Pages

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

17 Februari 2014

Kelebihan Sayur Kangkung!


Sayur kangkung turun harga dan berita ini memang benar-benar! Sebelum ini cerita penurunan harga kangkung oleh PM kita mendapat berita yang sangat meluas di media massa. Dengan pengumuman penurunan harga sayur kangkung itu telah membuatkan ramai yang memuat naik cerita tentang sayur ini dalam status facebook mereka. Bermacam-macam cerita tentang kangkung yang dimuatnaikan mengikut cara masing-masing.  Ada juga yang membuat parody lucu tentang kangkung dengan begitu kreatif. Kelakar pula membaca tentang cerita kangkung itu. Tiba-tiba pula ia menjadi sensasi! Walaupun cerita tentang kangkung agak suam-suam berbanding sebelum ini tapi saya tetap mahu bercerita tentang kangkung kerana ada infomasi yang baik untuk kesihatan sebenarnya sayur kangkung ini ya.

23 Ogos 2013

Cari Makanan Halal Di Bankok

Saya pernah menulis artikel saya mencari makan ke Surabaya sebelum ini dan banyak sekali maklumbalas yang positif daripada pembaca kerana mereka suka akan konsep tulisan ini. Rentetan daripada itu ada juga yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman melancong saya  ke tempat lain pula terutama di negara-negara bukan Islam kerana katanya jika saya coretkan pengalaman ke negara-negara seperti  ini ia pasti dapat membantu dan memudahkan mereka untuk mencari makanan halal. Baiklah pada minggu ini apakata saya berkongsi pengalaman saya melancong dan mencari makan ke Bankok Thailand pula. Minggu lepas saya telah ke Bankok Thailand kerana membentangkan kertas kerja. Walaupun baru dua kali saya berkunjung ke negara gajah putih ini namun soal mendapat makanan halal bukanlah masalah besar kerana banyak makanan orang Islam yang boleh anda cari.
Bankok bagi saya adalah kota pelancongan yang tidak pernah mati. Carilah apa saja di sini pasti akan anda temui. Yang paling seronok adalah budayanya yang memang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Bukan setakat budayanya yang indah tetapi makanannya juga enak-enak belaka. Satu tip yang suka saya nak kongsikan dengan pembaca adalah jika mahu mencari makanan halal disini anda hanya perlu google dan carilah masjid di kota Bankok kerana dimana ada masjid di situ pasti ada makanan halal.  Kami bertolak ke Bankok daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5.05 dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Don Mueang Bankok.

Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang lama sebelum Lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi dibuka. Sebaik sampai saya terus menaiki teksi ke Jalan Khaosan. Disini ada makanan halal dan malam itu kami makan di restoran Sarah iaitu restoran Lebanon. Keesokan harinya kami ke Pasar terapung Damnoen Saduak yang mengambil masa 1 jam 30 minit  untuk sampai.
Di Pasar terapung Damnoen Saduak 
 Anda perlu ke sini kerana keunikan pasarnya adalah mereka menjaja dalam sampan dan memang sangat teruja melihat suasana pasar disini. Ada satu restoran halal disini yang pemiliknya beragama Islam dan berasal daripada Patanni Thailand.
Makanan Halal di Pasar Terapung
Kami mengambil pakej pelancongan setengah hari yang yang berharga 20 bhat lebih kurang RM 20 kita disini. Petangnya kami kembali ke Jalan Khaosan kerana disini ada beberapa gerai dan restoran halal di sekitar masjid Cakrabongse dan anda hanya perlu menyusuri lorong Trok Surao untuk mendapatkan makanan Islam. Aras tanda yang paling mudah dicari adalah ia berhadapan dengan pasaraya Tang Hua Seng kerana tempat makan ini berada di bahagian lorong dan untuk ke masjid pun anda perlu berjalan melalui lorong ini.

Lorong Trok Surao


Restoran halal di Cakrabongse 
Gerai-gerai disini dibuka seawal 7pagi dan tutup selepas waktu Isyak. Kemudian kami ke Silom pula untuk menginap disini. Tempat makan seterusnya adalah kami menuju ke restoran Cili Padi tidak jauh daripada tempat tinggal kami anda hanya perlu menaiki keretapi BTS ke stesen Surasak dan dengan mudah anda akan sampai dengan pengangkutan BTS kerana restoran ini berhampiran stesen keretapi ini. Restoran ini menyajikan masakan Malaysia. Hari seterusnya adalah mencari makan halal ke lokasi di Jalan Phetchaburi 7
Salah satu restoran halal di Petchaburi
MAKANAN HALAL DI PETCHABURI SOI 7
Antara temnpat shopping popular di Bankok

Membeli belah di pasar Chatuchak

Makanan halal di Restoran Hayati di Petchaburi Soi(Jalan) 7

Restoran Cili padi  di Bankok!
Pasar ini sangat luas dan memang puas hati jika anda membeli belah disini kerana kesemua barangnya dijual dengan harga yang sangat murah. Memang rambang mata di buatnya!. Minggu ini saya kongsikan satu makanan yang saya nikmati disini.

18 Jun 2013

Percutian Ke Surabaya

Dua minggu lepas saya sempat melancong ke Surabaya selama 3 haribersama Editor saji abang Joha dan make up artis terkenal abang Zul Fazli. Pada mulanya saya terpaksa membatalkan percutian saya ini kerana ayahanda saya yang tercinta baru lima hari pulang ke rahmatullah sebelum saya berangkat. Insiden sedih ini telah membantutkan semangat saya untuk bercuti tetapi setelah dipujuk oleh rakan dan ditambah lagi semua tiket dan pakej telah dibayar jadi saya kuatkan semangat untuk terus juga.Tak pergi membazir pula nanti! Tak apalah saya hanya mampu redha kerana Allah lebih sayangkan aruah. Mungkin percutian ini saya dapat tenangkan hati yang sedih ini disamping dapat juga saya membuka mata melihat tempat orang.Yang paling penting pengalaman percutian saya ke Surabaya dapat saya kongsikan bersama pembaca setia ruangan ini. Surabaya memang satu tempat percutian yang menarik. Surabaya merupakan Bandar kedua terbesar selepas Jakarta. 
 Surabaya bermaksud buaya dan ikan jerung dalam bahasa jawa kerana legendanya kedua binatang ini pernah bergaduh berebut Surabaya. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat di Surabaya antaranya jawa, Madura, Sunda, Batak, Banjar, Minangkabau dan Bugis. Jadi kehidupannya memang dekat dengan kita di Malaysia terutama yang ada pertalian darah dengan kaum masyarakat ini maklumlah kita ini serumpun. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2jam 30 minit dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya jam 11 pagi. Kami terus menuju ke kampong Monopoloh di Bandar Malang kerana menghantar pembantu rumah teman saya ke sana untuk meraikan majlis perkahwinan anaknya. Kami telah melewati satu kawasan banjir lumpur yang telah menenggelamkan sebanyak 16 buah kampung. Banjir lumpur panas Sidoarjo atau Lumpur Lapindo adalah peristiwa penyemburan lumpur panas di lokasi penggalian PT Lapindo Brantas di desa Renokenongo, Sidoarjo sejak 27 Mei 2006 Kawasan ini telah dibina tembok yang tinggi juga supaya lumpur tidak sampai ke jalan raya. Dikatakan pada mulanya kawasan ini dirancang untuk menggali minyak tetapi kerana kecuaian pihak berwajib maka berlaku kecelakaan sehingga tersembur banjir lumpur. Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke kampong bibik teman saya yang saya panggil bah saja. Jauh juga rumah bah nih sampai naik lenguh buntut. Tapi apabila sampai dikampungnya saya teruja melihat kehidupan kampungnya. 
  Yang paling menarik dapurnya masih lagi tradisional iaitu dibuat dari lumpur dan menggunakan kayu api. Best giler! Setelah selesai makan malam di rumah Bah Kami bermalam Grand Palace Hotel di Malang. 
Pelbagai Jenis Kuih . Enak bangat!
 Hari kedua pula kami sempat singgah di pasar pagi kota Malang dan disini saya sungguh teruja kerana pelbagai makanan tradisi orang Surabaya terutamanya masyarakat  Jawa yang tidak pernah saya nampak dan rasa saya temui di sini seperti tape bakar,dawet, lumpur dan leker dan macam-macam lagi. Yang paling seronok adalah melihat tempe yang dijual di pasar ini.Macam2 jenis dan bentuk tempe ada dijual disini.
Pelbagai tempe dan tauhu

