Pages

Memaparkan catatan dengan label Salad dan Kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salad dan Kerabu. Papar semua catatan

17 Mac 2013

Salad Pasta, Portobello dan Kepingan Daging

Assalam dan salam satu Malaysia!Dah mula rasa lapar tak petang2 nih?? hehe. Jahat tak saya? oklah kalau ada yang dah kelaparan tuh, pi lah bawak2 masak ker atau makan kat luar!. Mana yang tak lapar tuh duduk dan baca post saya nih sampai habis sebab cam biasalah blog saya nih tema ceritanya adalah membaca sambil memeras mulut dan perut bukan sebab sakit mulut dan perut tetapi sebab lapar nak ngap makanan! beginilah kisahnya tuan2 dan puan2 yer! keje saya nih bukanlah setakat duk memasak jer tapi keje saya nih duk jugak meng... ngap makanan dan buat orang jadi lapar. Bercakap pasal ngap makanan nih! saya sempatlah merasa makanan yang disiapkan oleh orang lain jugak! Alkisahnya keje jadi pensyarah nih yang sonoknya bila dijemput makan ke kelas rakan2 pensyarah yang lain tetapi konsepnya mestilah FOC ha.. cam tuh!sukalah3x! Kalau bayar memang aku tamohlah jawabnya! kikikik
    Sebab apa suka? sebab ada sesi komen mengomen ( so kenalah cakap sedapkan ! giler kau kata tak sedap, sebab alamatnya memang tak kena jemput lagi lah jawapnya lenkalikan?! hehe!). Takde lah...bukan apa, konsep sebenar datang bertandang ke kelas orang lain nih adalah saya dapat mencuba resipi2 yang baru dan mengorek rahsia peribadi tip masakan itu yang sebenarnya. Hello.. aku nih bukan keje wartawan hiburan duk korek rahsia peribadi orang? tapi sebagai tukang masak aku duk mengorek tip2 dan resipi tersembunyi dalam sesuatu resipi! itu jer! Cewah! Ish duk membebel panjang sangat! Kalah pulak blog gossip kan? Tapi cita gossip menu nih belum dikepohciikan lagi! Okla3x!.Berbalik pada menu kali ini! 
    Ini adalah resipi yang paling simple sekali yang boleh dibuat dirumah dengan kadar segera dan mudah dan yang pasti umpphhh! k! Terima kasihlah kepada Chef Fauzan yang sudi berkongsi idea menu ini jadi dapatlah saya membuat eksperimen resipi ini selepas meng ngap appetizer ini untuk dikongsikan dengan anda pensekodeng sekalian! Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan apa2 acara majlis ok! sebab konsepnya cewah ( hello...makanan pun ada konsep jugak yer!) menu ini adalah santai dan universal.  Kira macam jenis darah 'O' lah yang boleh memberi kat sapa2 saja yang suka nga nga hehe! pada mereka yang tak makan pasta! sorry! hehe. Resipi ini juga sebenarnya agak ada kelainan sebab menggunakan Portobello mushroom atau cendawan portobello. Cendawan ini agak besar dan ia boleh mencapai saiz sebesar saiz tapak tangan! ha hambikkau,  besar sungguh! Rasa dia agak strong tetapi tekstur dia agak kenyal. Masakan yang sesuai untuk cendawan ini adalah digrill atau di bakar bersama filling yang sesuai. Tapi dont worry ok! sebab kalau tak ado cendawan nih, kita guna cendawan yang ado ajo. Ekau boleh guner cendawan shitake atau cendawan butang yang fresh atau susah2 juga sangat nak carik cendawan biasa, korang gunalah cendawan butang dalam tin tuh jer. Selain tuh resipi ini menggunakan beef bacon iaitu kepingan daging yang ada jugak dijual di pasaraya jangan risau sebab ada beef bacon yang halal dijual! kalau takde, ganti ngan hotdog jerk sudah! Jadi pada anda, ambil masa untuk relax, tengok dan perhatikan betul2 resipinya. Manalah tau esok2 free or kalau ada majlis apa2 nak buat! hangpa boleh buat resipi nih. Buat sehari sebelum pun takper sebab salad boleh disajikan ketika sejuk, kalau nak panas buat lah done2 tuh jugak! Percayalah kalau tak cuba hangpa semua rugi! selamat mencuba & Chill.. la!

09 Mac 2012

Kerabu udang dengan kedondong

Nah ambik! hehe sebenarnya resipi ini adalah resipi untuk majalah wanita  edisi hari ibu tahun lepas n saya nak ucapkan kredit terima kasih kepada majalah wanita kerana sudi mengundang saya dan snap gambar nih cantik2. Idea nak buat resipi nih datang apabila saya tgk kedondong mak saya kat kampung tuh berbuah dengan lebatnya. Pastuh tak makan2, yang makan beruk sebelah rumah saya maklumlah sebelah umah tuh hutan, penuhlah ngan jiran ekor panjang tuh. Jadi saya pun cilok lah kedondong mak saya tuh walaupun Acha Satriasa cakap jangan cilok mencilok tak baik! hehehe. Tapi kerana nak kenakan tema untuk hari ibu so saya pun hambik lah kedondong mak saya tuh. Anyway adalah pulak yang request nak buat resipi nih untuk org mengandung katanya. Jadi saya pun bergegaslah dengan gigih berkongsi resipi nih. Jangan tak buat udahlah yer. Selamat mencilok! eh silap selamat membuat! hehe

