RESIPI kali ini saya kongsikan apabila saya mendapatnya daripada suratkhabar NSTP bertarikh 25 Oktober 2010 dan terima kasih kepada Chef Madhavan daripada Hotel Legend kerana berkongsi resipi ini. Menurutnya, makanan ini berasal daripada selatan India kerana ia menggunakan banyak rempah ratusnya. Untuk pengetahuan anda, untuk menyediakan makanan ini ianya memerlukan masa yang lama kerana berdasarkan cara-cara penyediaannya anda perlu perapkan dahulu ayam ini selama 2 jam. Selain itu bahan-bahan yang digunakan juga agak banyak dan akan merumitkan lagi penyediaan juadah ini. Saya pun mula2 pening gak tgk bahan2 dan penyediaannya tetapi jgn risau saya dah susun bahan2 dan penyediaan dia agar mudah difahami. Walaubagaimanapun dengan bahan-bahan yang meriah dalan resipi ayam ini ditambah pula dengan masa yang lama diluangkan saya garenti makanan ini pasti enak!. Jadi tarik nafas dalam-dalam dan luangkan masa anda selama lebih dari 2 jam untuk membuat masakan ini. Sekali sekala apasalahnya kan? yang penting sedap!. Kalau rasa lama sangat peraplah ayam tuh 1 jam jer tapi rasanya kurang umphh lah hehe.Selamat memasak!
Bahan-bahan
1 kg ayam potong 4/sederhana kecil
Bahan-bahan B (dikisar)
20gm bawang putih
20gm halia muda
Bahan-bahan C
30gm serbuk cili
20gm serbuk ketumbar
10gm serbuk kunyit
10gm serbuk jintan manis
40ml cuka salad
20gm daun ketumbar-dihiris
10gm gula
Secukup rasa garam
Bahan -bahan C (untuk menumis)
10gm gula
Secukup rasa garam
Bahan -bahan C (untuk menumis)
120gm minyak masak
300 gm bawang besar
3 gm biji sawi
10g cili kering-kerat dua
20gm serbuk cili
10 gm serbuk kunyit30gm cili hijau-belah dua
5 gm daun kari
4 gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang3 gm biji sawi
10g cili kering-kerat dua
20gm serbuk cili
10 gm serbuk kunyit
30 gm cili merah belah dua cair
Bahan-bahan D
1/2 cawan air
60ml susu cair
garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara penyediaan
Cara-cara penyediaan
- Perap ayam dengan bahan B dan C selama dua jam.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan C satu persatu sehingga wangi .
- Kemudian, masukkan ayam yang diperap bersama air dan kacau sehingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan susu garam dan daun ketumbar kacau sebentar dan boleh lah diangkat.
6 comments:
sedap tu...biarpun byk pakai bhn tp berbaloi
Salam chef..
tayanglah gambarnya..bole tangkap leleh agaknya kalo tgk:)..
msti sedap bangetkan..
oh saya belum sempat buat lagilah mummy nanti bila dah buat saya tepekkan ok.
salam chef!saya baru jer jd member blog chef nie..
jauh trtinggal belakang tapi rasanya chef boleh tolong..
Baru tengok resepi 'shark fin soup' terlior sesangat..
brand jenis apa yg best kalu nak dptkan shark fin tu yg dlam tin??
tq
Mamaleez oh dia artificial iaitu tiruan dan ada dijual dipasaraya bahagian kering jual kering selain tuh ada jg dijual di kedai2 herba cina.
H,,sedap tu, pandai ke awak masak? Seri wangi tak hairan sebab anak-anak seri wangi pun pandai masak,lagipun kat rumah hubby yang masak sebab seri wangi pg kerja.
Catat Ulasan