 Selepas itu kami ke daerah batu Malang menuju ke Kusuma Agro Wisata  sebuah kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan penanaman epal. Tetapi malangnya musim buah epal adalah pada bulan Ogos. Kami berasa sedikit kecewa tetapi kami sempat memetik limau di ladang ini. Kami hanya dibenarkan memetik 2 biji limau ajer! Jadilah dari pada takde kan?
Di Ladang Epal!
Selain buah-buahan sayur sayuran turut ditanam di ladang seluas 70 hektar ini. Sebelum berangkat kami disajikan dengan jus dan puding guava merah.
Mmmm sedap betul rasanya! 
Jus Guava dan puding Guava merah. Yummy!

  Selepas itu kami ke air Terjun Coban Rondo. Air terjun yang setinggi 84 meter ini tersimpan cerita legendanya iaitu seorang puteri telah menjadi janda di air terjun yang menunggu kepulangan suaminya yang telah mati mempertahankannya dari gangguan seorang jejaka.
Ini kes cinta sinetron, jantan ngorat bini orangler! Cis bedebah kau! Jantan x guna! Hehe. Setelah kejadian itu air terjun ini dinamakan Coban(air terjun) Rondo (janda) dalam bahasa jawa.
Setelah itu kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Bromo  yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, di timur kota Malang. Kami tidur satu malam disini. Kawasan ini sejuk yang amat jika di bulan Ogos dan suhu boleh mencecah 2 darjah Celsius. Pada malam tuh suhu hanya 10 darjah Celsius jer. Itu pun dah berasap asap mulut bila bercakap! Gunung Bromo (dari bahasa Sansekerta atau Jawa Kuna adalah Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur.Tidak lengkap kiranya kalau berkunjung disini jika tidak melihat panorama matahari terbit.
Melihat sunrise di Gunung Penanjakan
Orang melihat sunrise di Gunung penanjakan
 
 Seawal jam 3 pagi kami telah bangun menuju ke gunung Penanjakan dengan menaiki kenderaan Jeep Pacuan 4 Roda. Suhu di di sini sungguh sejuk iaitu sekitar 10 darjah Celsius.  Jalan menuju naik ke gunung ini berliku-liku dan sangat tajam. Ianya berbahaya jika tidak berhati hati. Macam Camel troffi rasanya masatuh! hehe. Untuk sampai ke sini perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Apabila sampai di puncak penanjakan kami sempat pekena kopi panas tapi lepas 5 minit kopi dah jadi kopis dingin sebab suhu sejuk di atas puncak nih! Matahari mula terbit jam 5.15 pagi dan saat itu semua orang sungguh teruja termasuk saya apabila dapat melihat kecantikan matahari terbit ciptaan Tuhan! Saujana mata memandang! Dari sini kita boleh melihat gunung Bromo, gunung Semeru dan gunung Batok. Selepas 2 jam kami menuruni gunung penanjakan dan menuju ke savannah di kaki Gunung Bromo.
Savannah di kaki di Gunung Bromo. 

Gunung Bromo merupakan kawah gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 2011. Kawasan ini digelar lautan padang pasir kerana dilitupi oleh belerang gunung berapi dulu dan hanya rumput dan lalang sahaja yang tumbuh. Disini ada tempat menarik lain antaranya padang pasir yang digelar pasir berbisik. Ia dikatakan pasir berbisik kerana pada Bulan Ogos merupakan musim angin kuat dan apabila pasir ini ditiup ia akan mengeluarkan bunyi seperti psst psst psst kerana pasirnya bergesel antara satu sama lain apabila angin bertiup.  Menarikkan? Tempat ini juga pernah dijadian lokasi filem Pasir Berbisik lakonan hebat Dian Sastrowardoyo dan Chritine Hakim. Walaupun untuk sampai ke sini dalam 20 minit tapi saya tak sempat nak pergi ke paasir berbisik ini, maybe next trip pasti saya akan pergi.



Permandangan Gunung Bromo dari bawah


Permandangan Gunung Bromo dari lokasi hotel kami

Hari Ketiga adalah peluang kami membeli belah sakan di Kota Surabaya! sebelum itu kami singgah di Muzium rokok Sempoerna. Rupernya ada makna sempoerna iaitu sempurna dalam kehidupan. adoiii isap rokok tuh sempurnaker?
Bukankah merokok itu memberbahayakan kesihatan? apa2 pun muzium ini best sebab ada sejarahnya yang tersendiri dan yang paling  cool sebab leh shopping dalam tuh! saya bukan shopping rokok tapi shopping bajunya. Tapi pada mereka yang nak shopping rokok dia ada kilang dia yang boleh anda beli sakan. Sukerlah saya nak memberi nasihat bahawa rokok merbabahayakan kesihatan hehe! Kami juga sempat berkunjung ke muzium kapal selam di sini. Terasa macam askar tentera laut pula bila kat dalam kapal selam nih! terbaboom! Kami juga ambil peluang pergi ke Pulau Madura dan membeli belah kain batik Madura.
Dalam Kapal selam Pasopati 410
 

Shopping!

Sebelum ke airport nak balik kami singgah ke restoran IBC dan kami sempat mencuba pelbagai jenis sup di restoran ini seperti soto, dan sup rawan. Memang layan habis! 
Antara makanan Surabaya yang kami nikmati!

 Oklah kepada pembaca sekalian, jika ke Surabaya jangan lepaskan peluang membeli batiknya yang memang cantik-cantik sampai rambang mata dibuatnya dan dan yang pasti jangan tidak mencuba makanannya yang enak-enak sekali. Minggu ini saya kongsikan satu makanan yang sangat popular di Surabaya iaitu Pecel Lele yang bermaksud ikan sambal.

