatan (Atom)