Pages

14 Ogos 2010

Kerabu Mangga dan Betik

Ini adalah resepi kerabu yang dalam artikel saya semalam di Utusan Malaysia . Ada yang bertanya kenapa tak leh dapat resepi di Online so saya tepeklah resepi kat sini.  Memang takde resepi kat online sebab resepi hanya dicetak kat surat kabar tuh jer. Biasa saya akan tepek resepi kat blog nih lambat sikit sbb saja nak bagi u all beli suratkhabar Utusan setiap hari Jumaat hikhik. Sabor jerlahkan? Jadi selamat mencuba resipi ini.

Bahan-bahan

80gm hirisan daging rebus
½ biji/100gm betik muda-dimayang
2biji/170gm mangga muda-dimayang
2sudu makan kacang goreng-ditumbuk halus
2 ulas bawang merah-hiris
2 sudu makan bawang goreng
5 ulas cili padi
15gm udang kering
7 sudu gula
6 sudu jus limau kasturi
3 sudu sos ikan
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 batang cili merah

Cara-cara penyediaan
1. Kisar serai, bawang goreng, udang kering, daun limau purut, cili merah dan cili api.
2. Di dalam mangkuk, gaulkan dengan bahan-bahan lain sehingga sebati.
3. Sedia untuk dihidang.

4 comments:

aSmiDar berkata...

terliur pulak d pagi2 pose ni...
huhu..
nak buat la untuk berbuka nnti..

Ms Heartbreaker. berkata...

hohoho~my favorite..

akuzle ayu berkata...

mmg besh kerabu d ramadhan, chef... good appetiser...

hans berkata...

kerabu betik tu sama macam somtam x?

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!