27 Ogos 2010

Kek Pelangi


Engkau tiba bagaikan pelangi. Cewah tetiba lak teringat kat bait2 lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang merdu nih. Mesti korang ingat ngan lagu nih kan? bezz kan lagu nih?. Bukan apa saya memang minat gila kat Sudirman Hj Arshad nih sebab suara dia lain dari lain. Memang sedap lemak dan bekrim kesukaan ramai. Eh cam makanan plakkan? Tak kisahlah key point dia suara Sudirman memang memang sedap. Nak2 lagi kalau lagu raya dia
' Dari Jauh ku Pohon Maaf ' tuh. Adoii ai shahdu rasa hati nih. Rasa cam nak lompat jer balik kampung sekarang! nasib baik kg jauh kat Nilai tuh tak lah boleh teman nak melompat hehe. Eh jangan salah fahan teman bukan nak gossip pasal dunia hiburan ok! heheh. kang nanti wartawan2 hiburan serang guwa plak pasal dah kacau line diorang carik makan heheh. Sebenaqnya teman nak cita tentang kek yang teman dapat dari sahabat teman sapa lagi si Rohimi tuh lah. Kek nih nama dia kek pelangi! thats why lah saya teringat dengan lagu Sudirman Pelangi Petang tuh. Walaupun kek nih taklah serupa sangat cam 7 kaler  pelangi tuh tapi bagi saya kek ini nampak sangat2 meriah dan menarik sebab berwarna warni ala2 warna2 ranggoli. Sebab tuh lah saya  mengkaitkan kesedapan kek pelangi ini dengan kesedapan  lagu pelangi petang nyanyian Sudirman tuh. Berbalik pada cita kek ini. Bila saya tgk jer kek nih terus saya jatuh air liur, eh silap! jatuh hati kepada kek ini sebenarnya. Nasib tuan yang buat tuh dah berlaki dan beranak pinak!, kalau tak dah jatuh hati pada tuan yang membuatnya sekali ahak! cehh kesitu plakkan.. Ok ok back to the track. Yelah mana tak jatuh hati sebab dari jauh nampak kek ini cantikkkkk menarikkkk kau memang debomb tau. Apalagi macam biasalah, this is the time  saya terhegeh hegeh kat Rohimi nih mintak tip camana nak buat kek nih. Alhamdulillah seperti sebelum-sebelum nih dia tak lokek untuk berkongsi resepi kek nih dengan saya. Dan seperti biasa dia kata dalam hati " Azli ! kau jangan tak kredit nama aku dalam blog kau!" walaupun dia hanya berkata dalam hatinya tapi saya boleh mendengarnya sebab saya ada kuasa psikik yang boleh mendengar! ahhaha. Ish jangan lah percaya! sah2 guwa kelentong  lu orang ahak! dia takda lah kata cam tuh. Saja jer saya cakap cam gitu pasal nak bagi skrip sedap sikit ahhaha. Rohimi memang baikkk orang nya! apa lagi gunakanlah kebaikan si Rohimi ini untuk kesenangan korang membuat kek nih.  Selamat mencuba!


Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka  pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
  2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
  4. Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza.
  5. Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
  6. Selepas masak, sejukkan kan kek.
  7. Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.

9 comments:

Ida Ddapur berkata...

slm azli....nama sama laks ngan che abe kat umah..apa2 pun cantikk sgt kek tu..akak tak reti la nak potong kek secara sekata ni..mesti senget benget

Cik Aish berkata...

cantiknya kek!!!!!!!!!!!!!

leeyamoi berkata...

cantiknye..! ni yg lbh smngt nk buat. :)

Zamri A. berkata...

meriahnya kaler kek ni. warna warni lagi. surely best.
"Dari Jauh ku Pohon Maaf"? Aarggh, x sukee... mmg lagu phobia bg org2 di perantauan. Lol! =D

mama mimi berkata...

kahkahkahkah....lepas ni tak boleh sorok2...sebab dia boleh baca apa ada dalam kepala kita...hikhikhikhik...HAHAHAH, Atas sokongan, saya pun dah buat blog...dah jual kek pun, tapi kek biasa2 je....

Azli Razali berkata...

wah mama mimi.cayalah! bagus2 cam tuh lah. ha emgkau siap jual kek lagi nih bags2 jadi taukeh plak!

noor berkata...

cantiknya kek nie nampak ceria sungguh

Tanpa Nama berkata...

tQ utk chef rohimi sbb share this recipes..n chef azli buat meletop tuh...nmpk sedap beb...terliurnya tengok...hi2..

ismie missyat berkata...

saya suka...saya suka..ni mesti cuba ni...