Pages

26 Ogos 2010

Ayam ala Mediterranean


Mediterranean? apa  benda plak tuh! mesti ada yang bertanya bukan? Oklah bagi mereka yang tak tau tuh, MARI DEKAT! MARI DEKAT! macam dialog Sheila Rusle bila dia buat iklan telur dadar guna mayonis tuh plak kan? Sebenarnya perkataan Mediterranean  berasal daripada ayat latin mediterraneus yang bermaksud di tengah dunia atau di antara dua daratan dan ia merujuk kepada negara-negara yang terletak di lautan Mediterranean dan terdapat 21 negara yang mengelilingi lautan Mediterranean ini antaranya adalah Sepanyol, France, Monaco, Malta, Itali, Slovania, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro Albania, Greece, Turkey. Untuk melihat peta negara-negara Mediterranean, u all lehla klik di SINI. Kebanyakan negara2 Mediterranean
seperti Itali dan Sepanyol banyak menggunakan tomato sebagai bahan utama dalam masakan mereka jadi pada kali ini saya ingin membawa anda merasa kelazatan makanan negara Mediterranean ini. Makanan ini berkhasiat kerana menggunakan tomato, buah zaitun dan aubergine (terung). Makanan ini telah saya masak untuk student saya untuk juadah buka puasa mereka 2 hari lepas.   Mula2 saya berkeras taknak masak untuk mereka tapi oleh kerana hari baik dan bulan baik ditambah lagi plak diorang buat muka seposhennnn jer, tak sampai hati pulak anak2 kebulur hehehe. Nasiblah korang dapat lecturer penyayang cam gini heheh (Opss teerpuji diri sendiri plak haha).  Sebenarnya bukan apa, saya tiba2  mendapat idea nak buat masak ayam yang menggunakan tomato, sebab tuh lah terajin nak masak untuk bebudak nih. kalau idea takde tak rajin jugak nak masak. kalau tak rajin jawabnya pandai2 sendirilah korang nak masak apa, nasiblah. Jadi u all apa lagi cubalah masak lauk nih. Sesekali tukar seleralah plakkan! Selera Mediterranean! Gauisus Crustulum (selamat memasak dalam bahasa latin yer maksudnya) ahak!


Bahan bahan A
8 ketul kepak ayam
2 sudu serbuk cili/paprika
1 sudu L&P sauce
4 sudu sos tomato


Bahan-bahan  B
1 biji bawang besar-cincang halus
1 tin buah tomato dalam tin
3 biji tomato dipotong dadau kecil
1 biji terung-potong dadu kecil
8 biji buah zaitun hitam-dibelah
8 biji buah zaitun hijau-dibelah
1/2 sudu lada hitam-tumbuk kasar
1/2 sudu serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
sedikit minyak zaitun


Cara-cara penyediaan
  1. Perap bahan-bahan a dan goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan
  2. Dalam kuali goreng bawang denganminyak zaitun sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  3. Masukkan ayam dan terung dan biarkan mendidih.
  4. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada hitam, gula dan garam.
  5. Sedia untuk hidangan.
  6. Biarkan terung empuk dan kuah menjadi pekat.


*Tip Chef Azli Razali

Sekiranya anda tiada tomato dalam tin boleh digantikan dengan tomato puree 1 tin kecil tetapi tambahkan lagi 5 biji buah tomato.

3 comments:

ummiross berkata...

Salam chef

Wah good idea ni,sekali sekala tukar selera best jugak kan...

Buani berkata...

Salam chef,

Insyaallah, akan dicuba.....TQ

Nana Eddy berkata...

nyum... nyum...

ala... tak aci... nak jugak rasa chef masak... hak hak... jeles kat student chef.. huhu