Alhamdulillah buku kedua telah selamat dicetak dan dipasarkan di Malaysia dan Singapura. Buku ini telah diterbitkan oleh Sky Publishing House. Saya mengambil masa selama 5 bulan untuk menerbitkan buku ini. Setiap resipi yang dicipta telah diuji, ia benar-benar teruji!. Keunikan buku ini adalah dari segi konsepnya. Ia hanya menggunakan 5-6 bahan sahaja dalam setiap juadahnya. Ringkas bukan? Setiap bahan dalam satu-satu resipi ada menggunakan sekurang-kurangnya satu produk daripada MAGGI. Terima kasih kepada MAGGI kerana menjadi penaja untuk ruangan iklan.Timbulnya idea saya untuk membuat buku berkonsepkan resipi ringkas ini bermula daripada perbincangan dengan publisher saya. Akhirnya kami sepakat menerbitkan buku Resipi Ringkas ini yang sesuai untuk orang2 yang sibuk bekerja!. Kesibukan kerja membuatkan sesetengah anda kita tidak memasak dan kurang minat untuk masak di rumah.
Maklumlah apabila sudah pulang lewat ke rumah, badan pasti rasa penat dan waktu ini Resipi Ringkas amat sesuai untuk disediakan supaya masa memasak anda menjadi singkat dan bolehlah anda berehat dengan cepat! betul tak? Faktor2 kesibukan inilah yang telah mendorong saya untuk melahirkan buku resipi ringkas ini. Penggunaaan produk segera daripada Maggi juga dapat mempercepatkan masa memasak anda jadi anda tidak perlu masa yang panjang untuk memasak di rumah. Terdapat 37 resipi ringkas di dalam buku ini yang terdiri daripada lauk pauk, sup, dan snek. Sasaran buku ini sudah semestinya kepada orang yang berkerjaya yang sibuk dan juga kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan memasak. kepada yang berminat, boleh dapatkan di kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM 18 senaskhah atau secara pos yang berharga RM22.50 senaskhah termasuk caj penghantaran pos ekspress berserta tandatangan (jika mahu!) hehe. JIka ingin beli secara pos, bolehlah bank in atau transfer duit di dalam akaun maybank saya 112080571369 dan emailkan saya salinan resit pembayaran ke azlirazali77@yahoo.com atau fax kan ke 04382368. Adios!
16 comments:
tahniah chep! da kuar buku ke-2!
sir...nk buku ni juga...... heee... nk..... nnt sy msej sir...huhuhu..tahniah..pilih juga gmbar muka depan yg sy cadangkan itu...huhuhu..tahniah!!
tahniah juga drp saya chef!
tahniah !
tahniah..teruskan usaha yea..bg resepi2 simple & bajet..hihi
terima kasih semua. Insyallah masa depan saya akan dapat hasilkan buku masakan yang lebih berkualiti lagi Aminn
chep.. congrats !
Tahniah bro.....semoga suksess dan terus maju.....we love u man...
shahirah iqbal tima kasih.
Tahniah juga dari DTS - Mat Gebu..
Mat gebu terima kasih terharunya DTS mat gebu yang tersohor dtg melawat blog saya tq sekali lagi
Storm tima kasih juga
akan cari di MPH Alamanda hjg minggu nie.. cuma nak dapatkan tandatangan chef je tak dapat2 lagi.. dari buku pertama pun takde tandatangan lagi..
tahniah atas kelahiran buku baru...insyaallah akan terjah kedai buku..
saya pun nak cari satulah kat kedai buku.
sy nk..tp yg pos,,=)
Even though snoring issues have long been the brunt of jokes and teasing, snoring
problems that are on going can no longer be ignored but should be taken seriously.
And if you get sick, it takes you longer to recover. She wonders if the class went on a fieldtrip without her.
Also visit my web-site; stop snoring mouth Guard review
Catat Ulasan