16 Jun 2013

Kek Aiskrim

Baiklah pada minggu ini saya akan berkongsi satu resipi kek aiskrim. Sebenarnya ada cerita di sebalik resipi saya pada minggu ini. Sepatutnya resipi ini saya cipta untuk sebuah syarikat makanan yang terkemuka di Malaysia ini. Mereka mahu saya mencipta 3 resipi kek aiskrim menggunakan produk aiskrim syarikat ini untuk promosi hari raya nanti. Ciptaan ini adalah untuk mempromosikan aiskrim syarikat ini dan kek aiskrim merupakan satu pilihan yang orang ramai boleh buat daripada aiskrim sebagai salah satu hidangan segar untuk hari raya. Jadi menikmati aiskrim cara yang lama dapat dipelbagaikan dengan lebih kreatif dan tidak membosankan. 
 Apabila mendapat tawaran ini saya sangat teruja dan dengan semangat teruja itu saya telah membuat eksperimen dan cubaan resipi sebelum resipi saya dicuba rasa oleh kakitangan syarikat aiskrim ini yang bertanggungjawab. Namun malangnya setelah segalanya dipersetujui pada saat saat-saat akhir projek ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab kos daripada syarikat katanya. Tetapi tidak mengapa saya masih ada lagi pembaca setia dalam ruangan ini yang boleh saya kongsikan resipi ini. Baiklah membuat kek aiskrim ini mungkin sesuatu yang baru bagi sessetengah daripada anda untuk membuatnya tetapi saya percaya ia tidaklah asing kerana kek aiskrim ada saja dijual di kedai aiskrim seperti Baskin Robin. Satu dalam kepala kita kek aiskrim mudah cair dan itu yang menjadi kesukaran didalam fikiran untuk tidak membuatnya. Takper apakata saya kongsikan cara membuatnya. Kek aiskrim bukanlah aiskrim yang dibakar didalam ketuhar  tetapi Sebenarnya kek aiskrim adalah aiskrim yang dibentukkan dalam acuan kek dan kemudian dibekukan semula. Setelah keras ia akan dikeluarkan dan bentuknya seperti sebiji kek kerana menggunakan acuan kek. Anda boleh gunakan sebarang jenama aiskrim. 
  Membuat kek aiskrimmemerlukan kepantasan. Ais krim perlu dipadatkan dalam acuan dengan pantas supaya aiskrim tidak menjadi cair. Sebelum itu anda perlu mengalas seluruh acuan kek anda dengan plastik pembungkus makanan yang lebih dikenali sebagai ‘plastik wrap’ bertujuan supaya kek anda senang untuk dikeluarkan tetapi pastikan plastik itu dilebihkan dalam 5 inci di luar acuan supaya anda mudah untuk menarik aiskrim yang telah dibekukan itu.      Biasanya, aiskrim kek menggunakan kek span sebagai lapisan di tengah atau diluar aiskrim. Ada juga yang mencampurkan bahan-bahan sampinagn lain seperti kek, kacang dan mashmallow yang dihancurkan dalam aiskrim sebelum dipadatkan. Gunakan pelbagai perisa aiskrim untuk melapiskan aiskrim jika mahu. Ingat jika mencampurkan bahan-bahan jangan biarkan aiskrim itu cair tetapi cukup membiarkan ia lembut sahaja. Setelah selesai sejukkan aiskrim semalaman dan setelah itu keluarkan untuk dihidangakan. Aiskrim kek minggu ini saya menggunakan coklat kit kat sebagai lapisan luaran dan ditengah-tengah dan juga kek span. Untuk resipi sila klik disini

28 April 2013

Peluang kumpul Resipi

Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi saya. Mana tidaknya sepanjang dua minggu ini saya perlu menyediakan menu untuk puasa dan hari raya untuk dua buah majalah kesayangan ramai iaitu SAJI dan i Sihat.  Saya memang biasa bekerja sama dengan kedua-dua majalah ini. Selain beberapa majalah lain juga. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh terlibat dalam penulisan dan berkongsi resipi di majalah. Sebenarnya ia bermula dari blog saya. Hobi saya yang gemar menulis dan berkongsi resipi di blog telah dapat dihidu oleh Syikin seorang wartawan majalah i sihat. Dari majalah i Sihatlah semuanya bermula. Begitulah ceritanya bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam majalah. Kemudiannya saya diperkenalkan dengan majalah-majalah yang lain seperti Saji dan WANITA. Jadi aktiviti dan ukhuwah saya dengan majalah memang tidak pernah putus dan sepanjang dua minggu yang lepas saya sekali lagi diberi kesempatan  untuk menyumbangkan resipi bersama pembaca tetapi untuk edisi keluaran puasa dan hari raya. Kebetulan pada minggu pada waktu itu saya pula telah habis kuliah untuk pelajar-pelajar diploma dan memang sesuai sangat untuk saya menyediakan resipi dan menu bagi sesi fotografi bersama media.
        Oh ya, sebelum saya terlupa. Jangan lupa mendapatkan SAJI keluaran MEI edisi hari ibu kerana pengenalan ruangan saya yang baru ada di situ. Saya kini mempunyai ruangan menulis sendiri di dalam majalah SAJI. Alhamdulillah hobi menulis dan berkongsi resipi saya dapat di kembangkan dalam majalah ini. Ruangan saya itu diberi nama Chill… La bersama Azli Razali. Anda berpeluang membaca tulisan saya dalam ruangan itu setiap bulan bermula keluaran Jun nanti. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada editor SAJI yang saya panggil abang Joha dan semua pasukan SAJI amnya kerana memberi peluang dan percaya dengan kebolehan menulis saya untuk berkarya dalam ruangan saya itu. Jangan ketinggalan dapatkan edisi berkenaan ok!. Mungkin anda rasa sedikit janggal kerana minggu ini saya tidak berceloteh pula tentang makanan bukan?  Janganlah anda berasa begitu. Sengaja saya ingin larikan sedikit konsep tulisan saya yang biasa. Saya telah menulis dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini selama hampir tiga tahun dan bermacam-macam topik saya kongsikan tentang makanan  tetapi pada minggu ini saya berasa ingin berkongsi dengan anda apa aktiviti saya yang telah saya lakukan pada bulan ini bersama majalah. Saya tahu banyak pembaca ruangan saya ini suka mengumpulkan resipi yang saya kongsikan jadi  janganlah  risau sebab saya tetap akan kongsikan resipi istimewa dengan semua pembaca-pembaca. Celoteh aktiviti saya ini cuma untuk memberikan sedikit kelainan dari penulisan saya yang biasa . Tidaklah anda berasa bosan dengan bentuk tulisan saya yang lebih kurang serupa.  
       Untuk majalah SAJI edisi keluaran puasa nanti, wartawan dan jurugambar SAJI telah turun padang ke rumah saya di Pulau Pinang untuk sesi fotografi sebanyak 10 jenis menu berbuka puasa dan 10 jenis biskut untuk hari raya nanti. Saji akan mengeluarkan edisi khas bumper untuk biskut raya nanti. Belilah edisi bumper biskut raya. Pasti anda akan rugi jika tidak mendapatkannya. Sepanjang minggu itu juga saya berkesempatan untuk membuat sesi fotografi untuk hari raya dengan berpakaian baju Melayu lengkap bersama chef selebriti terkenal Chef Kamarul yang merupakan teman sekerja saya juga. Pelbagai aksi mood hari raya yang dapat anda saksikan dalam majalah itu nanti. Saya juga berkesempatan menjalankan sesi fotografi untuk ruangan saya Chill.. la bersama Azli Razali di majalah SAJI. Jika ingin tahu lebih lanjut apa aktiviti yang telah saya lakukan untuk tema makanan laut pada bulan Jun nanti, bolehlah dapatkan di pasaran nanti majalah Saji ini! Aktiviti fotografi menu saya bersambung di Nilai dan Bangi seminggu kemudian setelah saya balik bercuti dari Tioman dimana 6 lagi menu istimewa hari raya untuk majalah SAJI telah saya lakukan. Ada beberapa menu yang telah saya ubahsuai agar selera hari raya anda nanti ada kelainannya. Untuk majalah i Sihat pula saya telah mengolah 5 menu buka puasa yang berasaskan sup dan 5 hidangan hari raya yang berasaskan biji-bijiran. Sudah pastinya menu-menu ini menyihatkan sesuai dengan konsep majalah i Sihat. Itulah antara-aktiviti yang telah saya lakukan pada bulan ini untuk persediaan puasa dan hari raya bersama dengan pembaca nanti. Untuk resipi minggu ini saya akan kongsikan satu resipi istimewa. Selamat mencuba!

