Pages

03 September 2010

Buat Biskut Sendiri

Artikel dibawah ini adalah artikel yang telah saya hantar untuk ruangan saya  iaitu Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia setiap Jumaat. Artikel yang panjang berjela nih adalah versi original yang sebelum diedit oleh editor. Sekiranya korang ingin membaca artikel yang telah diedit yang lebih pendek sila klik di SINI. Harap korang takdelah berasa muak dan loya2 serta pening2 lalat bila membaca artikel versi yang Ori ini ahak!. Maklumlah agak menjela-jela tulisannya!. Bukan apa masa nih idea macam air terjun! jadi sebab tuh lah panjang hehehe.  Versi Ori nih terpaksa  dipendekkan oleh editor atas sebab kesihatan hehe. Eh bukanlah atas sebab ruang yang terhad.  Editor perlu juga consider untuk ruangan artikel lain dan  iklan sebenarnya sebab tuh lah kena dipendekkan. Oh yer cuba lah resepi biskut nestum yang saya kongsikan dalam artikel minggu ini di Utusan tuh. Try, test, tengok, dan rasa! pastuh komenlah apa rasa biskut nih. Apalagi bacalah artikel nih ok! Selamat membaca versi Ori dan versi edit!


Tajuk Artikel: Buat biskut sendiri


Ruangan: Dari DaPur Azli Razali Utusan Malaysia


Apalah erti jika hari raya tanpa sebalang biskut. Kurang berseri pagi hari raya yang kita sambut itu jika tiada juadah biskut di atas meja. Salam Ramadan yang ke 24 hari kepada pembaca Utusan Malaysia. Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan untuk semua orang Islam di samping ia juga bulan menjana sumber rezeki bagi orang yang berniaga. Mungkin minggu ini adalah minggu yang sibuk kepada peniaga-peniaga untuk menyiapkan segala tempahan seperti pakaian dan biskut raya. Maklumlah cuma tinggal seminggu lagi untuk kita menyambut hari raya justeru segala tempahan perlu disiapkan sebelum menjelang 1 Syawal. Pada mereka yang tidak menempah atau tidak bercadang membeli biskut, minggu terakhir bulan puasa adalah masa yang paling sesuai untuk mereka mangadun resepi-resepi biskut untuk disajikan pada hari raya nanti. Esok dan lusa merupakan hujung minggu dan kebanyakan anda mungkin akan mengambil kesempatan hujung minggu ini untuk membuat biskut betul tak? Jadi pada minggu ini saya ingin berkongsi tip-tip membuat biskut dengan pembaca sekalian. Setiap tahun saya juga tidak melepaskan peluang untuk membuat biskut sendiri di kampung, bukan apa jika tidak membuatnya pasti ada sahaja yang bertanyakan biskut yang diperbuat oleh saya kerana mereka mahu merasanya sendiri. Saya akan pastikan setiap tahun ada pilihan biskut yang diperbuat oleh saya sendiri terhidang, jadi tiadalah tetamu yang datang kecewa kerana mereka dapat merasa biskut yang saya buat. Yang lama dilupa jangan! Saya suka dengan kata-kata ini ini kerana walaupun kebanyakan kita lebih suka menghiasi meja dengan biskut moden namun kuih tradisional kita seperti kuih bangkit, samperit dan bahulu masih mampu bertahan dan mendapat sambutan sehingga kini. Cuma mungkin kerana kerumitan dan kekangan masa untuk membuat kuih tradisional ini maka kita lebih senang untuk membelinya sahaja di pasaran. Kita juga lebih gemar membuat biskut yang moden kerana lebih mudah untuk membuatnya. Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk berkongsi beberapa tip menyediakan biskut moden. Antaranya yang paling asas adalah:

1. Gunakan mentega yang berkualiti untuk rasa biskut yang enak.

2. Pukul mentega dan gula dengan sebati untuk mendapatkan biskut yang rangup.

3. Anda perlu mengayak bahan penaik dan bahan kering lain seperti tepung sebelum mencampurkan dalam adunan mentega agar biskut yang dibakar naik dengan sekata.

4. Gunakan tepung halus (superfine) bagi mendapat hasil biskut yang rangup.

5. Anda perlu memanaskan ketuhar 10 minit awal sebelum membakar biskut.

6. Lengserkan dulang pembakar dengan mentega sebelum menyusun biskut yang belum dibakar agar biskut yang dibakar mudah ditanggalkan selepas dibakar.

7. Setelah adunaan dicampur dengan tepung, jangan menguli biskut terlalu lama kerana itu akan membuatkan biskut menjadi keras dan tidak rangup.

8. Pastikan doh tidak terlebih tepung yang akan membuatkan biskut tidak rangup.

9. Canaikan doh dengan ketebalan yang disarankan adalah 5-8mm.

10. Ketuhar standard mempunyai fungsi yang boleh dilaraskan, pastikan anda mengetahui cara penggunaan ketuhar anda dengan betul. Jangkamasa pembakaran adalah sekitar 10-12 minit dengan kepanasan 180 darjah celsius.

11. Biskut yang belum dibakar perlu disusun tidak terlalu rapat dan seeloknya perlu disusun selang satu jari jarak diantara satu biskut dengan biskut yang lain.

12. Elakkan menyimpan biskut yang masih panas di dalam balang biskut kerana wap dari biskut panas akan membuat biskut menjadi lemau. Biar ia sejuk sebelum disusun dalam balang biskut.

Segala tip yang diberikan diharap sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat biskut sendiri dirumah. Pasti raya tahun ini akan lebih bermakna jika ada tetamu yang memuji biskut yang anda buat sedap dan rangup! Selamat membuat biskut!

1 comments:

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
--==--Salam Aidilfitri---==--
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuko
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

Joommmm balik kampung berhati-hatilah ketika dalam perjalanan pulang berhari raya ye....

woooooo sonang nak buatnya ye.... sodap lagi baik untuk kesihatan ...