Pages

12 Ogos 2010

NASI GORENG CENDAWAN TOMYAM



Ini adalah resepi yang telah saya kongsikan dengan pembaca Utusan Malaysia jumaat lepas bertarikh6 Ogos 2010. Tajuk artikel adalah Teknik Tanak Nasi. Saya kongsikan cara-cara menanak nasi dengan pembaca dan bagi mereka yang terlepas untuk baca artikel ini boleh lah ke link berikut ok! (Klik disini untuk Artikel teknik tanak nasi)
Akhir kata cuba lah resepi nasi goreng ini ok!

BAHAN-BAHAN A
(Nasi Goreng)

2 cawan nasi putih
1 bungkus serbuk perencah nasi tomyam segera
100gm isi ayam
½ batang serai-hiris
1 helai daun limau purut-hiris
4 biji cili padi-hiris
4 ketul cendawan butang-hiris
1 biji telur
40gm sayur kobis
½ biji cili merah
½ sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak

BAHAN- BAHAN B
(cendawan goreng)
3 tangkai cendawan tiram
½ cawan tepung beras
½ cawan air
1 sudu teh biji ketumbar-kisar
½ sudu teh jintan putih-kisar
½ sudu teh jintan manis-kisar

CARA-CARA PENYEDIAAN

  • Tumis serai, daun limau purut, cendawan butang dan cili padi bersama ayam sehingga ayam masak dan wangi.
  • Kemudian pecahkan telur dan gaul sebati.
  • Kemudian masukkan serbuk perencah nasi tomyam dan gaul sehingga mesra. Masukkan sayur dan cili merah dan sos tiram. Gaul sebati dan tutup api.
  • Masukkan nasi dan gaulkan sebati.
  • Campurkan semua bahan-bahan ‘B’ kecuali cendawan. Kemudian celupkan cendawan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

Unknown berkata...

nmpak dari bahan2 tue, mmg best.. tp knape gne jintan putih n jintan manis ye..

My MiRa berkata...

untung2 sape dapat laki pandai masak gini...mira ni dlm proses blaja berjinak2 ngn dapur...do mkra akan cube resepi tau...so jgn bg resepi tipu...haha

Tanpa Nama berkata...

pagi2 dah tgok makanan sedap.huhuhu :)

Azli Razali berkata...

hai ejum bukan dah sahur ker hehe
Myra cuba lah dulu ok.
bantal bucuk itu utk cendawan gorengnya

ietams berkata...

menarik nye nasi goreng cendawan ni..
selama ni memang dah masak nasi goreng ikut cara nasi goreng ni..
tapi letak nama pandai² sendiri je nasi goreng tomyam.
boleh la lepas ni tambahkan cendawan goreng mcm resepi ni..
thanks!