Bila buat menu nih kat kelas teringat cerita arwah datuk dan nenek saya masa zaman Jepun dan Inggeris dulu diorang makan ubikayu. Diorang jadikan ubi kayu sebagai makanan utama. Masa cerita tuh rasa nak meleleh air liur sebab cam sedap jer ubi kayu. Sepatutnya masa diorang cita tuh mood sedih tapi jadi mood lapar plak hehe. Mana taknya sedap apa ubi kayu!. Goreng dengan garam dan kunyit, buat bingka, buat kerepek dan macam2 lagi leh buat, mana tak menaikkan nafsu makan teman. hehe.. Tak guna punya cucu haha. Anyway ini adalah resipi sudden yang terpacul dalam kepala otak saya memang senang nak buatnya apalagi jom lah terai!
28 Februari 2011
27 Februari 2011
Coxinha
Yuhuuu salam sabtu semua. Semoga hari-hari anda tidak dirundung malang! cewah! yelah saya sentiasa mendoakan para bloggers yang real atau halimunan (nih species pontianak harum sundal malam nih hehe)sentiasa dicucuri rahmatNYA. Ok hari nih teman nak story mori pasal makanan dari Amerika Selatan yang telah teman berjaya rompak dari kelas anak muridku hehe (rompak dengan izin ok!).Menu ini berasal dari negara Brazil katanya entah betul entah tak lah kan? katanyalah, aku pun pakat percaya jer lah. Bila saya rasa makanan nih sedap sangat. Tapi kalau nak buat makanan ini anda memerlukan food processor sebab senang nak blend isi ayam nih. Kalau guna blend biasa tekstur dia tak halus! Jadi apa kata korang cuba resipi ini ok.
Labels:
Snek dan Sandwich
26 Februari 2011
Sotong goreng tepung rangup
Dah nak akhir bulan dua kan? copek botol. oklah eden nak kongsikan pertanyaan dua orang penanya yang dah meng email saya. Jadi soalan mereka sudah saya jawab dalam kolumn saya Dari Dapur Azli Razali minggu lepas dalam suratkhabar Utusan Malaysia. Jadi kepada yang nak menggoreng sotong tuh, gunakanlah tip-tip yang telah saya jelaskan. Untuk makluman tambahan, menggoreng sotong nih kena berhtai-hati pasal dia mudah meletup, jadi antara alat keselamatan yang diperlukan adalah topi keledar full wizer tau! jadi muka anda selamat dari parut2 yang tak diingini haha. Takdelah gurau jer!. sebenarnya anda perlu tutup dengan penutup atau jangan terlalu dekat dengan kuali, tuh jer. Kalau meletup cepat2 selamat kan diri haha. Soalan kedua pula berkenaan dengan herba campuran. Banyak orang kompius dengan mixed herbds nih. So kalau kompius apalagi bacalah soalan pembaca nih!Oklah apa lagi jom kita makan sotong goreng!
Ruangan Dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
Labels:
Artikel
25 Februari 2011
Sup Lobak Merah Berkrim
Adoiii lama betul teman tak update blog nih. Sesangat busy dengan kerja nih sampai tak sempat nak update haha. Orang lain keje gak kan? tapi ada gak masa 5 mnit nak update blog hhe. Alah saja jer bagi ayat cover. bukan apa sebenarnya malas. Orang kata dimana ada jalan di situ ada lampu! (opss tersalah plak!). Oklah bloggers nih saya share kan lah artikel yang dah keluar dalam DDAR lepas bukan apa benda nih dah lama saya perapkan dalam draft tapi tak pos2kan. Daripada terperap jadi pekasam baiklah teman kongsikan dengan penyekodeng2 blog macamana nak buat sup berkerim nih. jangan lupa baca pantang larang pantang larang dia ok! Adios!
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Banyak kategori sup yang terdapat di dunia ini dan jika di Malaysia kita mempunyai sup-sup yang sungguh popular seperti sup ekor dan gear box yang boleh dihirup begitu sahaja atau menikmatinya dengan nasi atau roti pound. Saya sendiri suka menghirup sup-sup yang panas serta berempah kerana ia boleh melegakan badan selepas menikmatinya.