14 April 2011

Salad ayam dengan sos mangga

AsSalam semua. Awok nih baru jer balik dari khidmat masyarakat kat Kg Padang Besar di Batu Kurau minggu lepas menemankan kawan kerje awok buat program khidmat masyarakat kat sana. Uisshhh macam2 aktiviti yang dah dijalankan kat sana. Memang serghonok giler teman. Nasib baik tak naik sawan jer kat sana hehe. Yang paling best masa kat kg nih teman melantok durian tak hingat dunia tapi nasib sedar diri. Makan durian kat sini kalau lupa diri memang boleh mendatangkan bencana pada kesihatan diri.! Macamaner? bulih ker idak teman cakap perhok? bulihlahkan? dari tak ader ater!. Setelah lama teman menyepikan dirhi maklumlah sibuk katernya maker, hari nih teman nak kongsikan satu resipi salad ayam yang makan dengan sos mangga. Salad nih memang senang jerlah, tak susah maner pun nak membuatnya. Anda boleh grill ayam nih kalau taknak digoreng. Sebenarnya salad nih juga boleh diratah2cam gitu jer, memang layan habis! jadi anda mahu layan habis? apalagi moh ler kiter! hehehe

25 Mac 2011

Salad Romaine bersos tomato

Lagi hidangan sihat! Apa?ada yang  mengeluh? pasal apa cik oii? meh cecita sikit hehe. Nih mesti kes hangpa tak makan sayur mentah nihkan? Ingat kambing!. Alah apasalahnya demi kesihatan yang berpanjangan, belajaq2 lah makan sayur dik oi hehe. Cecuba rasa dulu mesti lepas nih jatuh cinta dengan salad. Menu kali ini sangat senang nak buat. Beli jer daun salad Romaine nih (sebut betul2 yer, bukan romen ok!) kang jadi cam pelik jer nanti haha. Biasa salad jenis Romaine sangat popular dibuat Caesar salad.Kali ini saya tak guna dressing biasa tapi buat dressing tomato yang dicampur dengan mustard. Saya taburkan dengan parutan keju parmesan untuk menaikkan lagi rasa dia. Rasa rangup daripada daun salad nih memang membuatkan kita asyik menikmati salad nih tau! Hidangan ini sungguh ringkas dan tak leceh dan pening2 kepala. koyak2kan salad nih. Susun, tuang sos dia dan taburkan sahaja dengan keju parmesan yang diparut! senang tak puan-puan dan tuan-tuan. Ha tunggu apa lagi kalau senang, jom lah buat!

19 Mac 2011

Udang goreng Guacamole

Asyik2 cicah ngan cili sauce, lau tak cili sos biasa, dengan sos cili thai. Gitulah kalau dah makan udang atau sotong goreng tepung. Kali ini saya kongsikan udang yang digoreng dengan bread crumb atau nama glamernya serbuk roti. Tapi menu ini saya buat jadi appetizer (first course) ala2 mexico, udang yang dicicah dengan guacamole. Sebenarnya guacamole nih adalah dip atau pencicah yang orang latin terutamanya org Mexico yang gemar makannya bersama nachos atau sayur. Selain daripada tuh, guacamole boleh dijadikan spread pada roti! Ia diperbuat daripada buah avocado yang telah masak! Rasa dia creamy atau berlemak tapi memang enak dowh! Walaupun sudah menjadi kebiasaan kita bila makan udang goreng dengan sos cili tapi untuk satu kelainan apasalahnya sesekali kita tukar citarasa betul tak? (baik korang setuju kalau tidak aku bakor nanti haha). Buat udang goreng nih sangat mudah. Anda hanya perlukan breadcrumb untuk menyalut udang. Camana? sudah bersedia untuk satu kelainan pada 

08 Mac 2011

Umai Bronok

Ko ada apa2 program hujung minggu nih tak? Tanya seorang teman sekerja saya, Chef Rahman namanya.  mmm.. pantas jer saya jawab tak ada, pastuh saya tanya kenapa? Dia membalas.. Ko nak join trip budak2 under kelab rekreasi pi Pangkor tak? ko takyah bimbang pasal benda lain, bawak badan dan baju jer.. Katanya lagi. Eh! sapa taknak pi jalan2 freekan? Pas tuh ada BBQ pulak lagi, sambil tuh leh mandi manda laut hehe. Leh jugak release tension walaupun tak tension manapun keje nih hahaha. Selain dari tuh dapat sedut udara baru kat tempat lain . Dalam masa yang sama dah tebayang bayang nak beli sotong kering dah kat jeti Lumut haha.

