TERUNG selalu dibuat goreng, selain daripada tuh terung selalujugak digunakan dalam masakan berkuah seperti masak asam pedas. Betul tak? Kalau cakap bab terung nih, saya suka sangat kalau terung nih dibuat paceri sebab rasa dia sedap. memang masyukkk! Baiklah kali nih apakata cuba terung bakar bersama daging yang disumbat. Menu nih sebenarnya adalah salah satu menu sumbangan saya untuk majalah I sihat keluaran bulan Mac 2011. Konsep menu yang saya sajikan untuk collumn menu sihat di majalah ni adalah Bakar. Semua makanan ala2 bakar lah! Hari tuh bila saya buat 6 menu, semuanya bakarr jer. Sampai mak saya complain "Hari nih kita makan takde kuahlah yer azli oi!" saya pun menjawab, mak hari ini kito takdo kuah lomak-lomak mak, ari nih kito makan lauk sihat! hehe. Makanan yang dibakar memang sihat tapi kena tengok juga bakar yang macamana, kalau u all buat menu bakar ala2 bbq yang dibakar atas api arang alamatnya memang tak sihat yer sebab karbon yang terhasil merupakan sumber karsinogen yang menyumbang kepada kanser (alah benda hitam2 cam arang kat makanan yang korang bakar tuh!). Jika buat BBQ yang bakar2 nih eloklah sediakan sekali dengan sayur sayuran segar supaya dapat meneutralkan balik karsinogen yang kita duk telan tuh. Oklah rasanya cukuplah sesi kesihatan bersama Dr tak jadi Azli Razali kali ini hehe. Kang banyak2 sangat kuliah kesihatan kang hilang pulak selera makan korang nantikan?. Baiklah semoga post saya hari ini dapat menaikkan nafsu dan gelora selera makan anda. Selamat mencuba! p/s teringat dialog usop dalam filem hantu kak limah "Kita bako dia!" ahak!
Memaparkan catatan dengan label Sayur dan kentang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur dan kentang. Papar semua catatan
24 Mac 2011
03 Februari 2011
Tempura Bendi balut seaweed
Konichiwa, konbawak, haik!. Ha apa pulak aku merepek nih heheh. Bukan apa! saja jer speaking jepun pasal kali ini saya nak kongsi menu dari negara jepun! hehe. Kalau anda dah biasa menggunakan bendi nih untuk buat kari atau goreng, apa kata kali ini cuba pula buat bendi nih jadi tempura iaitu makanan jepun. Kalau makan sekali-sekala tempura bendi nih bersama keluarga mesti best. Tempura nih layan gak kalau buat masa petang2, sambil minum kopi atau teh panas. Tepung tempura nih tak susah nak carik pasal ada dijual di pasaraya. kalau nak jimat kos buat jer batter dia sendiri. Guna tepung beras dan tepung jagung. Buat macam tepung batter goreng pisang. Senang jerkan? Soba noodle dan seaweed pun ada gak jual kat pasaraya. u all carik jer mesti jumpa. Ok apa lagi jom lah goreng tempura.
Labels:
Sayur dan kentang
17 Januari 2011
Cendawan Masak Lemak Cili Api
SEBELUM ini saya ada kongsikan cerita tentang cendawan dan berkongsi resipi bruschita cendawan. Kali ini saya nak kongsikan resipi cendawan masak lemak cili api plak. Saya suka sangat masakan ini sebab cendawan tiram merupakan favourite saya. Rasanya yang seakan-akan rasa daging ayam tuhla yang membuat makanan nih sedap hehe. Masakan ini kalau guna santan fresh lagi sedap. Tip masak yang menggunakan santan nih biasalah, kena selalu dikacau dan masak atas api sederhana sebelum mendidih tuh kalau tak pecah minyak pulak nanti.Ok apa lagi perah kelapa jom kita buat. kalau malas nak perah kelapa, perah dari kotak jer, senang!
Labels:
Sayur dan kentang
27 Disember 2010
Baked Avocado
MENU bakar ini menggunakan buah avocado. Ia disumbatkan dengan isi ayam kisaryang dimasak bersama keju. Anda boleh menikmatinya begitu sahaja atau dimakan bersama salad dan dengan sedikit sos pesto. Jika anda sukar mendapatkan daun basil. Anda boleh menggantikan dengan herba lain seperti daun pudina atau daun ketumbar. Pastikan anda memilih avokado yang telah masak kerana ia mudah dibelah dan apabila anda memasaknya ia lebih enak dinikmati.
Labels:
Sayur dan kentang
14 Disember 2010
Kentang lenyek bakar berkeju
MENU ini saya masak ketika menikmati kambing bakar bersama keluarga saya. Kombinasi kentang keju ini amat sesuai digandingkan dengan daging bakar. Saya sukakan kentang ini kerana selain rasanya yang enak ia amat mudah dibuat. Anda semestinya memerlukan oven untuk membakar kentang lenyek ini. Kentang harus dijadikan kentang lenyek dahulu sebelum dibakar. Paling saya suka sebab kentang ini digaul dan dibakar dengan cheese jadi rasanya sedikit lemak. Bagi mereka yang jaga badan dan tidak mahu terlebih kolesterol katanya bolehlah mengurangkan keju atau bakar begitu sahaja. Boleh gantikan keju dengan serbuk roti atau oat yang ditabur diatasnya. Sihatlah sikit betul tak. Maklumlah sekarang ini banyak penyakit berpunca daripada makan.
Labels:
Sayur dan kentang
13 November 2010
Sayur Pak Choy dengan Sos Tiram
Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Labels:
Sayur dan kentang
12 November 2010
Aneka kentang
Bahan A
450 gm kentang –kupas kulit dan potong dadu
½ cawan susu UHT/ krim putar
2 sudu mentega
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk lada hitam
Labels:
Sayur dan kentang
Langgan:
Catatan (Atom)









