Bahan-bahan
1 tin kecil /150 gm sardin/daging/ayam cincang
2 biji kentan- potong dadu
3 ulas bawang kecil- dicincang halus
1 tangkai daun kari
2 1/2 sudu serbuk kari ikan/daging
3/4 cawan air
1/4 cawan sayur campur
2 camca daun ketumbar-cincang garam secukup rasa
12 keping kulit popiah
Cara-cara penyediaan
- Tumis bawang merah dan daun kari sehingga naik bau.
 - Lautkan serbuk kari dengan air sehingga menjadi paste,dan tumis bersama bawang dan daun kari sehingga pecah minyak.
 - Ketika ini masukkan daging sekiranya menggunakan daging cincang.
 - Kemudian masukkan kentang dan air.
 - Masak hingga kentang empuk.
 - Dan masukkan sardin(sekira guna sardin), sayur campur dan daun ketumbar.
 - Perisakan dengan garam
 - Ambil satu sudu inti dan letakkan dia tas kulit popiah, balutkan membentuk segitiga. Lekatkan hujung samosa menggunakan air.
 - Goreng sehingga masak kekuningan.
 



0 comments:
Catat Ulasan