Pages

10 November 2010

Kerabu Mangga Muda

Menu Sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Kerabu ini amat berkhasiat kerana menggunakan mangga dan tomato yang kaya dengan vitamin dan serat. Rasa masam air limau nipis dapat membuang lemak didalam badan. Rasanya yang sedikit pedas boleh melancarkan perjalanan darah. Anda boleh gantikan udang dengan ikan bilis atau sotong golek.
Selain kaya dengan sumber galian seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium and zink, madu juga mengandungi gula semula jadi fruktosa dan glukosa serta lebih sihat berbanding dengan menggunakan sukrosa daripada gula pasir. Madu juga bebas kolesterol dan mengandungi sumber antioksidan.


Bahan-bahan A:
1 biji mangga muda, dihiris halus
40 g udang segar, direbus dan dipotong kecil
1 tangkai daun ketumbar, dihiris
1 biji tomato, dipotong dadu
Bahan-bahan B:
3 camca besar perahan limau nipis
2 camca madu
2 camca makan sos ikan
4 biji cili padi dihiris
1 biji cili merah ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah dihiris
1 batang serai dihiris
½ camca belacan

Cara penyediaan
  1. Campurkan semua bahan B sehingga sebati.
  2. Kemudian campurkan bahan A dengan bahan B dan gaul sebati.
  3. Sedia untuk dihidang.

1 comments:

NurLensaPhoto berkata...

ooic resepi ni lain ckit coz azli gne sos ikan..xp nur try t..