Pages

12 November 2010

pie/tart shell

Pai shell atau lapisan bawah pie/tart perlulah rangup. Ini bagi pai atau tart yang dibakar dahulu tanpa sebarang isian atau kita panggil blind bake. Kemudian kulit pai atau tart ini akan digunakan sebagai bekas untuk isian @ filling Walaubagaimanapun jika anda ingin mneggunakan resipi ini untuk resipi pai yang dibakar bersama isinya boleh juga tiada masalah. Ada teknik untuk membuat pai shell yang rangup dan antara pantang larangnya adalah kurangkan penggunaan tangan kerana mentega mudah cair apabila terlalu kerap digaulkan dengan tangan. Selain itu uli jangan terlalu lama bagi mengelakkan protein tepung membentuk gluten yang akan meliatkan kulit pai nanti. Sebaik baiknya gaulkan menggunakan mesin pengadun. Doh yang telah siap perlulah direhatkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15 minit agar mudah dibentuk dansupaya tekstur lebih rangup apabila dibakar nanti. terima kasih kepada chef Anida kerana berkongsi resepi ini dengan saya.


800 gm tepung superfine


Bahan-bahan
500gm mentega
100gm gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga hampir gebu.
  2. Masukkan telur, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung superfine dan gaul sehingga sebati.
  4. Bolehlah diterap didalam acuan pai atau tart setebal 5 mm. Cucukkan dengan garfu pada kulit doh supya mengurangkan gelembung semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga kekuningan.

5 comments:

Noor berkata...

tips yg amat baik ler chef..sya pon kekadang menguli sakan tak ingat..rupanya betullh cm mat salleh bt uli gitu2 jer...he3...okey tQ..
ops nk tnya chef,mesin pengadun cm utk blend buah tapi besar leh kisar daging,uli tepung tu sebenrnya fungsi dia apa yer?..adakh alat tuh lg okey dr stand mixer..sbb tgk kekdang kt tv(tv lagi..hi2...sori kita x pandai masak)chef2 hnya guna benda tu utk uli tepung,bt biskut,kisar kentang or daging...klu okey baik beli yg tu jer compare stand mixer..??

azlirazali berkata...

oh yang itu kita panggil food processer atau chopper. blade/pisau dia lebih besar dan ia sesuai untuk mengisar daging atau bahan-bahan lain tanpa menggunakan air contohnya jika hendak mencincang bawang jadi jika menggunakan food processor bawang yang dicincang tidaklah begitu hals seprti menggunakan blender. blender biasa hanya sesuai untuk blend benda2 lembut tetapi perlu menggunakan air dan teksture bahan yang diblend akan menjadi sangat halus ia sesuai untuk masakan melayu seprti menumis dan sebagainya. selain menggunakan stand mixer, food processor juga boleh digunakan untuk membuat kulit pai atau tart ini dan hasil yang dibakar lebih rangup kerana cara pengadunan menggunakan food processor pada doh lebih baik. Namun demikian saya nasihatkan anda membeli food orosessor yang tahan lasak dan berkualiti supaya tahan lama.

Noor berkata...

Bagusnya info chef..cmtu kena survey2 juga food proscer ni 1..x yah nk kuarkan hand mixer dn megelap tepung yg bertaburan masa proses nk mix adunan..

farahnas irina berkata...

Itu hari i buat tart shell nih jadik brown n ada gelembung. I almost want to get tart shell nih from carrefour jer sbb dah give up nak prepare another round of tart shell. But when I came across ur recipe n tips nih buat i teringin to give it another shots. I try to do it tonite. Kalau jadik I akan kabarkan to all...

Thx chef azli!!!

farahnas irina berkata...

alright i dah try... jadik la... very crispy n creamy gitew rasa dia... mmg sesuai to go wif my lemon cream, raspberry n grapes. sgt best... thx chef... Jasa mu dikenang