KALI ini saya kongsikan bagaimana hendak membuat kulit pai. Walaupun sebelum ini ada post resipi kulit tart yang telah saya kongsikan. Banyak term atau panggilan yang digunakan untuk resipi kulit tart ini. Ada yang memanggil sugar crust, tart shell dan pai shell dll. Apa2 apa pun kulit pastry yang diperbuat daripada mentega, tepung dan gula ini mudah dibuat jika tahu tekniknya. Doh jangan terlalu lembik atau keras. Teknik memasukkan air adalah paling penting jika terlalu banyak air nanti doh akan lembik dan jika dibakaria tak jadi rangup kalau terkurang air keras pula nanti. Apa2pun kita kena pandai mengagak dan selalulah praktis, sure anda akan tahu konsistensinya nanti. Resipi ini boleh digunakan untuk membuat sebarang tart dan pai!
Memaparkan catatan dengan label Pai dan tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pai dan tart. Papar semua catatan
25 Mac 2011
28 Disember 2010
Blueberi tart/Tart Blueberi
TEKNIK membuat isian tart ini sama seperti membuat kek keju sebenarnya. Tips membuat tart ini adalah-kulit pai yang anda bancuh jangan terlalu kering dan terlalu basah . Pastikan konsistensinya kulit pai yang anda bancuh adalah betul, Kulit pastrinya jangan terlalu masak ketika kali pertama dibakar kerana nanti anda akan membakar untuk kali kedua semasa meletakkan isiannya. Anda perlu berhati-hati ketika menyediakan meringue, jangan bercampur dengan kuning telur dan bekas dan pemukul hendaklah bersih kerana jika ada kuning telur dan minyak putih telur tidak akan kembang. Bakarlah seperti biasa sehingga kejunya mengeras. Tidak perlu terlalu perang. Jika anda mahu memmbuat tart keju anda tak perlulah meletakkan blueberry !
Labels:
Pai dan tart
20 Disember 2010
Tart kelapa
TART kelapa ini saya berasa sedikit lemak tetapi lembab sedikit. Bagi mereka yang ingin membuat kulit pai ini bolehhlah dapatkan daripada link yang saya kongsikan di bawah nih. Jika mahu rasa coklat anda boleh mencurahkan coklat cair atas tart ini atau letakkan krim diatasnya. Pasti rasanya berlainan. selamat mencuba.
Labels:
Pai dan tart
15 November 2010
Tart buah pic
TART buah pic ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja. Resipinya adalah olahan daripada resipi cream caramel tetapi menggunakan santan dan ditambahkan dengan buah pic di dalamnya. Anda boleh menggantikan dengan susu rendah lemak jika mahu mengurangkan lemak dari santan itu. Jika anda ingin menggantikan dengan buah-buahan lain di dalam isiannya juga pun boleh. Makanlah dengan aiskrim vanilla bagi menambahkan keenakan tart ini. Selamat mencuba!
Labels:
Pai dan tart
12 November 2010
pie/tart shell
Pai shell atau lapisan bawah pie/tart perlulah rangup. Ini bagi pai atau tart yang dibakar dahulu tanpa sebarang isian atau kita panggil blind bake. Kemudian kulit pai atau tart ini akan digunakan sebagai bekas untuk isian @ filling Walaubagaimanapun jika anda ingin mneggunakan resipi ini untuk resipi pai yang dibakar bersama isinya boleh juga tiada masalah. Ada teknik untuk membuat pai shell yang rangup dan antara pantang larangnya adalah kurangkan penggunaan tangan kerana mentega mudah cair apabila terlalu kerap digaulkan dengan tangan. Selain itu uli jangan terlalu lama bagi mengelakkan protein tepung membentuk gluten yang akan meliatkan kulit pai nanti. Sebaik baiknya gaulkan menggunakan mesin pengadun. Doh yang telah siap perlulah direhatkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15 minit agar mudah dibentuk dansupaya tekstur lebih rangup apabila dibakar nanti. terima kasih kepada chef Anida kerana berkongsi resepi ini dengan saya.
