Pages

12 Oktober 2013

Kuah Rojak Buah Kakcikku!

Kadang kala ada juga saya ke pasar malam membeli juadah untuk isi perut yang kebulur nih jadi kesempatan saya berkunjung di pasar malam saya ada terlihat ada orang yang menjual rojak buah di sana dan mungkin pada sesiapa yang berminat untuk berniaga kuah rojak atau rojak buah bolehlah menggunakan resipi kuah rojak yang saya kongsikan minggu ini. Jika tidak menggunakannya untuk sumber pendapatan sampingan sekalipun anda bolehlah membuatnya dirumah untuk dimakan sendiri. Saya harus berterima kasih kepada kakcik saya Puan Sarimah kerana berkongsi resipi ini dengan saya. Apabila merasa kuah rojak yang dibuatnya terus sahaja saya meminta resipinya untuk dibuat sendiri dirumah ternyata rasa kuah rojak kakcik saya ini sungguh sedap sehingga menjilat jari. Kalau tak caya cubalah sendiri! Rojak buah boleh dikategorikan sebagai salad namun kebanyakan lebih gemar mengambilnya sebagai makanan sampingan. Hidangan ini merupakan hidangan yang sihat kerana menggunakan buah-buahan tropika seperti mangga muda,nanas, jambu air dan jambu batu. Semestinya buah-buah ini mampu membuat kita kecur lidah terutamanya mangga muda!. 

     Selain buahnya yang diadun didalam, sayur seperti timun dan sengkuang turut dicampurkan bagi mempelbagaikan rasa di dalam rojak buah. Sebenarnya agak mudah untuk membuat rojak buah kerana anda hanya perlu memotong kecil-kecil buah dan sayur dan menggaulnya sahaja dengan kuah rojak. Sekarang ini banyak jenis kuah rojak yang telah sedia dijual jika anda tidak mahu membuat sendiri kuah rojaknya. Kuah rojak boleh disimpan lama kerana manis gula didalamnya mampu membuat ia tahan lama. 
     Apabila membuat sendiri kuah rojak anda perlu memasaknya sehingga betul-betul pekat. Bukan apa buah yang dicampurkan bersama kuah rojak akan mengeluarkan jusnya selepas digaul jadi sebaiknya anda memasak sehingga kuah rojak pekat agar apabila kuahnya dicampurkan dengan buah-buahan kuahnya tidaklah terlalu cair. Jika ingin membuat rojak buah anda perlu pastikan anda memilih buah-buah dan sayur yang segar dan elok kualitinya. Terutamanya pilihlah mangga yang mangga yang lemak-lemak masam dan tidak terlalu masam dan nanas pula sebaiknya janganlah terlalu masak. Apalagi cubalah membuat kuah rojak dan rojak buah untuk juadah berbuka anda. Selamat mencuba!

Rojak Buah
Bahan-bahan
2 biji jambu batu
5 biji jambu air
1 biji nanas
1 biji timun
1 biji sengkuang
Bahan-bahan Kuah Rojak Buah
1 kg gula putih
1kg gula merah
1 botol kicap manis botol besar
1 botol sos cili botol besar
40gm belacan
15 tangkai cili kering, rebus dan kisar
2 sudu besar petis/otak-otak udang
500 g kacang, goreng tanpa minyak dan kupas kulit, kisar kasar-untuk hiasan

Cara memasak
  1. Panaskan gula merah dan kicap hingga cair dan sebati kemudian tapis.
  2. Campurkan semua bahan kecuali kacang tanah dan masak.
  3.  Kacau dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  4. Untuk hidangan campurkan kuah rojak dan digaulkan dengan kacang tanah yang telah digoreng.


3 comments:

hasnizahamdan berkata...

it look really nice :)

VARIASI MALAYSIA berkata...

Salam kenal chef walaupun dah kenal masa hands on 19 oct haritu.. jemput follow blog kami yg baru nak bertapak ni ye.. http://bukanmasaksahaja.blogspot.com/
dari kami : Jamona Sani, Suriani Osman dan kak Anida Senyum Sokmo..

monasrie berkata...

Salam kenal chef... dah kenal pun masa hands on ritu..

http://monasrie.blogspot.com/

Jamona Sani..