Pages

Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasta. Papar semua catatan

02 Oktober 2011

Penne udang dan tuna

Chek nih bukan lah jenis yang selalu masak kat umah pun sebab kat tempat keje tuh dah kojer nya ngajor masak so segala-galanya dilakukan di tempat koje. Entah apa kebulur yang datang hari nih teman pun duk belek-belek stok makanan kat dapur dan peti ais. Bila duk kelebek-kelebek adalah barang lebih buat foto shoot untuk majalah jelita semalam. Jadi apalagi berperanglah membuat operasi memasak pasta done2 tuh jugak, jadi hari ini saya kongsikan resipi pasta yang ringkas dan cepat maklumlah perut dah tak tahan tadi nak melantak jadi tak leh lengah. Jom masak Penne Udang dan tuna!


Bahan-bahan
150gm penne(sejenis pasta)-rebus sehingga kembang
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili kering-hiris nipis
8 ekor udang harimau
3 sudu makan tuna dalam tin
1 biji cili merah-hiris
½ biji capsicum merah-potong kecil
3 helai sawi- potong kecil
¼ lobak merah-hiris halus
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
½ biji tomato saiz kecil-potong baji
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan keju parmesan
Sedikit Serbuk cukup Rasa Maggi
Sedikit air (lebihkan jika terlalu kering)

Cara membuat
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
Masukkan sos tiram, sos tomato, tuna, penne dan air. Kacau sebentar.
Perlahankan api dan masukkan semua sayur sayuran dan kacau.
Taburkan keju sebelum makan.

22 Disember 2010

Lasagna

LASAGNA menggunakan pasta yang dinamakan lasagna. Lasagna berbentuk 4 segi tepat. Cara membuat lasagna adalah dengan melapiskan sos daging,  lasagna dan sos bechamel secara berselang seli, di atas lasagna pula ditaburkan keju sebelum dibakar. Terdapat dua cara untuk menyediakan lasagna ini sebenarnya.  Anda boleh menggunakan kepingan lasagna  yang belum direbus semasa hendak melapiskannya. Tetapi sos anda perlu basah sedikit  supaya kepingan lasagna boleh menyerap cukup air dan ia boleh masak dengan elok.  

12 Julai 2010

Spagetti olio

Pasta pasta pasta! inilah antara makanan  Italy yang sangat popular selain daripada pizzanya yang memikat selera. Yang istimewanya pasta dan pizza adalah rasanya boleh dipelbagaikan  mengikut citarasa masing masing. Antara makanan yang berasaskan pasta yang paling popular adalah spagetti bolongnaise, spagetti carbonara, lagsagna, macaroni dengan sos tomato dan sebagainya. Pizza pula biasalah kalau tak pizza pepperroni  anda boleh merasai pizza keju dan sebagainya dan di sini restoran pizza yang terkenal adalah Pizza Hut dan Domino's pizza. Pasta sebenarnya mempunyai banyak bentuk dan setiap bentuknya akan memberikan nama yang berbeza tetapi bahan asas pembuatan pasta adalah sama iaitu ia diperbuat daripada gandum berprotein tinggi . Kali ini saya ingin berkongsi membuat pasta yang  mudah untuk disediakan! Akhir kata CUCINA FELICE e BUON APPETITO!


Bahan-bahanA


500 gm isi udang- kupas dan potong
150gm isi ayam-potong kecil
2 sudu jus lemon
1/4 cawan daun parsley-dicincang
1sudu teh serbuk cili kering kisar ( chilli flakes)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih-dicincang
3 sudu minyak zaitun
Secukup rasa garam

Bahan-bahan  B

500gm spagetti
1/4 cup minyak zaitun
1tin /28gm ikan bilis jeruk (anchovies)/ boleh guna ikan tuna dalam tin
8 ulas bawang putih  dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 cawan daun parsley-dicincang
Secukup rasa garam

Bahan C-pilihan jika suka

Roti yang disapu dengan mentega bawang putih-bakar dan potong kiub
150gm keju parmesan

 
Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga lembut kemudian masukkan udang, ayam dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan cili dan lada hitam. Gaul mesra.
  2. Masukkan jus lemon, garam dan daun parsley. Tutup api dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan bahan-bahan B pula Rebus spagetti sehingga masak dan kenyal.
  4. Kemudian panaskan1/4 cawan minyak dan tumis bawang putih, sehingga layu dan wangi. Pecah-pecahkan anchovies,  kemudian masukkan anchovies (ikan bilis jeruk) dan lada hitam. Gaulkan spagetti  dan daun pasrley sehingga sebati. Perisa dengan garam secukup rasa.
  5. Untuk menghidang curahkan bahan-bahan A yang telah dimasak ke atas spagetti. Taburkan dengan bahan-bahan C jika suka. 