800 gm tepung superfine
Labels:
Pai dan tart
02 November 2010
Pai Epal
Bahan bahan A (kulit pai)
175 gm mentega
250gm tepung halus ( superfine)
70gm gula
70gm gula
4 sudu makan air
Bahan Bahan B (hiasan atas)
1 bungkus puff pastry segera-boleh didapati dipasaraya @ gunakan sahaja kulit pai yang dibuat dari bahan A
Labels:
Pai dan tart
27 Julai 2010
lemon tart/lemon meringue pie
![]() |
| LEMON TART |
Buah lemon adalah sejenis buah citrus yang berasa masam. Ia selalunya dimakan dengan makanan savoury (makanan yang tidak bergula) atau dengan ikan atau dibuat salad. Tetapi tahukah anda lemon juga boleh dibuat pencuci mulut dan salah satunya ialah lemon tart dan lemon meringue pie. Dari namanya ia sudah tentu berasa sedikit masam2 manis kerana menggunakan buah lemon dan pemanis mulut ini sangat digemari dan memang popular dikalangan masyarakat di barat. Yang uniknya lemon meringue pie ini adalah ia menggunakan putih telur dan dibakar dibawah api. Sekiranya anda mempunyai penunu gas boleh juga digunakan. Ia dinamakan lemon merigue pie kerana ia
Labels:
Pai dan tart
21 Julai 2010
Tart Durian/Durian Tart
Buah-buah tempatan memang ada kelasnya yang tersendiri. Saya pasti tiada seorang pun yang akan mengatakan buah-buahan tempatan takde standard. Kita patut mengutamakan buah-buahan tempatan lebih daripada buah-buahan import. Bukan apa selain harganya yang murah buah-buah tempatan juga berkhasiat dan ia dapat menjana ekomomi negara. Ringgit Malaysia kita akan kurang mengalir ke luar negara jika negara kita kurang mengimport buah-buahan import. Wah dah macam ahli pakar ekonomilah pula saya ini. Walhal jadi mat pisau, keje kat dapur ajekan hehe. Mat pisau pun mat pisaulah ekonomi pun kena jaga juga...betul tak? Hari ini kelas saya dari pagi sampai ke malam. Apalagi mengajar budak2 asas memasaklah. Subjek nih penting untuk mereka agar mereka dapat memahirkan diri dengan teknik memasak yang betul untuk kelas2 memasak mereka nanti. Selepas habis sesi demonstrasi, tiba-tiba......
saya tertarik pada dapur latihan di sebelah dapur saya mengajar ini. Teman sekerja Chef Farid sedang begitu asyik membuat dessert atau pencuci mulut untuk kelas komersialnya. Seperti magnet yang membuat saya terus ingin melekat dan mengintai produk apa yang dia buat di kelas komersial pada malam ini.. Kot2 boleh curik idea ker mana tau.. hehe (berniat jahat tetapi murni hehe). Yang membuat saya teruja dengan produk pemanis mulutnya itu adalah dia membuat pemanis mulut yang menggunakan buah-buahan tempatan. Ini sudah sangat bagus! Buah-buah yang sempat saya curik tengok yang ada di situ adalah nangka, cempedak dan Raja segala buah apalagi kalau bukan durian. Siapa yang tak kenal dengan duriankan?.
