Saya pernah menulis artikel saya
mencari makan ke Surabaya sebelum ini dan banyak sekali maklumbalas yang
positif daripada pembaca kerana mereka suka akan konsep tulisan ini. Rentetan
daripada itu ada juga yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman melancong
saya ke tempat lain pula terutama di
negara-negara bukan Islam kerana katanya jika saya coretkan pengalaman ke
negara-negara seperti ini ia pasti dapat
membantu dan memudahkan mereka untuk mencari makanan halal. Baiklah pada minggu
ini apakata saya berkongsi pengalaman saya melancong dan mencari makan ke
Bankok Thailand pula. Minggu lepas saya telah ke Bankok Thailand kerana
membentangkan kertas kerja. Walaupun baru dua kali saya berkunjung ke negara
gajah putih ini namun soal mendapat makanan halal bukanlah masalah besar kerana
banyak makanan orang Islam yang boleh anda cari.
Bankok bagi saya adalah kota pelancongan yang tidak pernah mati. Carilah apa saja di sini pasti akan anda temui. Yang paling seronok adalah budayanya yang memang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Bukan setakat budayanya yang indah tetapi makanannya juga enak-enak belaka. Satu tip yang suka saya nak kongsikan dengan pembaca adalah jika mahu mencari makanan halal disini anda hanya perlu google dan carilah masjid di kota Bankok kerana dimana ada masjid di situ pasti ada makanan halal. Kami bertolak ke Bankok daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5.05 dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Don Mueang Bankok.
Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang lama sebelum Lapangan terbang
antarabangsa Suvarnabhumi dibuka. Sebaik sampai saya terus menaiki teksi ke
Jalan Khaosan. Disini ada makanan halal dan malam itu kami makan di restoran
Sarah iaitu restoran Lebanon. Keesokan harinya kami ke Pasar terapung Damnoen
Saduak yang mengambil masa 1 jam 30 minit
untuk sampai.
Anda perlu ke sini kerana keunikan pasarnya adalah mereka
menjaja dalam sampan dan memang sangat teruja melihat suasana pasar disini. Ada
satu restoran halal disini yang pemiliknya beragama Islam dan berasal daripada
Patanni Thailand.
Kami mengambil pakej pelancongan setengah hari yang yang
berharga 20 bhat lebih kurang RM 20 kita disini. Petangnya kami kembali ke
Jalan Khaosan kerana disini ada beberapa gerai dan restoran halal di sekitar
masjid Cakrabongse dan anda hanya perlu menyusuri lorong Trok Surao untuk
mendapatkan makanan Islam. Aras tanda yang paling mudah dicari adalah ia
berhadapan dengan pasaraya Tang Hua Seng kerana tempat makan ini berada di
bahagian lorong dan untuk ke masjid pun anda perlu berjalan melalui lorong ini.
Gerai-gerai disini dibuka seawal 7pagi dan tutup selepas waktu Isyak. Kemudian
kami ke Silom pula untuk menginap disini. Tempat makan seterusnya adalah
kami menuju ke restoran Cili Padi tidak jauh daripada tempat tinggal kami anda
hanya perlu menaiki keretapi BTS ke stesen Surasak dan dengan mudah anda akan
sampai dengan pengangkutan BTS kerana restoran ini berhampiran stesen keretapi
ini. Restoran ini menyajikan masakan Malaysia. Hari seterusnya adalah mencari
makan halal ke lokasi di Jalan Phetchaburi 7
Pasar ini sangat luas dan memang puas hati
jika anda membeli belah disini kerana kesemua barangnya dijual dengan harga
yang sangat murah. Memang rambang mata di buatnya!. Minggu ini saya kongsikan
satu makanan yang saya nikmati disini.
Bankok bagi saya adalah kota pelancongan yang tidak pernah mati. Carilah apa saja di sini pasti akan anda temui. Yang paling seronok adalah budayanya yang memang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Bukan setakat budayanya yang indah tetapi makanannya juga enak-enak belaka. Satu tip yang suka saya nak kongsikan dengan pembaca adalah jika mahu mencari makanan halal disini anda hanya perlu google dan carilah masjid di kota Bankok kerana dimana ada masjid di situ pasti ada makanan halal. Kami bertolak ke Bankok daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5.05 dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Don Mueang Bankok.
Di Pasar terapung Damnoen Saduak |
Makanan Halal di Pasar Terapung |
Lorong Trok Surao |
|
Restoran halal di Cakrabongse |
Salah satu restoran halal di Petchaburi |
MAKANAN HALAL DI PETCHABURI SOI 7 |
Antara temnpat shopping popular di Bankok |
Membeli belah di pasar Chatuchak |
Makanan halal di Restoran Hayati di Petchaburi Soi(Jalan) 7 |
Restoran Cili padi di Bankok! |