Pages

17 Ogos 2010

Sambal Daging berserai



Ha! dah dapat idea menu apa nak share dengan bloggers yang berjalan2 menyekodeng blog saya hari ini, Entry daging sambal berserai nih sesuai untuk mereka yang berasa pening2 lalat x tau nak masak apa ptg nih. 

Ok ok, topik sebenarnya ialah saya nak share menu daging sambal berserai. Macamana? idea nih bernas tak untuk korang menyediakan menu berbuka? Yang ini saya olah sikit daripada menu berbuka dengan teman2 sekerja minggu lepas. Caranya sangat senang, buat sambal biasa tetapi tambahkan serai so ada rasa dan aroma serai dalam sambal daging itu. See! senang aja kan nak main2kan resepi yang telah sedia ada. Semua di hujung jari anda! (Yelah takan masak pakai kaki pulakkan mestilah dengan jari dan tangan! ahak!) gambar yang saya share ini agak kurang cantik sikit. Maklumlah ambik gambar pun dekat2 nak bukak puasakan. Ada sedikit kegelojohan telah berlaku. Dengan perut pulak bukan lagu keroncong lagi dah  tapi dah jadi  hard rock giler kapak dah time tuh. Jadi fokus tuh agak kurang, angle pun ala ala mana yang done jer. Tapi semangat nak mengesher dengan bloggers tuh memang sangat tinggi. Dek kerana nak ambik gambar punya pasal, kengkawan terpaksa kena  Q plak. Nasib koranglah dapat kawan cam gini hehe... bulan puasa kena sabar. Tak kisah lah kena free makipun free makilah, takperlah janji aku dapat snap gambar makanan. senyummm jer lah. Baiklah apa kata u all cuba resepi sambal daging berserai nih untuk juadah berbuka hari nih, esok atau lusa atau puasa tahun depan pun boleh buat gak heheh selamat bersilat di dapur!

Bahan-bahan
500gm daging lembu-hiris
1 genggam cili kering-kisar
10cm belacan
5 ulas bawang kecil putih-kisar
1 biji bawang besar- kisar setengah dan setengah lagi dihiris
1 inci halia-kisar
4 batang serai-kisar
1/4 cawan air asam jawa
5 ulas bawang
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Secukup rasa gula 
Sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan masak daging sehingga empuk dan kemudian masukkan air dan kacau.
  3. Masukkan bawang hiris, air asam jawa, garam dan bahan perisa
  4. Sedia untuk hidangan.

TAMMAT

4 comments:

Wanzi berkata...

salam chef....
selamat berbuka puasa.... wah hebat2 ler resepi chef ni.... rasa nak makan nasi pula ler.... nanti boleh ke nak salin resepi ni nak tampal kat blog saya....

Cikgu Aini berkata...

Salam Chef,
dapnyer!!... nak cube la next time kat kampung.. ngee~ kat s.alam malas nak masak bagai bulan pose ni :p

Azli Razali berkata...

wanzie selamat berbuka. dipersilakan panjang2kan resepi nih
puteri cuba tau nanti

noor berkata...

salam chef....sedap pulak lauk nie..nanti akak pun nak cuba gak.