Pages

25 Ogos 2010

Puding laici

WOKEH! hari pun dah petang. Tekak makin kering, perut makin nipis, bibir semakin merekah delima hehe(belasah jerlah!?) dan macam2 lagilah ujian kita pada masa berpuasa nih betul tak? Chek nih ha tengah duduk mengira masa jer nak berbuka walaupun lebih kurang 1 setengah jam lagi waktu nak berbuka puasa. Mesti time nih ada yang dah masak, ada  yang tgh berkungfu kat dapur memasak dan ada yang duk ronda2 beli juadah buka puasa. kat bazar Ramadan. Jangan ada yang borong berlebih-lebihan udah, kita kenalah kawal nafsu berbuka kita, jangan membazirrr bak  kata Ustaz Chef Azli Razali tuh hehe. Oklah kali nih apakata u all cuba puding laici nih. Laici dalam tin nih adalah  one of my paberet kalau buat mocktail lagilah terangkat!. Selalu gak buat air mocktail laici seperti Laici campur jus tembikai (CIKAI ~ bukan maksud selekeh yer!); Laici campur Teh O (LAITO~dah macam nama German plak kan? hehe); Laici campur Ribena (CIRIBEN). Camana? kelas tak nama air-air nih. Kelas dan komersial kan? dan cam kelakar pun adagak bunyiknya!. Tak kisahlah janji bezzz! kalau tak caya u all buat lah minuman2 nih masa berbuka puasa pasti terangkattt bebbb! nanti next post saya postkan resepi dia pulak ok! berbalik pada cerita puding nih. Resepi dan gambar nih dah lama saya peruk dalam draft tapi lum ada masa  sesuai nak postkan lagi. Saya dah buat resepi nih sem lepas lagi masa kelas komersial dengan student2 dulu jadi saya rasa iselalin bulan lain ia juga  sangat sesuai dibuat dalam bulan2 puasa nih. Lepas buat plak simpan dalam peti sejuk, then leh layan lepas buka atau malam sikit pas semahyang tarawikh, makan masa sejuk2.  Perghhh!!! sejuk anak tekak dan esofogus hehe! Ok apa lagi kalau tak sempat nak buat petang nih leh buat malam nih simpan esok buka puasa leh layan puding. Selamat mencuba!


Bahan-bahan A
Puding


30gm agar-agar
6 cawan air
1/2 tin laici (laici dalam tin)-kisar halus bersama airnya
1 cawan kordial laici
1 cawan/secukup rasa gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis


Bahan-bahan B
Sos puding


1/2 tin laici (laici dalam tin)-kisar halus bersama airnya
2 cawan susu cair
3 sudu tepung kastard
2 sudu tepung jagung
1/2 cawan/secukup rasa gula
3 biji telur


Cara-cara penyediaan


  1. Kisar laici bersama jusnya dan bahagi dua untuk puding dan kuahnya.
  2. Campurkan agar-agar, gula dan air dan masak sehingga melarut.
  3. Kemudian campurkan susu dan masak sehingga mendidih.Campurkan semua bahan-bahan A yang lain dan masak sehingga likat.
  4. Tuang dalam acuan mengikut kesesuaian dan sejukkan sehingga mengeras.
  5. Untuk menyediakan sos puding, campurkan semua bahan-bahan B dan kacau sebati.
  6. Kemudian, masak sehingga likat dan larut.
  7. Keluarkan puding ke dalam bekas dan tuangkan sos puding di atas puding dan hiaskan sebelum dimakan.


ENJOYYYY!

3 comments:

|niey| berkata...

balik cuti rya nie bleh try nie.. cam boleh buat ;)

aSmiDar berkata...

sedap buat berbuka petang ni ni..:)

BlackRose berkata...

yiaaaaamy!!!Delicious!!!
Γεια σου ..Hellooo from GREECE and ΣτάΛες στο ΓαΛάΖιο blog team!!

very cool blog...i follow U!!!

Come with me in ΣτάΛες στο ΓαΛάΖιο !!!