09 April 2013

Lobak merah dalam kek



JIKA anda mengatakan lobak merah tidak sesuai membuat kek semestinya anda silap kerana pada minggu ini saya akan menulis tentang kek  lobak merah.  Kek lobak merah menggunakan parutan lobak merah sebagai bahan utama yang dicampurkan dengan adunan kek dan resipi yang saya kongsikan ini sungguh kaya dengan lobak merah dan apabila anda menikmatinya anda akan merasai kelembapan kek ini bersama kacang dan kismis. Menggunakan lobak merah akan menghasilkan kek yang padat dan lembab disamping ia juga akan memberikan warna dan tekstur yang  berbeza. Inilah yang membuatkan kek ini berasa sungguh istimewa. Pasti anda tidak dapat melupakan keenakan kek ini selepas menikmatinya. Mungkin menggunakan lobak merah kedalam kek kelihatan sedikit pelik namun lobak merah yang anda parut akan menjadi lembut dan masak bersama kek ketika ia dibakar didalam ketuhar. Terdapat pelbagai resipi kek lobak merah yang boleh anda cuba dan ada pelbagai juga cara bagaimana untuk membuatnya. Ada resipi yang mecampurkan semua sekali bahan-bahan tanpa memukul mentega terlebih dahulu. Selalunya resipi yang mencampurkan semua bahan  itu adalah menggunakan minyak sayuran dan tidak menggunakan mentega.
     Tekstur kek lobak merah adalah padat, berat dan kasar. Tekstur kek ini menghampiri tekstur muffin dan ia berbeza daripada tekstur kek yang biasa. Bahan lain yang biasa digunakan dalam kek ini adalah seperti nanas, kekacang seperti walnut dan badam. Kek lobak merah boleh dimakan begitu sahaja atau kek ini boleh disapu dengan aising atau topping seperti buttercream dan krim manis. Namun kebiasaannya kek lobak merah akan disapukan dengan topping daripada keju krim  yang dipukul bersama gula aising. Topping krim keju adalah topping yang sangat sesuai dimakan dengan kek lobak merah kerana rasa topping ini dapat menambahkan keenakan kek ini. Kek lobak merah yang diperbuat daripada minyak sayur dan dimakan tanpa topping berlemak sememangnya lebih sihat. Selain itu ia juga sihat kerana mengandungi fiber daripada lobak merah. Kismis yang digunakan dapat mencergaskan minda. Kek lobak merah sungguh popular dibakar menggunakan acuan kek berbentuk empat segi tepat tetapi anda bebas menggunakan apa-apa sahaja bentuk acuan yang anda suka seperti bentuk bulat atau dibakar dalam acuan kek cawan. Asal usul kek lobak merah tidaklah jelas sebenarnya. Ada yang mengatakan ia bermula pada zaman pertengahan dahulu kerana ketika itu harga pemanis sangat mahal maka mereka menggunakan lobak merah yang berasa manis sebagai pengganti pemanis untuk membuat pencuci mulut. Ada juga sumber tidak jelas mengatakan ia berasal daripada Norway. Sumber lain juga mengatakan ia mula popular di Britain semasa perang dunia ke-2. Resipi yang saya kongsikan ini agak menarik kerana saya menggunakan mentega buah zaitun yang tidak mengandungi kolesterol. 
     Menggunakan mentega buah zaitun membuatkan kek ini lebih sihat berbanding menggunakan mentega yang  biasa. Ia mudah dibeli di pasaraya. Walaupun harga mentega ini sedikit mahal tetapi apasalahnya jika berbelanja lebih untuk kesihatan kita sekeluarga kita bukan? Anda boleh gunakan sebarang jenis kekacang yang anda suka seperti walnut, pecan dan sebagainya. Untuk memarut lobak merah, gunakan bahagian pemarut yang kasar untuk memarut lobak merah itu. Saya sertakan sekali resipi topping yang menggunakan keju krim tetapi pada mereka yang inginkan ia lebih sihat nikmatilah kek lobak merah ini begitu sahaja dan tidaklah perlu membuat toppingnya. Jika anda ingin topping yang lebih pekat kurangkan menggunakan krim jadi ia tidaklah begitu cair. Gunakan gula aising untuk membuat topping keju ini dan jangan menggunakan gula kaster kerana gula kaster akan membuatkan tekstur topping keju anda berasa  berpasir. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum anda menyapu topping. Jadi cubalah resipi kek lobak merah ini. selamat memcuba! Klik di sini untuk resipi

27 Mac 2013

Enaknya Crepe Durian!


