Pages

09 November 2010

Sup Sayur Fucuk Telur

Menu Sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Makanan berebus ini juga berkhasiat kerana tidak menggunakan minyak, selain membekalkan karbohidrat dan protein tambahan kepada hidangan. Jadi, pengambilan karbohidrat daripada nasi dan protein daripada ayam boleh dikurangkan.

Bahan-bahan


4 cawan air
4 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
10 g ikan bilis, ditumbuk kasar
2biji kentang, dipotong kecil
2 biji telur
20 g sayur fucuk, dikoyakkan kecil-kecil
15 g suhun
1 biji cili merah, dihiris
Garam secukup rasa


Cara-cara penyediaan:


1. Campurkan air, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk.
2. Masukkan telur dan biarkan sehingga telur masak.
3. Masukkan sayur fucuk dan suhun serta cili merah. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali perisakan dengan garam.

4 comments:

siti berkata...

chef..rsepi simple yg mmg sedappp lar chef..tq..klu ada sambal belacan btmbah sedap mkn masa lunch..syrupp..

ietams berkata...

eh! ni menu masa saya malas nak masak bermacam² menu..
selalunya saya masak mase musim ujan.. padan kan dgn sambal goreng pastu goreng ikan masin sikit.. nyumm..nyum..

Azhan berkata...

macam sedap je

Athirah berkata...

mcm tawar jer