KEMALASAN YANG MELANDA DIRI~ Bila chek sharekan status kat wall pasal diri chek dilanda kemalasan semalam terus ada seorang teman Facebook chek Kak T Mah namanya, dia kata kalau malas2 tak berasaplah dapur chek jawabnya nanti. Pastuh dia naklah tengok entry post dalam blog saya nih diupdatekan, asyik duk letak gambar udang berempah tuh jer.Dahlah takboleh nak makan sebab leh tengok jerkan, mana member tak berbulu, tak boleh nak rasa walaupun seekor hehe , kesian kan. Dia mcam barang kat sshopping mall lah. Nice to see nice to smell once eaten consider finish hehe. takperlah orang kata tengok pun tengoklah janji dapat
jamu mata ahak! Kalau nak makan kena lah tubuhkan syarikat buatan sdn bhd! Lately nih, kesibukan telah melanda selain kemalasan yang juga telah menyelubungi diri ini sebenarnya. Cewah poyoz! Padahal mana busy mana pun! Nak tulis pasal masakan nih bukan senang tau. Kalau setakat tepek tulisan jer memang boleh. Tapi mesti ada yang komen dan tanya mana gambarnya. Sebenarnya kalau nak pastekan gambar kena buat byk benda. Mana nak tulis resepi, mana nak masak lagi mana nak ambik gambar lagi, nak menghias pulak lagi bla bla bla dan bla lagilah. ish silap2 leh kematulah! Semua kena buat dari Z- A hehe. Kena luangkan masa beb. Tuh belum tolak, tambah, bahagi dan kali = dengan idea nak tulis tentang topik entry lagi. Kadang2 tuh walau sudah puasku perah-perah, kuketuk-ketuk dan kuhempas-hempas, tapi hasilnya sungguh mengecewakan pasai ilham nak tulis apa masih tak nak kuar2 jugak. Sebab ilham tuh main sorok-sorok kot heheh. Cantik sangat ker dia? sampai nak main sorok-sorok dengan aku nih? Siapa nama ilham mungkin lah senang kot ilham nak sampai. Lepaih nih bubuh nama anak mohd Ilham @ Siti Ilham! senang diorang nak berkarya hahah. Ilham akan melimpah ruah sebab nama dia Ilham ahak! Walau apa pun pancarobanya, semangat saya nak mengesyer resepi tuh dengan u all semua memang tak pernah terkubur lagi lah. Alhamdulillah!. Kesabaran anda tuh amatlah saya hargai. Mana yang dah dua tiga kali lalu kat blog saya nih confirm dah naik boring. Mesti dah rasa kembang bijik mata dan anak tekak pulak dah rasa berempah, sebab bukak2 jer asyik menu tuh jer. Balik2 Udang berempah tuh jer lah yang kena jamu kat matakan hehe. Macam dah takde menu lain plak kan nak post. Kira oraitlah tuh apa! janji leh buat ayaq liur korang leleh betui tak chek habaq kat hang? (leleh ker?)hehe. Tadi semasa kelas Malaysian Cuisine, bebudak nih dah buat macam2 sup yang ada di Malaysia nih. Antaranya ~ sup tomyam, sup ayam berempah, Rasam, Egg drop soup dan macam2 lagilah. Jadi kali ini saya terpikir nak syer resepi best ngan u all . Kepada semua kaki masak dan kaki cekik! hari nih saya nak kongsilah satu sup yang layan gak lar iaitu sup sirip ikan yu. Sup jenis nih semua orang leh makan, termasuklah orang yang takde gigi hikhikhik. Sup nih adalah makanan popular masyarakat cina ok. Memang payah dah nak cari sirip ikan yu yang fresh la ni. Sebab semua ikan Yu semua pakat mogok kat laut hahah. Di kelas komersial ini saya gunakan sirip ikan yu tiruan. Boleh dibeli di kedai sensei atau kedai cina tapi kalau susah sangat u all leh ganti jer dengan isi ketam~ senang citanya ,leh gak layan. Jadi mana yang boleh dapat beli sirip ikan yu bolehlah buat resepi ini ok!
Bahan-bahan
1 liter Air rebusan ayam
100gm isi ayam yang direbus-carik
120gm sirip ikan yu/ isi ketam
100gm cendawan kering-rebus dan hiris
1 paket jejari ketam-carik
4 biji telur
60gm cendawan butang
1/2 cawan sudu cuka hitam/cuka putih
3/4 cawan tepung jagung -larutkan dengan air
sedikit lada putih
sedikit garam
1 tangkai daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara penyediaan
- Rebuskan semua bahan kecuali telur dan tepung jagung sehingga mendidih.
- Pukul telur dan curahkan dalam sup sambil dipukul dengan wire whisk.
- Pekatkan dengan tepung jagung dan perisakan dengan garam dan lada putih.
- Taburkan dengan daun ketumbar sebelum dihidang.
Tip Chef Azli Razali
Anda boleh menggantikan air rebusan ayam itu dengan mencampurkan air kosong dengan serbuk pati ayam supaya ada rasa stok ayam sedikit.
21 comments:
owh....
nih lecturer uitm penang ker?
ada kawan saya belajar dkt situ juga
nih mesti garang nih...
hohoho
P/S : Video Klip Terbaru Wonder 'Girls' - Nobody Meletup
sodap eh lak ai
hurmmm akan cube!
wah..ni yang rasa cam nak cube..buatkan leh..?hahaha
okeyh2..mesti cuba..
^_^
OMG! sedaaaappp...
eh tapikan rasanya mcm dah dilarang jer penggunaan sirip ikan yu ni buat sup??? hmmmm
sup sirip yu macam sedap jer..mahal kan sirip tu..
klu bab mknn ni mmg cepat jer terliur.. heheh..
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
eemmm tentu mahal harganya ni... nampak mewah ye... apa rasanya agaknya... tak pernah lah jamah... aku pernah gak gi hotel atau restoren tapi tak ade manu cam ni...
minta maaf kerana lambat balas komen ko ni... kerana semenjak ni agak sibuk sikit lah...
Sarapan pagi ngan sup nie mesti sedap.
sedap...
aku jd lapar..hehe..
saya tak pernah lagi rasa ikan yu..
Hi Azli,
Saja menyinggah ke blog u. sedap nampak blog ni!
nway. thanx for visiting my blog. I dah follow u. so, u can follow me back... :)
sodap3..resipi hari raya ade??..hehe
suka makan sup ni..tapi mana nak beli sirip ikan u tu..yg kering ker basah yer chef??
yummmyyy...dh lama x mkn sharkfin soup nih
Salam, chef, sirip ikan yu tiruan buat dari apa ya? Akak memang tamau sirip yu asli, kesian dgn cara kejam depa amik sirip ikan tu..but tiruan tu ok je cuma nak pastikn apa bahannya. tqs
oh dia dperbuat daripada gelatine, collagen dan sodium agglutinate,
sup sirip ikan yu pn ade? haih..mcm2 mknn kat dlm dunia..mcm mane la rsnye ek
mantabbbb
err..best ke sup 2? takut nak makan~
Mana nak beli sirip ikan yu utk dimasak ni yer? Thanks!
Catat Ulasan