Lempeng bukan lah suatu makanan yang asing di negara ini. Selain lempeng panggilan yang sungguh popular adalah crepe. Crepe sebenarnya berasal daripada Switzerland dan crepe Suzette adalah lempeng yang paling popular daripada negara yang memang terkenal dengan pelbagai jenis pemanis mulut dan coklat. Crepe Suzette adalah lempeng kosong yang disajikan bersama buah buahan, lempengnya akan dimasak dengan alkohol dan buah-buahan dengan teknik masakan yang dipanggil Flambe. Saya mula mengenali  lempeng pada usia kanak kanak lagi  dan pada ketika itu juga pelbagai versi lempeng yang saya rasai  seperti  kuih ketayap atau adunan lempeng yang dicampurkan dengan isi  kelapa parut atau lempeng kosong yang dimakan bersama kuah kari. Saya masih ingat lagi ketika waktu saya sekolah rendah dan masih kecil. Ketika itu saya tinggal bersama nenek dan nenek saya sering membuat lempeng kelapa dan membuat kuih ketayap disajikan sebagai sarapan pada waktu dan juga turut dibekalkan dengan kuih ini ke sekolah. Pada minggu ini saya akan menulis tentang lempeng atau crepe. Topik ini menjadi pilihan saya pada minggu ini kerana fenomena kesukaan ramai orang terhadap crepe durian iaitu sejenis pencuci mulut durian menjadi suatu kegilaan. Durian crepe telah lama popular dan banyak di jual di merata tempat tetapi minggu ini saya akan berkongsi sedikit maklumat tentang juadah lempeng dan bagaimana ingin menbuat crepe yang terbaik. Crepe durian sebenarnya makanan yang diperbuat daripada kulit lempeng yang didalamnya diletakkan dengan inti krim durian. Ia tidak banyak berlainan dengan lempeng yang biasa kita nikmati dari segi cara pembuatannya kerana adunannya masih diperbuat daripada tepung  dan telur walaubagaimanapun kulitnya perlu lah nipis. Saya tahu durian merupakan buah yang bermusim dan agak sukar untuk membuat crepe durian ini jika ianya diluar musim buah durian. Tetapi seperti  yang saya beritahu crepe ini boleh kita pelbagaikan dan tidak cuma terhad kepada menggunakan durian ssahaja sebagai isinya. Kita boleh mengolah menggunakan apa-apa sahaja inti yang sesuai untuk dicampurkan dengan krim seperti buah pic, strawberi, blueberry atau pisang. Terserah kepada anda jika ada buah-buah lain yang anda suka tetapi pastikan ia mestilah sesuai. Anda juga boleh mencampurkan dengan perasa tambahan seperti coklat, karamel atau sebarang jenis perasa tiruan.
     Menggunakan selain buah durian sebagai intinya juga amat sesuai terutamanya pada mereka yang memang tidak suka rasa dan bau durian yang dianggap kuat dan kurang enak. Bagi mereka yang gemarkan dengan durian sudah semestinya bukan suatu masalah yang besar malah dianggap lebih sedap jika menggunakan durian. Untuk membuat crepe tidaklah sesusah mana kerana peralatan yang diperlukan sangat minimal. Cuma yang agak sukar adalah teknik anda membuat dan memasak crepenya sahaja. Adunan crepe perlu dimesin dan ditapis agar adunannya halus. Jika tidak betul tekniknya permukann lempeng anda tidak menjadi rata dan nipis seperti yang sepatutnya. Tahap kemasakan juga perlu diberi perhatian kerana jika ia terlebih masak anda sukar untuk melipat crepe anda dan yang paling ketara sekali ia tidak boleh terlebih masak kerana warna permukaannya akan menjadi tidak cantik selepas anda melipat crepe anda.
      Kuali yang anda perlukan adalah jenis kuali tidak melekat iaitu ‘non stick pan’ yang bersaiz 8-10 inci.  Kuali ini sangat sesuai untuk membuat crepe kerana crepe yang anda buat tidak akan melekat.  Gunakan api yang sederhana supaya lempeng anda masak dengan cantik. Untuk intinya krim yang paling sesuai adalah jenis topping cream atau krim yang digunakan sebagai aising kek. Ia adalah jenis krim bukan tenusu yang diperbuat daripada minyak sayuran dan senang dibeli di pasaraya.  Rasanya lebih enak berbanding dengan krim putar biasa. Selepas  ia dipukul terpulanglah pada anda untuk meletakkan apa sahaja perisa seperti durian dan sebagainya. Jadi kepada penggemar-penggemar crepe bolehlah mencuba resipi crepe durian yang saya kongsikan ini. Ingat! Pelbagaikan perisa intinya jika anda sukar mencari durian ketika ini! selamat mencuba! Untuk resipi klik sini

10 Mac 2013

Keenakan Baklava


Secara jujurnya saya sebenarnya penggemar nombor satu Baklava. Jika saya berkunjung ke restoran Arab dan saya dapati restoran itu ada menjual Baklava pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba Baklava di restauran itu. Bagi mereka yang menyukai dan  sudah biasa dengan makanan Timur Tengah. Baklava bukanlah sesuatu yang asing pada mereka. Pada  minggu ini saya akan bercerita tentang baklava. Walaupun resipi asal baklava hanya dimakan begitu sahaja tetapi saya mengambil inisiatif untuk menukar sedikit cara persembahan makanan ini dengan mengubah sedikit bentuknya dan menggunakan buah-buahan beri iaitu strawberi, blueberi dan raspberi. Baklava merupakan makanan pemanis mulut yang enak dan sangat popular di negara Timur tengah. Ianya diperbuat daripada kulit pastry phyllo yang dilapis-dilapiskan bersama campuran kacang. Kemudian ia akan dibakar dan disiramkan dengan sirap sebelum disajikan. Pastry phyllo  adalah kepingan doh yang nipis dan apabila ia dibakar ia akan menjadi garing. Ia boleh dibuat daripada doh tetapi dengan perkembangan teknologi pastry phyllo boleh dibeli di pasaraya yang terpilih.Asal usul manisan ini tidak mempunyai sejarah yang tepat. Walaupun banyak budaya yang menuntut baklava adalah hak penuh mereka namun ia dikatakan berasal daripada Turkey kerana baklava telah wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah lagi di Turkey. Ianya banyak dibuat di dapur istana Sultan semasa zaman kerajaan Uthmaniah dan Sultan akan mempersembahkan Baklava di dalam dulang kepada tentera-tentera yang baru dilantik semasa acara pentauliahan mereka pada hari ke 15 Ramadan dan acara ini dinamakan sebagai Baklava Alayi. Walaupun makanan ini boleh didapati sepanjang tahun namun ketika musim Ramadan kuih ini menjadi lebih popular. Tesktur Baklava adalah rangup dan kenyal terhasil daripada kacang dan kulit pastry Phyllo yang menyerap air gula. Rasa Baklava ini memang manis kerana menggunakan gula dalam adunan kacang dan ia juga disiram pula dengan sirap manis. Dalam campuran sirap,lemon atau serbuk kayu manis dicampurkan untuk memberikan kelainan rasa pada Baklava. Anda boleh mengurangkan sukatan gula jika tidak suka ia terlalu manis. Baklava biasanya disediakan dalam dulang yang besar.Setiap lapisan pastry phyllo akan disapukan dengan mentega cair. Setiap lapisan juga akan diletakkan campuran kacang yang telah dihancurkan seperti kacang walnut, pistasio dan hazelnut. Anda boleh menggunakan kacang lain  seperti pecan atau lain lain kacang yang anda suka sebenarnya. Ia terpulang kepada anda. Selepas itu ia akan ditutup dengan lapisan pastry phyllo yang baru. Banyak resipi yang menggunakan banyak lapisan kulit pastry Phyllo tetapi ada juga resipi yang menggunakan hanya di bawah dan diatas sahaja yang menutupi kacang. Sebelum dibakar lapisan Baklava akan di potong mengikut saiz yang digemari. Selalunya ia berbentuk lozenge (empat segi serong), empat segi atau segitiga. Kemudian air sirap akan di siramkan sehingga baklava menyerap air gula itu. Kebiasaannya Baklava akan dihiaskan dengan serbuk kacang. Ianya lebih sesuai disajikan pada suhu bilik. Membuat baklava memerlukan sedikit ketelitian kerana anda perlu melapis-lapiskan pastry phyllo ini. dan ia memakan sedikit masa untuk menghabiskannya. Anda juga perlu memanggang kacang-kacang yang anda gunakan itu supaya ia memberikan lebih keenakan dan kerangupan pada kacang itu. Pastikan kacang itu tidak dipanggang keterlaluan kera na ia akan memberikan rasa pahit pada baklava anda. Jika anda telah berjaya dan mahir membakar kek, biskut atau pastri-pastri yang lain di dapur anda apakata anda mencuba pula resipi Baklava yang saya kongsikan ini. Saya percaya ini akan menambah lagi ilmu dan kemahiran anda dalam bidang pastri kerana hasilnya pasti lain daripada apa yang pernah anda lakukan dirumah!. Jika membuat Baklava ini pastikan kulit pastry phyllo anda tidak terlalu lama terdedah pada udara kerana ia mudah pecah. Tutuplah dengan tuala basah sepanjang anda melapiskan kulit pastry phyllo ini. Anda boleh menggunakan dulang yang lebar atau mangkuk untuk membuat Baklava. Akhir kata dari saya selamat mencuba! Untuk resipi kilik sini.

