Pages

28 Ogos 2010

Daging Masala



BANYAK orang  yang bertanya pada saya apa ke benda garam masala tuh?. MMM saya pun sambil menggaru-garu hidung menjawab.. itu adalah sejenis rempah, ia ada dijual di pasaraya atau boleh dibeli juga kat kedai rempah. Tak puaz lagi dengan jawapan saya, diorang pun dengan penuh ramah,  beramah mesra dengan teman ker (heehe perahsantan jap!) teman pun tak tahulah, dia tanya lagi...
Garam masala tuh buat dari garam ker chef? Alahai nasib baik teman pernah kerje part time kat kilang rempah kat India dulu-dulu pas SPM (sebenar tek pernah pun tipu jer)  heheh dan sambil garuk-garuk telinga pulak  aku pun menjawab. Takkk sebenarnya garam masala mengandungi beberapa jenis rempah yang diadun sekali. Tak puaz-puaz lagi dengan jawapan teman, Dia tanya lagiiii...Apa rempah-rempah yang diadun sekali tuh chef. Alamak dia nih betul2 ramah.com lah. Takper2 soalan yang sangat menduga akal kepada seorang yang bergelar chef hehehe. Perlu di jawab, kalau aku tak dapat jawab nanti maluuuu,   masalah kat aku nanti heheh. Buwek malu jo kojo part time kat India kalau tak dapat jawap soalan cepu berlian nih! hehhe.  Rileks2... Kali ini aku rasa nak garuk otak plak. Nasib takleh garuk sampai kat hotak heheh. Aku tanya pada si penanya balik (nasib cun! ahak!)... Nak jawapan panjang ker jawapan pendek? (teringat cita pasal qunut panjang dan qunut pendek plak, Memang kelakar! hehe). Dia pun membalas... mmm kalau boleh bagilah jawapan yang panjang tapi jelas dan terhang chef! hehe. Ok2 dengan satu lafaz (cam ucap lafaz nikah plak! satu nafaz hehe) aku pun menjawab. Hmmm sedia ok!...Sebenarnya garam masala adalah sejenis rempah India yang mengandungi beberapa rempah  iaitu jintan manis, biji ketumbar, biji pelaga, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih  dan serbuk buah pala yang diadun mengikut sukatannya...  OOOO baru paham jawabnyaaa... pastuh saya cakap kenapa OOOO jer? PQRS tak moh sebut sekali ker  heheh. Chef nih nottylah! balas si dia heheh. Eleh mengada! Harap dengan keterangan ini takdalah yang bertanya lagi garam masala tuh apa. Baiklah kali ini saya nak membawa selera makanan India kepada kome semua di mana makanan yang saya masak dan sajikan ini dinamakan daging masala kerana menggunakan rempah India iaitu garam masala sebagai ramuan dalam masakan ini. Garam masala sebenarnya banyak digunakan oleh masyrakat India Utara (patutlah orang Hindi nih segak2 dan cantik2,  diorang banyak mencekik rempah masala rupanya nyer! boleh praktis kat umah lah lepas nih!kena telan masala banyak2! mesti aku pun leh jadi segak cam depa kan hikhikhik). Rempah ini digunakan bagi membangkitkan aroma makanan yang dimasak dan masyarakat India menggunakan rempah ini dalam penyediaan makanan mereka seperti dalam makanan pembuka selera, sup, salad dan lauk pauk. Kira Garam masala nih sangat serba GUNA PENGGUNAAANnya kan?. Jika ia digunakan dalam makanan, makanan akan rasa berempah ya tuan2 dan puan2 heheh. Pada mereka yang  tak suka dengan rasa rempah masala AWAS kerana ia akan membawa MASALAH pula nanti. Tapi saya garenti makanan ini sedap dan lazat! sure korang terliuq dan terlentoklah nanti! Apalagi tak payah ambik pen dan tak perlu ambik kertas dah, tapi apa yang perlu korang buat just follow jer bahan dalam page nih beserta dengan arahan membuatnya sebijik sebijik. TENYEH jer!   Makanan ini kena sebut betul-betul ok! daging masala BUUUKANNN daging masalaH ok!
Akhir kata खुश खाना पकाने! (makna dia selamat memasak dalam bahasa Hindi!)


Bahan-bahan
500gm hirisan daging lembu
6 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
3 sudu cili boh
1/2 cawan rempah masala-dibancuh dgn sedikit air sehingga menjadi pes
600 ml santan
1/2 tin kecil tomato puree
1 biji bawang besar-hiris
1/2 cawan  kacang gajus-dipanggang
1/4 cawan kismis
2 biji tomato-belah
4 sudu minyak sapi/ marjerin
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa


Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak sapi/marjerin kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar bersama cili boh. Tumis sehingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah masala dan tumis sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan daging, kacau sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
  4. Kemudian masukkanbawang besar kismis dan kacang biarkan mendidih sehingga pekat.
  5. Perisakan dengan garam dan perasa.
  6. Taburklan bwang goreng dan sedia untuk hidangan.

5 comments:

ummiross berkata...

Salam chef
Semalam dah cuba buat parfait,sedap gilak chef,tq

Azli Razali berkata...

ummiross alhmdulillah!

Ruziawati Bukhari berkata...

kalau chef yang masak.. apa2 pun tentu sedap saje.. ngeeeee....

SURIA AMANDA berkata...

pssttt...rempah amsala ni ada jual kat pasaraya x?boleh bg tau kat mana nak cari?

Azli Razali berkata...

suria.ada dijual di pasaraya dan kedai rempah.