Sebenarnya, saya ada menulis tentang topik hari Peladang, Penternak dan Nelayan disamping buah-buahan tempatan dalam artikel saya di Utusan Malaysia untuk ruangan Dari Dapur Azli Razali (jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat ini ok! hahaha sempat pulak promosi kolumn sendirikan hehe) Harap2 artikel tentang buah-buah tempatan itu keluar pada minggu ini kerana ada juga artikel2 lain yang telah siap saya hantar dahulu untuk diedit. Saya sangat tabik spring pada mereka yang mengangkat dan mengutamakan buah-buahan tempatan ini kerana sebenarnya buah tempatan kita juga setanding dengan buah- buah import baik dari segi kandungan khasiat dan kelazatannya. Jadi kitalah yang kena membantu memajukan hasil industri pertanian tempatan, kalau tak siapa lagi. Jadi orang-orang dapur seperti saya dan Chef Farid serta chef-chef di luar sana sesungguhnya bertanggungjawab juga memartabatkan buah-buahan tempatan sebagai satu langkah mempopularkan buah-buah tempatan menjadi makanan. Saya mengucapkan syabas pada Chef Farid. Kita rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan pelbagai jenis buah-buah tempatan seperti manggis, durian, duku, langsat, mangga dll, jadi terpulang kepada anda untuk memilih buah mana yang anda suka untuk makan. Jadi pada kali ini saya ingin berkongsi resepi tart durian Chef Farid kita. Kerana ia dibuat untuk kelas komersial maka kuantiti yang disediakannya agak banyak dan atas faktor kekangan masa pula resepinya perlu diagak sukatannya. Jadi saya bertanggungjawab untuk mengolah resepi ini agar kuantiti yang sediakan nanti tidaklah berlebihan dan hasilnya tepat. Jadi akhir kata selamat mencuba dan martabatkanlah buah-buahan tempatan ok! terima kasih Chef Farid!
Labels:
Pai dan tart
01 April 2010
Tart Coklat
Terdapat banyak tart yang boleh kita beli dan dibuat ya! Ada yang bertanya pada saya, chef apa beza tart dan pai chef! oh sonang ajo jawapan nyo. Pai diatasnya mesti ditutup sebahagian atau ditutup penuh dengan doh tetapi tart terbuka!. Tart yang akan saya kongsi ini memang istimewa kerana kulit pai nya saya gunakan asas puff pastri.
Puff pastri agak rapuh dan ringan apabila sudah masak. Mungkin ada tertanya2 macam mana pulak nak membuat puff pastri sedangkan ia sangat leceh untuk dibuat. Jeng jeng jeng!, jangan risau ia boleh dibeli di pasaraya atau di kedai bahan2 pastri . Kalau di pasaraya tuh puff pastri ada dijual ditempat frozen ok! Untuk resepi kali ini memang saya menggunakan puff pastry yang segera. Sebab mempercepatkan kerje saya. Kalau yang dijual tuh sudah siap dicanai nipis2 lagi! memang mudah keje so u all hanya perlu lapik terus ke dalam acuan tart. Bukankan ia begitu mudah.
Apabila sudah dibakar, puff pastry akan naik dengan begitu mendadak dan apa yang perlu anda buat adalah cuma tekan bahagian tengahnya agar ada ruang untuk menuang isian coklat nanti. Untuk isiannya saya menggunakan coklat dan ia memang marvelous maklum lah coklattt kan. Dan resepi ini saya olah menggunakan gelatin dan apabila didinginkan ia akan mengeras. jadi apabila makan anda akan dapat rasakan kerangupan dari puff pastri dan kelembutan dari isian coklat. Rapuh di luar cair di mulut ahak! yummylah!
Labels:
Pai dan tart
12 Ogos 2009
PAI KACANG PECAN
Sesekali makan pai layan jugak. Ha ini ada satu resepi pai yang best. Sebenarnya kacang pecan kalau nak cari kat pasaraya seperti Giant dan Tesco memanglah susah. Kacang pecan nih mudah didapati di kedai menjual bahan2 buat kek, tapi nohal lah! masalah itu bukan masalah yang besar sebab boleh ditukar dengan kacang walnut, kacang gajus atau kacang badam. Mudah nak beli dan lagi satu lebih murah. Poket pun kena jaga jugak kan! walau macamanapun setiap kacang akan memberikan rasa yang berlainan sebenarnya. Tapi terserah!..... yang penting sedap dan jadikannn.... Ha apa lagi kasi bikin lah!
Labels:
Pai dan tart
Langgan:
Catatan (Atom)