05 Februari 2013

Tiramisu halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya akan menulis tentang Tiramisu. Makanan yang memang tidak asing bagi kita kerana ia mudah dibeli di mana-mana sahaja. Walaupun ianya disukai dan popular tetapi tidak ramai yang tahu  cerita di sebaliknya. Dan saya percaya tidak ramai juga yang mahu membuatnya. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang berasal daripada sebuah restoran yang bernama El Touga di Treviso di negara Italy. Tiramisu bermaksud ‘bawa saya’ kerana resipi aslinya menggunakan kopi espresso yang dicampur dengan alkohol dan disapu pada kek didalam makanan ini. Rasa alkoholnya membuatkan seolah-olah si pemakan dibuai dengan mimpi yang indah di alam khayalan selepas menikmatinya.

17 Oktober 2012

Pemblogger boleh dapat duit!

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olssss! Sudah2 sudahlah dengan Cerita Korea aku tuh kan? dah berzaman dah jadi pekasam dah, duk sama jer post tuh tak ubah2 . Dah takde idealah tuh!?? hello... bukan takde idea ok!  cuma kemalasan jer hehe.( Eh bukan cam sama ker? hehehe) lagi pun takde sapa yang rindu kat I nih so takde lah mak jemah nak mengupdate blog nih hehe. Tetiber mak jemah jadi emosenel sangat nih kenapez? haha hehe. Tapi tidak untuk post kali ini, entah kenapa tiba-tiba diri menjadi rajin! sebenarnya bukan apa, teman nih merajinkan diri nak mengepose sebab teman nih ada talk hari nih nak bagi, kena cakap pasal tulis blog. Entah anak murid sapa yang duk gatai2 duk menjemput aku bagi talk pasal macamana nak mengenerate income dari blogg nih! sapa lah cikgu dia nih?!  haha ya ampunnn! hehe. Hellooo aku nih takde lah  kaya raya ngan berbblog nih! apsal kena panggil pakcik yang tak berapa kayo nih nak bagi talk pasal macamana nak menjana kekayaan dengan berblog! hahaaha. Tapi FYI! teman pernah lah dapat duit gak ngan berblog NIH hehhe. Well boleh lah kongsi sikit2 ilmu didada nihkan! Ish sebenarnya berbloging nih memang boleh buat duit ok! Dengan berbloging nih macam2 kita boleh jual. KO baca jer cerita mak jemah hari nih pasal macamana nak buat duit dengan blog haha (tetiba mak jemahkan? geli dudee!!). Well sepanjang menjadi pemblogger nih saya akan share kan lah apa yang saya tau ok!
        Dengan blog nih kita bebas untuk memasarkan produk apa yang kita nak jual dan cerita apa yang kita nak jaja tanpa  batasan. Hello... tapi dengan tatasusila yang betullah kan? kang aku kata tanpa batasan kang habis korang langgar batas2 agama plak nantikan?. takmohlah macamtuh. nauzubillah! Maksud saya  kan cam gini, pertama nya apa yang korang nak sampai kan tuh akan sampai ke seluruh dunia tanpa korang perlu nak memarketkan produk dan post2 cerita korang tuh kat tempat yang jauh dari korang seperti kat US ker kat London ker kat Congo malah sampai ker Bangla pun boleh! Dengan serta merta lagi ok! tapi dengan syarat blog kita nih mestilah mudah orang nak cari dengan cara kita boleh register dalam google. So bila orang klik boleh lah sampai info korang tuh pada mereka dengan mudah. Lagi satu mengkonectkan blog dengan twitter atau dalam muka buku pun salah satu cara leh mengembangkan network blog kita. Jangan dalam talam dua muka sudah lah!. Dengan twitter dan Facebook kita akan melebarkan lagi urusan perniagaan kita. Baru lah lagi banyak pelanggan kita!
       

09 Mac 2012

Stew, sup ala barat

ADA yang bertanya kepada saya apakah keistimewaan bekerja sebagai seorang pensyarah. Sebenarnya banyak keistimewaan menjadi seorang pensyarah dalam bidang kulinari ini.
Antaranya ia membolehkan saya mencuba pelbagai resipi sepanjang pengajaran saya dengan pelajar-pelajar di sini.
Pada minggu ini saya ingin berkongsi satu resipi yang dinamakan stew yang boleh dikategorikan sebagai sejenis sup dari negara Barat yang berkuah pekat.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat stew kebanyakannya bertekstur keras.
Ia akan dimasak dengan perlahan bersama air sehingga kuahnya menjadi pekat.
Ramuan bahan-bahannya adalah pelbagai seperti daging, ayam, ikan, tumbuhan berubi seperti kentang, sayuran dan bijirin.
Perasa tambahan akan diletakkan untuk menambah rasa stew. Cara yang biasa memasak stew adalah menggunakan api yang perlahan supaya segala rasa bahan-bahannya terutama jus dan rasa dari daging dapat dikeluarkan sepenuhnya dan rasa dagingnya lebih kuat.
Daging yang selalu digunakan adalah daging yang keras dan liat kerana stew yang dimasak perlahan dan lama akan melembutkan daging.
Bagaimanapun daging yang tidak terlalu lembut lebih sesuai digunakan dan teknik mereneh perlahan akan membuatkan dagingnya lebih empuk.
Kuah stew boleh dipekatkan dengan membiarkan ia mereneh sehingga ia pekat atau boleh menambahkan pemekat daripada tepung. Tepung boleh dimasak semasa anda menumis bawang pada mula-mula proses memasak stew.
Selain itu anda juga boleh menggunakan roux iaitu tepung yang dimasak bersama mentega.
Sebenarnya tidak ada banyak perbezaan antara sup dan stew, cuma yang memberi sedikit perbezaan adalah cara memasak stew serta konsistensi kuahnya sahaja.
Stew dimasak dengan perlahan dan lama. Kuahnya lebih pekat dan sedikit berbanding sup biasa.
Kuahnya yang pekat menjadikan ia lebih sesuai disajikan di dalam pinggan yang melengkung atau leper.
Kuahnya juga sesuai dijadikan sos untuk dihidangkan dengan daging yang dimasak bersama sebab itu ia sesuai disajikan di dalam pinggan.
Proses membuat stew memang mudah, cuma perlu meletakkan semua bahan-bahan dalam sebuah periuk dengan cecair dan perasa dan mereneh semuanya sehingga mencapai tahap kemasakan yang diingini.
Kos membuat stew tidaklah begitu mahal jika anda bijak membeli. Menggunakan periuk keluli tahan karat yang berat adalah sebaik-baiknya apabila membuat stew supaya ia dapat direnehkan secara perlahan dan tidak cepat meruap.
Gunakanlah stok yang berkualiti baik sama ada dibuat sendiri atau mengunakan stok segera. Potonglah semua bahan-bahan seperti daging menjadi satu saiz yang seragam agar ia masak dengan sama.
Antara rahsia utama apabila membuat stew adalah anda perlu membiarkan bahan-bahan yang ditumis menjadi perang.
Bawang dan bawang putih di dalam periuk itu, akan menambah kepada 'karamel' dan mengadunkan perisa sebelum menambah bahan-bahan perisa tambahan.
Kemudian cebisan-cebisan perang dari daging yang ditumis yang melekat pada dasar periuk itu akan memberi rasa daging yang kaya dan sedap.
Jika anda meletakkan sayur-sayuran seperti lobak merah, sayur berdaun atau kentang, sepatutnya tambah ke dalam stew setelah daging menjadi empuk supaya ia tidak terlalu lembik sesudah dimasak.
Jadi masukkan mengikut kelembutan sayur itu seperti kacang pis, tidak patut ditambah sehingga 5 untuk 10 minit terakhir.
Jika anda bercadang membuat stew makanan laut saya menyarankan agar isi ikan juga dimasukkan pada beberapa minit terakhir proses memasak kerana isi ikan mudah hancur. Manakala makanan laut yang lain seperti sotong dan udang akan menjadi liat jika ia dimasak lama. Untuk resipi sila klik disini