Labels:
Artikel
15 Februari 2011
Nachos Exravaganza
Hei hei hei. Nak sikit? hambiklah! aum! hehe. Makanan nih berasal dari mexico tau. Maklumlah nachos nih popular di mexico. Andre andre yariba yariba! Untuk pengetahuan korang, saya jatuh cinta dan kasih ( tetiba guna ayat2 jiwang karat plak) pada makanan ini bila teman makan dengan kawan2 teman kat hard rock Penang beberapa bulan lalu. Ya Allah makanan kat sana memang sedap2 giler. Pastuh portion plak bapak besar. Ini amaran kerajaan! Kalau u all order makanan kat Hard Rock Penang tolong jangan tamak haloba. Bawak kawal nafsu ok! sebab kalau korang order satu menu di restoran nih, makanan2 dia boleh muat mulut untuk dua orang. Kecuali pada mereka yang tangki dia gedabak! Orang yang kuat makan jer mampu habiskan sebab tank dia saiz XXXXL!.Sayangilah perut kita ~pesanan dari kementerian kesihatan heheh. Lepas selang beberapa minggu tuh, tekak nih teringin lah nak mencekik juadah yang sangat best dan menyelerakan nih. Memang tak susah buat benda nih tau. Tapi apa yang kena ada adalah oven atau torch ( penunu gas). Pasal nak cairkan keju dia. menu ini menggunakan bahan asli mexico seperti cili jalapeno. And aboleh beli di pasaraya. Dia jual dalam botol jar yang jernih. u can see tru! hehe apa lagi cubalah! Kena layan makanan nih semasa tengah panas tau pasal kalau sejuk nanti dah kurang rangup. Memang layan!
Labels:
lain-lain
14 Februari 2011
Ovalette & salutan kek
Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2! ha mesti korang komperm tau dengan lirik lagu nihkan? layan tak?. Tapi blog saya nih hangpa semua boleh pandang2, boleh pegang2 (kalau buat lah! hehe), jangan rengang2 sebab banyak resipi korang leh cuba dalam nih hehe dan paling best boleh makan2! ini pun sama, kalau korang cubalah resipi yang teman sharekan nih yer? hehe. Kalau tak, buat lelehkan air liuq bagi kempunan jerlah jawabnya! hehe. Kira cam jamu mata lah hehe.Lantoklah janji henjoyyy! Kepada bloggers yang lama tuh(kalau ada) selamat setialah korang dengan blog teman nih. Pada yang baru check in ke blog nih, Selamat datang yer ~sila ke kaunter check in yer hehe. Kali nih saya nak kongsi plak soal jawab daripada kenalan saya kak syeeda yang telah bertanyakan tentang ovalette. Apa? hangpa tak pernah dengaq ovalette? takper2 sat lagi kalau nak tau ovalette tuh apa hangpa baca ok dan satu lagi soalan ditanya oleh azlina kepada saya tentang coklat untukdisalutkan pada kek! apa korang tak tau juga? hangpa jangan buat peleceh! takan coklat pun tak tau! hehe. Oklah kalau tak tau juga apa kata korang layan VT ini. Eh silap! Sebenaqnya soalan yang dah keluar dalam kolum saya Dari dapur Azli Razali minggu lepas di Utusan Malaysia. Henjoy! hehe.
Labels:
Artikel
12 Februari 2011
Resipi Chicken Chop dan Extra Virgin Oil
Roger 123, roger and out hehe. Eh! masih bernafas ruper nya blog aku nih! Alhamdulillah setelah dilanda kebisian, hari ini saya akan postkan soal jawab pembaca di Utusan. Yelah sejak ruangan Dapur Azli Razali tuh keluarkan konsep Q&A saya mendapat pertanyaan2 tentang masakan dari mereka. Alhamdulillah, sofar and so near takde pulak saya mendapat pertanyaan berbentuk gossip dan masalah rumah tangga hehe. Kalau ada orang yang nak tanya soalan macam tuh boleh tapi tunggu saya bukak label baru, label gossip artis ngan label mahkamah syariah! boleh? hehe. Oklah saya akan postkan 2 pertanyaan dari dua teman kenalan saya yang telah ditanya melalui laman facebook teman. Pertanyaan ini telah dikeluarkan dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali keluaran minggu lepas 4 Februari di Utusan Malaysia. Mungkin pertanyaan mereka ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi pada anda ya. Ha! kalau rasa2 terliuq nak buat resipi yang saya kongsikan iaitu Chicken chop sendiri kat rumah silalah ringan2kan tulang tangan tuh ya (walaupun tulang tuh memang dah dasar berat sepanjang zaman kan?). Selamat membaca dan mencuba!
Labels:
Artikel
09 Februari 2011
kek keju pisang lapis span
MINTA maaf! ini bukan kek lapis sarawak ok. Kang ada pulak ingat ini adalah version kek lapis Sarawak. Kamik mintak maaf ya hehe. Kek ini pun first time gak teman buat. Dapat resipi nih dari majalah saji bulan nih. So hati ini begitulah teruja untuk menerai kek ini. Asalnya kek ini menggunakan mentega kacang, tapi saya kurang suka dengan mentega kacang sebab rasa dia heavy selain boleh menaikkan jerawat! hehe tetiba rasa nak jaga kelicinan muka walaupun kusedar diri ini tidak lah semacho & setampan Edward Cullen kikikik ( oppss terpoyo kejap plak dah, jauh panggang dari api! haha). Saya telah menukarkan sedikit resipi nih. Bak kata Mat Gebu saya telah menderhakakan resipi ini hehe (sori Che mat gebu, teman pinjam ayat menderhaka Che Mat sekejap ye hehe. Jangan mintak royalti tau!
