Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada yang menyinggah blog saya nih? Terima kasih lah sebab sudi menyekodeng hehe... Apa perancangan musim cuti-cuti sekolah nih. Mesti banyak perancangannya bukan. Yang pastinya musim cuti nih mesti ramai yang membawa anak2 ke majlis perkahwinan kawan2 atau sedara mara, maklumlah inilah musim nya gitu hehe. Ish saya takdelah nak share menu untuk orang kahwin, tapi kali ini chek nak kongsikan menu yang sesuai untuk budak2 memasak di rumah. Yelah cuba kita terapkan minat memasak ni dikalangan adik2 yang masih bersekolah. Daripada diorang melepak kosong kat rumah atau merayau ke rumah kawan2 tak tentu hala buat benda yang tak berfaedah ( kalau diorang buat benda yang berfaedah takper biarkan!) jadi kali nih saya nak berkongsi menu yang telah saya tunjukkan dalam segmen Berita Adik bersama adik Afiq yang comel dan peramah nih! Disini saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada krew penerbitan Berita Adik TV9 kerana sudi bertandang ke rumah saya untuk mengeshoot segmen masak-masak nih. Masak kat laman lagi u olll ! ala2 santai. Walaupun saya cakap menu nih adalah untuk dibuat oleh adik2, tapi sebenarnya kakak2, abang2, makcik2 dan pakcik2 pun boleh buat menu nih tau!. Kalau tok wan nak buat pun takde masalah lah! hehe Mudahjer nak buat!. Kalau malas nak panggang ayam tuh, u oll beli jer kat pasar raya! ada jer ayam panggang yang dah siap dijual kat sana. Kalau nak jimat lagi, pegi lepas kul 9.30 malam sebab ada less 30-50%, pas tuh simpan jer dalam peti sejuk. Bila nak pakai ambik jer.
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
09 Jun 2012
16 April 2012
06 April 2012
03 Februari 2012
Klip Program sarapan
Sham dan saya dalam program Sarapan di TV3 Ahad 5 Feb 2012 jam 9 pagi. Episod ini kami bersarapan di Gulam Mee dan pergi ke FRCC di KOta Damansara melihat aktiviti yang dilakukan disana.
Labels:
video
26 Januari 2012
klip bengkel memasak azli razali.wmv
Saksikan klip video kelas memasak Azli Razali. happy watching
Labels:
video
15 November 2011
22 September 2011
Langgan:
Catatan (Atom)






