Pages

03 November 2010

Puding Suji


PUDING Suji juga dikenali puding semolina ini sebenarnya adalah pencuci mulut komuniti masyarakat India yang sangat popular dan enak. Resipi  asli menggunakan minyak sapi tepung suji dan susu. Walaubagaimanapun resipi ini saya ubahsuai sedikit dengan menambah agar-agar supaya dapat membantu puding ini untuk set dan menjadi lebih pejal.  tepung suji @ semolina adalah tepung gandum penuh yang  biasa digunakan untuk membuat pasta. Keunikan puding ini terletak pada bahan-bahannya. Apabila masak tekstur puding ini  sedikit kasar kerana tepung semolina tadi yang kasar dan telah mengembang. Well anda semua kena cuba puding nih. Welcome to the taste of Indian!
Bahan-bahan 


10gm agar agar
1500 ml air
300 gm gula
4 biji kuning telur
1 sudu minyak sapi
1 liter susu segar
200 tepung semolina atau tepung suji

Cara-cara penyediaan
  1. Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga agar-agar larut.
  2. Di dalam mangkuk berasingan kacau telur, susu, tepung,  minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Masak sehingga likat.
  4. Tuang dalam acuan dan sejukkan.
  5. Potong setelah ia keras.  Sedia untuk hidangan.

2 comments:

Shafynnaz Roslan berkata...

wow..nampak sedap...

Tanpa Nama berkata...

Yummy.leh try untuk perayaan depavali nie!!