Labels:
Kek
08 Februari 2011
Agar-agar kacang merah batik
Haiya! kepada semua olang gua mau bikin announcement penting. Banyak penting punya announcement. Sebenarnyaaaaa.. sebenarnyaaa... sebenarnyaaa.... gua mau ucapkan selamat datang pada bloggers! hehe saja jer bikin gempak kak Limah haha. Ok, kali nih saya nak share resipi yang saya cuba masa raya Cina lepas dengan anda semua tau. Sebab dah buhsan sangat dengan agar2 yang biasa saya pun duk gatal otak dan tangan, mulut pun gatai juga sebenarnya, sebab tuh lah saya mencipta resipi agar2 kacang merah nih. Menu nih saya rasa tak lah baru tapi keoriginalitian resipi dia memang saya sendiri cipta berdasarkan common sense membuat agar2. Kira senang cita, macam error and trylah! eh terbalik lak, try and error!
Labels:
lain-lain pencuci mulut
07 Februari 2011
Resipi Rahsia Chef Muda
Sudah2! cukup2 lah cuti tu... cuti lama2 buat apa? mengalahkan orang cina rayer pulak hehe. Org Cina yang beraya kat Hongkong tuh pun dah keje balik tau. Silap2 meka pun ada yg tak rayer. Takperlah itulah namanya satu Malaysia kan?. Ohh Rindunyerrr pada rutin biasa aku. Apa lagi!, berblogging la haha. Beberapa hari nih, saya pencen sementara waktu, maklum lah kat kampung tuh line internet beruk band aku nih memang lembab cam siput! daripada sakit jiwa bukak, baik aku tak yah bukak terus hehe. Cuti yang lepas nih saya agak sibuk! kalau kenduri tuh jangan citalah memang adajer. Ha kali ini chek nak cecita sikit kat u all pasal artikel buku baru chek yang keluar kat Utusan Jumaat lepas. Minggu lepas saya ambik kesempatan ( bukan ambik kesempatan lain ok!) kang korang pikir chek ambik kesempatan lain pulak hehe. Sebenaqnya chek ambik kesempatan pi buat promosi buku terbaru chek tuhlah kat Utusan Malaysia, KOSMO dan majalah Saji.
Labels:
Artikel
03 Februari 2011
Tempura Bendi balut seaweed
Konichiwa, konbawak, haik!. Ha apa pulak aku merepek nih heheh. Bukan apa! saja jer speaking jepun pasal kali ini saya nak kongsi menu dari negara jepun! hehe. Kalau anda dah biasa menggunakan bendi nih untuk buat kari atau goreng, apa kata kali ini cuba pula buat bendi nih jadi tempura iaitu makanan jepun. Kalau makan sekali-sekala tempura bendi nih bersama keluarga mesti best. Tempura nih layan gak kalau buat masa petang2, sambil minum kopi atau teh panas. Tepung tempura nih tak susah nak carik pasal ada dijual di pasaraya. kalau nak jimat kos buat jer batter dia sendiri. Guna tepung beras dan tepung jagung. Buat macam tepung batter goreng pisang. Senang jerkan? Soba noodle dan seaweed pun ada gak jual kat pasaraya. u all carik jer mesti jumpa. Ok apa lagi jom lah goreng tempura.
Labels:
Sayur dan kentang
02 Februari 2011
Croquette tuna
Croquette biasa dibuat daripada kentang dan ia berbentuk silinder. Ia digoreng setelah disalut dengan bread crumb. Resipi ini mencampurkan isi ikan tuna di dalamnya untuk memberikan kelainan pada croquette ini. Makanan ini sesuai dinikmati tidak kira waktu dan amat sesuai untuk dinikmati sebagai sumber karbohidrat ketika anda makan tengahari dan malam. sangat mudah dibuat dan anda bioleh membuatnya siap2 sebelum digoreng. Sesuai juga dibekalkan untuk hidangan anak2 di sekolah atau dibawa ke tempat k erja. Tip membuat croquette ini adalah a nda jangan merebus kentang terlalu lama kerana ia akan susah untuk memben t uk semasa dan akan pecah apabila digoreng. Lenyek kentang semasa ia masih panas supaya mudah untuk dilenyek.
Labels:
Snek dan Sandwich
01 Februari 2011
Sup tomato makanan laut
SUP makanan laut nih saya jumpa resipi dia dalam buku masakan women weekly Food book. Saya cuba buat dengan sedikit ubahsuai dan rasanya amat sedap. Resipi asalnya tiada menggunakan tomato coulis tapi saya telah memandai-mandai menambahkan tomato coulis dalamnya. Tomato coulis adalah sos tomato dalam tin yang boleh juga digunakan untuk membuat sos pasta dan topping piza. Ia ada dijual di pasaraya. Kalau takde, anda boleh buat sendiri tomato coulis ini. Anda boleh gunakan sebarang jenis makanan lait dan bolehlah memasukkannya dalam sup ini.
Labels:
Sup
Langgan:
Catatan (Atom)