Pages

11 Ogos 2010

Ayam kicap berempah

Ini adalah ayam kicap berempah edisi cepat dan asli terpulang kepada anda, jika suka yang asli gunalah resepi 1 suka cepat dan mudah serta menggunakan produk instant iaitu tumisan kicap berempah MAGGI gunalah resepi 2. Selamat memasak! 

Ayam kicap berempah 1 ( resepi asli)

Bahan-bahan
500gm ayam
1/2 biji bawang besar-kisar
2 ulasbunga lawang -kisar
1 inci kayu manis-kisar
3 ulas buah pelaga
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 sudu makan sos tiram
4 sudu kicap pekat
2 susu kicap cair
3/4 cawan air
2 sudu serbuk ketumbar
1 1/2  sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan purih
2 sudu air asam jawa.
secukup rasa garam
secukup rasa gula

Bahan Hiasan
1/2 biji bawang
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah.

Cara-cara penyediaan
  1. Perap ayam dan garam dan goreng separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dengan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga harum dan perang.
  3. Masukkan serbuk k etumbar dan jintan. Kacau sehingga wangi.
  4. Masukkaa ayam dan air. Kacau sehingga pekat.
  5. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam.
  6. Masukkan bahan hiasan seperti bawang, daun bawang dan cili yang dihiris.
Ayam berempah 2(resepi cepat dan mudah)
Bahan-bahan
500gm ayam
1 paket tumisan kicap berempah MAGGI
1/2 biji bawang besar-kisar
6 sudu kicap
3/4 cawan air
2 sudu rempah sup
2 sudu air asam jawa.
secukup rasa garam


Bahan Hiasan
1/2 biji bawang
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah.




  1. Perap ayam dan garam dan goreng separuh masak.
  2. Masukkan rempah sup dan kacau sehingga wangi.
  3. Masukkan, tumisan kicap berempah, ayam dan air. Kacau sehingga pekat.
  4. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam.
  5. Masukkan bahan hiasan seperti bawang, daun bawang dan cili yang dihiris. Kacau sebati.


Tip Chef Azli Razali
Ayam ini juga boleh dikukus dan dinakar caranya ialah anda perapkan semua bahan dan bakar atau kukuskan dia. Lagi cepat. Tapi kalau bergoreng lagi sedap sebab rempahnya lagi sedap ditumis dan ayamnya lebih garing.

8 comments:

ani berkata...

Hi Azli selamat berposa...Wah mcm best je resipi ni..nak cuba la...hehehe...

ietams berkata...

huii macam simple & best je resepi ni..
nak try buat la..
tq for sharing eh

Mamahikal's berkata...

selamat ,menjalani Ibadah puasa chef..mak aii ayam masak kicap mmg peberet me sejak dari kecil..dulo2 yg pling sedap masak ayam msk kicap ni arwah abah sbb mak tak suka makan ayam jd tugas msk ayam serah pda abah..pikir td nk gi pasar tani,nmpknya kena masak kicap ler sbb dah terasa2 kesedapannya..dugaannn....hi2...

farah suhaimi berkata...

cepf~slmat berpose~^___^

Azli Razali berkata...

selamat berpuasa juga untuk semua

Azwandy Bin Muhamad berkata...

Salam...

Wah...sedapnye...Hehe...
Selamat berpuasa...

Jom join contest Raya dalam kenangan kat blog sy...

My MiRa berkata...

subhanallah sedapnyer..bagi la resepi...plese...plese..

My MiRa berkata...

heeh tadi lupa nak tekan ead mote...bila tekan upenyer dh ade resepi...time kasih...saya suka belog ni...so saya nak letak kat senarai belog saya suka baca...hope owez ade resepi best2...lau tak best saya reject...hik3 :P