Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita bulan September 2010
Pastikan ayam dibuang kulit kerana kandungan minyak tepu pada kulit mengandungi kolesterol tinggi. Teknik memasaknya juga berlainan kerana tidak menggunakan minyak. Tomato mengandungi sumber antioksidan seperti anthocyanin dan lycopene yang baik untuk mengurangkan risiko sakit kanser payu dara dan prostat. Susu cair yang menggantikan santan juga membekalkan kalsium kepada badan.
Bahan-bahan B (dikisar):
1 ekor ayam dipotong dan dibuang kulit
Sedikit daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa
½ tin kacang pea
4 biji tomato dibelah empat.
Bahan-bahan B (dikisar):
1 batang serai, diketuk
1 ulas bawang besar
1 inci halia
4 ulas bawang putih
½ tin puri tomato
5 camca besar sos cili
½ cawan air
½ tin susu cair
2 camca besar cili kisar
Cara-cara penyediaan
- Campurkan ayam, dengan semua bahan B dan masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.
- Padamkan api dan masukkan daun ketumbar.
- Perisakan dengan gula dan garam.
- Akhir sekali masukkan kacang pea dan tomato. Kacau sebentar.
3 comments:
Tampak menyelerakan sungguh la chef!
wahdi thanks tapi lauk biasa jer
terliur tgk lauk tuh...
Catat Ulasan