 Tip Azli Razali
  • Tidak perlu menumis bawang putih sehingga terlalu garing dan perang memadai sehingga naik bau dan bolehlah dicampurkan dengan bahan lain.
  • Bahan- bahan A boleh dicampurkan sekali dan terus dimasak atas kuali yang panas sehingga udang dan ayam masak dan berbau wangi.
  • Roti yang disapu dengan sapuan mentega bawang putih  haruslah dibakar sehingga perang supaya ia sedikit rangup apabila dinikmati.

20 November 2009

Pasta Carbonara

Pasta Carbonara sebenarnya adalah pasta yang dimakan bersama2 sos warana putih, Ia diperbuat daripada susu,cream dan parmesan cheese. Isi yang dimasak dengan sos boleh dipelbagaikan dan isi yang asli orang barat menggunakan bacon. Tetapi terserah lah korang nak guna apa tapi saya cadangkan menggunakan isi ayam dan seafood. For sure tangkap lentoklah bila u all try resepi nih sure punya! Resepi ini juga saya tujukan kepada peminta resepi ini iaitu kawan saya Puteri Murni dari RMI. Bahan-bahan 250 gm Spagetti 1 cawan isi ayam/bacon-dipotong kecil 1/2 cawan hotdog-dihiris nipis 1 cawan susu 1/2 cawan krim 1 biji telur kuning 1/2 camca jus lemon 1/4 cawan keju parmesan parut 1/2 camca daun pasley/ketumbar-cincang 1/2 biji bawang besar-cincang halus 3 biji bawang putih-cincang halus 1 sudu teh herba campur(mixed herb) 2 camca makan mentega/marjerin secukup rasa garam Cara-cara penyediaan
  1. Rebus /blanch spagetti hingga kembang dan masak secukupnya.
  2. Untuk sos, panaskan mentega/marjerin dan tumis bawang putih dan bawang besar dan mixed herbs sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging ayam dan hot dog dan kacau sehingga masak.
  4. Masukkan susu, cream dan keju. Kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan telur dan kacau dengan cepat dan laju. Pastikan tiada ketulan.
  6. Perisakan dengan garam secukupnya dan perahan jus lemon.
  7. Tuangkan kuah sos di atas spagetti. Hiaskan dengan daun parsly/ketumbar.

16 November 2009

Fettucine sos Bunga Kantan


FETTUCINE adalah sejenis pasta yang berasal dari Itali. Bentuknya leper berlainan dengan spagetti dan pasta yang lain. Pasta diperbuat daripada sejenis tepung yang dinamakan tepung semolina daripada gandum jenis durum.Tepun jenis ini mempunyai tinggi kandungan perotein yang membuatkan tekture pasta ini kenyal dan tidak mudah pecah apabila direbus. Resepi kali ini agak ringkas dan mudah disediakan selain mempunyai lengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sumber tenaga utama dibekalkan pasta yang mengandungi karbohidrat.

Ayam pula membekalkan sumber protein utama yang boleh membantu pertumbuhan badan dan tisu dalam badan. Sos untuk pasta selalunya menggunakan asas tomato dan kali ini sedikit sentuhan kelainan diberikan apabila menggunakan sos tomato, sos cili dan bunga kantan. Bunga kantan memberikan sedikit aroma dan rasa tempatan dan uniknya bunga kantan sering digunakan untuk masakan seperti kerabu dan laksa. Bunga kantan mempunyai kandungan beta carotene yang bertindak sebagai anti kanser. Sayur sayuran buah seperti tomato dan lada benggala memberikan vitamin seperti vitamin c, vitamin B lengkap dan mineral.