30 Disember 2011

Buah tangan untuk tetamu

Ini artikel saya dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia
Tarikh:30 Disember 2011

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada semua pembaca ruangan ini. Dua hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Apabila tiba hujung tahun sahaja pasti ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan majlis keraian.
Lebih-lebih lagi ketika ini kita masih lagi dalam suasana cuti sekolah dan keraian yang paling menonjol orang buat adalah majlis perkahwinan.
Majlis yang diuruskan pasti meriah dengan acara menjamu makan dan memberi buah tangan. Sesetengah orang pasti akan berasa majlis tidak lengkap jika tidak dibekalkan tetamu dengan buah tangan, betul tak?
Kali ini saya ingin bercerita tentang amalan menjamu dan memberi buah tangan kepada tetamu.
Memang sudah menjadi kemestian tidak kira majlis itu kecil-kecilan atau besar orang akan bercakap tentang makanan yang disajikan. Tidak terkecuali topik buah tangan. Ia juga turut akan menjadi cerita jika ada buah tangan dibekalkan.

13 Disember 2011

Skon Roti tanpa yis

Ini artikel dalam Column saya Dari Dapur Azli Razali bertarikh 25 November 2011di Mega Utusan Malaysia. Selamat membaca!

Skon (Scones) merupakan roti segera kecil yang tidak menggunakan yis. Bentuk Skon yang asli adalah rata dan biasanya bersaiz bulat dan tidak terlalu besar. Makanan yang berasal daripada negara Scotland ini sungguh popular di negara barat seperti United Kingdom, Ireland dan Amerika Syarikat dan turut juga disukai oleh orang di Asia. Ada yang memanggilnya ’bannock’ iaitu roti leper yang dibakar atas kuali leper. Dahulu skon diperbuat daripada oat tanpa ragi dan dibakar samada atas api atau menggunakan kuali leper (girdle, dalam bahasa  Scotland) dan ia dipotong seperti tiga segi sebelum dihidang. Makanan ini diperbuat daripada tepung, mentega, gula dan bahan penaik seperti serbuk penaik dan serbuk soda. Di barat scones sering dijadikan makanan untuk sarapan atau minum petang dan dinikmati bersama teh atau kopi dengan sapuan mentega dan jem. Ia boleh juga dimakan dengan krim, madu dan sirap maple. Kebiasaan dua cara menyebut scones iaitu (skoan) bunyi cones adalah seperti menggabungkan bunyi diantara (cone dan john), dan (skon) iaitu menggabungkan bunyi diantara  (con dan Joan). Scones dipercayai telah diperkenalkan sejak 1513 dengan nama dari bahasa lama Belanda di zaman pertengahan seperti schoonbrood (roti putih) dan schoon (asli dan putih.) tetapi asal usul nama scones tidak diketahui berasal daripada mana kerana ada yang menyatakan nama scones berasal daripada nama Raja Scotland iaitu the Stone (Scone) of Destiny. Ada kemungkinan besar namanya berasal daripada nama bandar Scone di Scotland. Scones mula dibakar dalam oven dan dijual secara komersial apabila serbuk penaik seperti serbuk penaik diperkenalkan. Skon yang ada di pasaran dijual dengan pelbagai bentuk seperti bulat, segitiga dan segiempat. Terdapat pelbagai jenis dan rasa scones mengikut tempat seperti di Britain sconesnya berasa kurang manis dan ada juga scones di Hungary yang dikenali sebagai Pogácsa yang berasa masin dan dihidangkan dengan pelbagai taburan atasnya seperti herba dill dan keju. Ada juga scones yang digoreng iaitu dipanggil girdle scone yang terdapat di Scotland. Selain dibakar ada juga scones yang dipangang atas kuali leper seperti dropped scone, or drop scone yang seakan lempeng (pancake). Ada juga scones yang ditambah dengan buah-buahan kering seperti Cranberry dan sultanas. Teksture scones sebenarnya adalah gabungan di antara biskut (cookies) dan roti dimana anda boleh merasa kerangupan diluarnya tetapi apabila anda menggigitnya anda akan rasa lembut dan lembab di dalamnya. Scones mempunyai permukaan yang agak kasar kerana menggunakan bahan penaik. Di sini saya akan berkongsi sedikit tip bagaimana anda boleh membuat scones yang baik. Teknik pengulian doh scones adalah yang paling penting diberi perhatian agar anda dapat menghasilkan scones tyang terbaik. Walaupun anda boleh menggunakan mesin pengadun kek atau pemperoses makanan tetapi saya lebih suka menguli menggunakan garfu atau hujung jari kerana anda boleh mengelakkan doh daripada terlebih uli.Mula-mula, bahan-bahan kering (tepung, gula, serbuk penaik / serbuk soda ) adalah dipukul bersama dalam sebiji mangkuk besar. Berikutnya lenyek mentega bersama tepung sehingga ia smenjadi serbuk roti. Pastikan mentega itu masih sejuk dan supaya ia menjadi serbuk yang kasar. Kaedah ini seperti anda membuat kulit pastri untuk pai. Dan anda akan mendapat tekstur scones yang sedikit kasar dan berkepolak. Kemudian barulah anda masukkan bahan-bahan kering yang lain dan gaul sebati. Langkah akhir adalah anda masukkan cecair seperti susu dan telur jika ada. Ketika ini anda cuma mengulinya sebentar sehingga hampir membentuk doh sahaja. Jangan diluli dengan keterlaluan kerana ini akan menyebabkan tekstur scones menjadi sangat padat.  Jika anda menghasilkan scones anda itu terlalu padat janganlah serik untuk mencubanya lagi dan ketika itu anda cuma perlu mengulinya sebentar sahaja. Selamat mencuba! untuk resipi sila klik disini

09 Disember 2011

Kimchi Makanan Yang Berkhasiat

Ahn young ha say yo!. bermakna ‘Hello’ dalam bahasa korea. Janganlah anda berasa pelik kerana Dari Dapur Azli Razali bukanlah ingin mengajar anda bertutur bahasa korea tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang makanan yang sangat popular di Korea iaitu kimchi kerana tiada ribut dan  tiada taufan, tiba-tiba saja kebanyakan orang Malaysia meminati drama dan lagu daripada Negara ini. Muzik K Pop dan drama k orea menjadi trend terkini negara ini  sehingga saya juga turut dihasut oleh rakan-rakan rapat yang begitu obses drama dan lagu korea untuk turut sama menyukainya. Tidak cukup dengan itu saya juga turut dibawa ke restoran makanan korea  agar saya turut merasai penangan budaya Korea. Lihat betapa hebatnya kesan musik dan cerita Korea. Itulah yang dinamakan pengaruh! Walaubagaimanapun saya akui makanan korea sungguh sedap  dan sejak kali pertama saya dibawa rakan-rakan menikmati makanan korea itu saya telah jatuh cinta dengan makanan korea.

