22 September 2011
05 September 2011
Bengkel memasak Dari Dapur Azli Razali
Assallamualaikumdan salam sejahtera kepada semua. Macamana hari raya anda semua? meriah? apa? poket dah kempis? hehe. Biasalah tuh dah nama hari rayakan? Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Tkpeer rayakan sebulan. baiklah sempena bulan yang mulia nih saya ada berita nak warwarkan. sepanjang saya berkarya dalam media cetak seperti surat khabar, majalah dan blog nih saya mendapat banyak pertanyaan dan permintaan untuk mengadakan kelas masakan. Bukan rumah terbuka lah! mentang2 baru pas raya kan?. hehe Bukan taknak buat tapi takde kesempatan nak buatnya. Baiklah kali ini saya mendapat offer dari Food Recipes Cooking Club untuk membuat bengkel memasak. Bengkel ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 11 September 2011 & 25 September 2011
Masa: 2.30petang-5.30petang
Harga: RM40 satu sesi
Tempat:Food Recipes Cooking Club 12A-12/m Jalan PJU 5/22 The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor
Masakan yang didemo: Quiche ayam, Pasta goreng barbeque dan Puding Soya Berbiskut
Masakan yang didemo: Quiche ayam, Pasta goreng barbeque dan Puding Soya Berbiskut
Peserta akan membawa bukan sebiji kereta tetapi akan membawa pulang satu goodies beg berharga RM 15! hehe . Selain itu Anda juga boleh memenangi bukan sebuah rumah tetapi satu biji Microwave hot pot berharga RM 399 dan hadiah soalan kuiz. Berbaloi tak. Hot pot tuh sebenarnya adalah acuan mufin yang anda boleh buat muffin menggunakan microwave! cangih manggih tak? jadi apa tunggu lagi? Cepat2 sebab tempat terhad kalau tak boleh datang 11 September datanglah 25 September pulak! Kita akan ada soal jawab juga ok! Yang nih koranmg boleh soal benda2 berkaitan masakan. plssss jangan tanya soalan geografi atau sejarah atau soalan2 yang bukan sewaktu dengannya sebab takut chek tak boleh nak jawab! hehe. InsyaAllah saya akan cuba menjawab mana yang saya rasa saya tau ok! Selain darpada tuh kalau u olss berminat nak belajar buat coklat dan donut jangan ketinggalan belajar dengan chef Khairi plak pada 17 september depan. Dia memang pakar dalam coklat mengcoklat nih.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Tracy atau cik Daphne di talian 0361426712. Anda boleh membuat pembayaran melalui bank OCBC di akaun 1711001624 atas nama Foodrecipesgateway Sdn Bhd dan hantarkan resit pembayaran melalui fax +60361426711 atau email ke foodrecipesgateway@gmail.com. Jumpa anda disana!
Labels:
Berita DDAR
Langgan:
Catatan (Atom)