ATAS permintaan saya letakkan resipi garam masala kerana ada yang membaca post saya sebelum ini iaitu daging masala dan mereka ingin membuat garam masala sendiri di rumah. Untuk membuat rempah ini anda tidak memerlukan alat yang canggih kerana apa yang anda perlukan adalah mesin kering untuk mengisar bahan-bahan yang disangai (digoreng tanpa minyak). Apabila anda telah memesinkan garam masala ini pastikan anda menyimpan dalam bekas kering dan kedap udara agar tahan lebih lama juga untuk memelihara aromanya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
1 sudu makan biji pelaga
1 inci/1 batang kulit kayu manis
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu teh biji lada hitam
1/4 biji pala (pilihan)
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh biji ketumbar
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun selasih kering(pilihan)
2 helai bayleaf@daun salam kering
Cara penyediaan
Goreng semua bahan-bahan kecuali daun selasih atas kuali tanpa minyak sehingga harum. Kemudian dengan menggunakan mesin kering , mesinkan semua bahan-bahan sehingga hancur dan halus. Siap untuk digunakan.
4 comments:
salam chef...;)
thnxs for de recipe...xsangka garam masala ni boleh wat sendiri..ingat dulu penah g hypermarket tanya nak garam masala..bila balik rasa..asal la garam masala ni x masin..wakakakak..lawak2...:)
sama2 aida. mm takper itukan proses pembelajaran jugak namanya
Tapi chef, daun selasih ngn bay leaf kan lain..
Paan mmg lain pun daun salam so sy dh ubahkan resipi tuh spy tak keliru
Catat Ulasan