08 April 2011

Burger buatan sendiri

Salam Jumaat korang! mesti hari nih hari yang korang tak sabar2 kan? yelah hari Jumaat, hari penghulu hari. Pasal penghulu hari tuh satu hal lah. Ada satu lagi hal yang buat kita semua tak sabar2. Nak tau apa? Ini khas buat  mereka yang cuti hariSsabtu dan Ahad lah kan, apa lagi tak sabar pasal esok dan lusa cutilah hehe. Betul tak? Pada mereka yang keje Sabtu dan Ahad tuh tak dapek lah pakcik nak nolong eh! ekau kono dongkilah kat kita orang yang cuti esok dan lusa lah hehe! so apa axtiviti korang cuti esok dan lusa ? pilah bercoti ker kat mana2 atau berkelah ker bagi release stress sikit! apa? memeruk kat rumah sampai dapat gaji? hehe. yelah poket pun dah kempis yer. Hmm. Saya hujung minggu nih ada axtiviti dengan student membuat kerja amal di Kampung Bukit Kurau di Perak. Jadi hujung minggu ini terisilah masa dengan kerja2 yang bermanfaat untuk masyarakat hehe. Oh yer duk membebel pasal aktiviti hujung minggu plak, sebenarnya saya nak sharekan permintaan dan soalan dari penanya soalan yang telah saya tunai dan jawab dalam Utusan mega hari ini dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali. Jadi u all apa lagi wusha2lah soalan yang mereka tanya nih dan jawapannya untuk perkembangan ilmu semasa kita. Resipi pun ada kalau nak cuba! Selamat membaca!


Soalan

MINTA tolong kongsikan resipi burger buatan sendiri (home made burger). Terima kasih.
– Farruq Azwan,
Kulim Kedah.

Jawapan
Terima kasih atas permintaan saudara. Pasti anda seorang penggemar burger. Saya akan memuat turunkan resipi dan cara bagaimana untuk membuat burger sendiri di rumah di dalam blog saya.
Di sini saya kongsikan permintaan anda dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini dengan pembaca-pembaca lain supaya mereka dapat mencuba untuk membuat burger sendiri di rumah.
Sebenarnya untuk membuat burger yang lebih sihat, anda disarankan membeli daging kisar yang segar. Daging kisar yang segar lebih sihat kerana tidak ditambahkan dengan bahan pengawet. Jadi selamat mencuba!


Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan roux?
– Naema,
Paka dungun Terengganu.

Jawapan
Terima kasih Naema di atas soalan anda. Roux merupakan salah satu agen pemekat yang digunakan untuk melikatkan sup dan sos. Sebelum ini ada juga resipi-resipi yang saya kongsi dalam ruangan ini seperti sos lada hitam dan sup lobak merah berkrim yang menggunakan roux sebagai bahan pemekat.
Mungkin anda juga pernah terlihat resipi-resipi lain yang menggunakan roux ini.
Roux sebenarnya diperbuat daripada mentega, marjerin atau minyak yang dicampur dengan tepung. Nisbah beratnya adalah sama iaitu jika anda menggunakan lemak (mentega, marjerin dan minyak) sebanyak 100 gram maka berat tepungnya perlulah 100gm juga.
Anda perlu mencairkan lemak dahulu dan kemudian barulah dicampurkan tepungnya.
Kacau sehingga ia membentuk adunan yang lembut. Untuk rasa yang lebih sedap saya mencadangkan anda menggunakan lemak dari mentega.
Anda gunakan roux ini dan campurkan dalam sup atau sos yang sedang mendidih. Pastikan ia dikacau dengan gegelung dawai (wire whisk) supaya tiada ketulan akan terbentuk. Kacaulah sehingga pekat.

05 April 2011

Apabila kek mendap

SALAM bloggers. Kali ini saya kongsikan pula soalan dan permintaan daripada dua orang pembaca yang telah menghantar soalan dalam ruangan Dari dapur Azli Razali di Utusan Malaysia minggu lepas. Jadi mungkin pada anda yang  lain boleh lah mendapat informasi bagaimana untuk mengelakkan kek menjadi mendap setelah dibakar. Ayuh baca yuk hehe.

Soalan
KEBIASAANNYA apabila kek telah masak, kita akan menutup suis ketuhar tersebut. Adakah kita akan terus mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar serta merta? Tetapi chef, kenapakah setiap kali kek yang saya buat setelah dikeluarkan dari ketuhar dan dibiarkan seketika kek tersebut akan mendap. Di mana silapnya?


Jawapan
ADA beberapa sebab kenapa kek jatuh selepas dikeluarkan. Ia mungkin disebabkan oleh kek anda itu tidak cukup masak. Jadi pastikan kek betul-betul masak dengan mengujinya terlebih dahulu.
Suhu yang tidak cukup panas juga menyumbang kepada kek mendap selepas dibakar. Bakarlah kek pada suhu 180 darjah celsius.
Selain itu mungkin di dalam kek tidak mempunyai udara yang cukup. Anda perlu pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutamanya ketika memukul mentega dengan gula, ketika memasukkan telur dan ketika mengacau tepung dalam adunan.
Ini bagi membolehkan kek memerangkap udara. Adalah sebaik-baiknya anda mengayak tepung dan bahan penaik (sekira menggunakannya) sebelum mencampurkan dalam adunan kek.
Anda boleh menutup suis dan biarkan seketika di dalam ketuhar sambil pintu ketuhar dibuka tetapi cara ini dilakukan jika jika anda membuat kek keju. Anda perlu membiarkan seketika bagi mengelakkan kek keju mendap atau pecah selepas dikeluarkan.


Soalan

SAYA dan kawan-kawan penggemar puding roti. Jadi setiap kali kami ada tugasan luar dan menginap di hotel, menu itu yang akan kami cari dulu. Diharap saudara dapat membantu kami untuk buat sendiri di rumah.

Sarina Hamzah

Baiklah Sarina di sini saya akan kongsikan satu resipi puding roti yang mudah dan enak untuk anda cuba. Saya ucapkan selamat mencuba!
Klik resipi disini--> http://azlirazali.blogspot.com/2011/04/puding-roti-di-utusan.html#axzz1IXF7qCXI