31 Januari 2011

Waldoft salad dengan ayam bbq

SALAM dan Selamat hari Isnin korang! Mesti ada yang dah cutikan? maklum lah budak sekolah pun ada yang dah cuti. Orang bekerja pulak ambik kesempatan bercuti sekali hingga sampai tahun Baru Cina kan? senang. Apa nak kisah cuti pun banyak lagi betul tak? Apa menu untuk hari ini?. Sudah fikir2 nak masak apa. Kali ini cuba buat menu santai. waldoft salad dengan ayam bbq. Saja jer buat dua menu dalam satu. Nampak kelainan sikit. Menu ini saya kategorikan sebagai snek appetizer. Snek tuh pasal ada ayam bbq goreng dan appetizer tuh mengandungi starter daripada salad.  Tap ikalau rasa malas nak buat dua2 tuh, u all buatlah salah satu. Yang mana satu idaman kalbu! bak kata lirik P Ramlee. Ok happy mencuba!

12 Januari 2011

Salad ketam dengan green Goddess

SALAD ini adalah salad yang menggunakan ketam. Saya dapat resipi ini daripada buku Reader's Digest Complete Guide to Cookery tau. Sebenarnya resipi asalnya menggunakan lobster, tapi mana plak nak cekau lobsterkan? Kalau adapun,  harganya teramatlah mahal. Boleh kecut dompet kalau membelinya hehe. Jika anda tidak dapat membeli crab claws tuh, anda guna jer lah crab stick dan isi ketam sahaja.  Kalau nak tambah isi ikan pun boleh.Crab claws tuh ada dijual di pasaraya di bahagian beku. Jika ada crab claws yang dijual bersalut roti pun boleh digunakan juga.  Crab claws boleh direbus atau digoreng. Kalau suka lebih sihat, rebus atau kukus jer lah. Hidangan ini boleh disimpan dan anda boleh buat bekal ke pejabat untuk dinikmati waktu makan tengahari sebagai makanan sampingan sebelum anda makan nasi. Selamat mencuba!

05 Januari 2011

Salad ayam tropikal

Tropikal adalah iklim yang di alami oleh negara2 Asia Tenggara. Kita pasti sudah biasa menikmati buah2an  tropikal seperti durian, manggis, langsat dan rambutan. Untuk Salad ayam tropikali ni saya menggunakan mangga sebagai bahannya kerana buah mangga adalah salah satu buah tropikal. Membuat salad ini sangat mudah. Ayamnya perlu diperap dan digoreng dahulu. Saya campurkan pasta juga sebagai sumber karbohidrat. Salad ini menggunakan dressing  iaitu sos salad. Dressing yang saya gunakan ini saya beli jer kat pasaraya, senang tak payah susah2 nak buat. Salad ini berasa manis kerana menggunakan mangga masak. Jika anda tidak suka rasa manis dari mangga masak, anda boleh menggantikan dengan menggunakan mangga  muda. 

10 Disember 2010

Salad Nicoise

SALAD  NICOISE yang berasal dari Nice Perancis ini telah saya kongsikan bersama pembaca Utusan Malaysia di ruangan Dari Dapur Azli Razali pada 10 Disember 2010. Dalam artikel ini saya berikan sedikit info tentang latar belakang salad ini dan cara untuk menyediakan salad ini dengan lebih terperinci. Ikutilah cara-cara membuatnya dengan membaca artikelnya di sini ok!


01 Disember 2010

Salad kentang kobis merah

SALAD yang saya kongsikan ini telah diterbitkan dalam majalah I sihat keluaran November 2010. Salad kentang memang enak dimakan terutamanya jika ia digaul dengan mayonis. Memberikan tenaga kepada kita kerana kentang mengandungi sumber karbohidrat utama.  Kali ini saya memberikan citarasa baru dengan menambahkan sos BBQ dan kobis merah dalam bahan-bahannya. Untuk memberikan  sedikit rasa lemak saya menambahkan sedikit mayonis rendah lemak. Salad ini sihat dan sesuai bagi mereka yang ingin mengambil makanan yang rendah lemak dalam masa yang sama ia dapat membekalkan tenaga harian anda.Saya mencadangkan juga anda menggantikan mayonis dan BBQ dengan vinegrette yang diperbuat dari minyak sayuran jika anda ingin salad ini lebih sihat. Ia  boleh dibeli di pasaraya. Tip kali ini adalah teknik merebus kentang.  Jangan merebusnya terlalu empuk kerana dikhuatiri ia akan mudah hancur apabila digaul. Jangan pula merebus terlalu singkat kerana nanti kurang enak dimakan.

30 November 2010

Kerabu pucuk ubi dan taugeh


KALI ini apakata anda cuba buat kerabu pucuk ubi dan taugeh. Menu kali ini telah saya kongsikan bersama pembaca majalah I sihat keluaran November 2010. Thank you pada Noreen dan abang Fatah (fotographer) untuk keluaran kali ini.  Dalam ruangan menu sihat ini memfokuskan salad dan kerabu. Salad dan kerabu sebenarnya sihat untuk kita cuma penggunaan  bahan-bahan dalam resipinya perlulah dalam kuantiti yang betul dan sesuai. Lihat sahaja kerabu ini yang berasaskan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin dan galian selain kaya dengan serat dan antioksida yang mampu manghalang sembelit dan kanser. Jadi apa tunggu lagi, cubalah!

Bahan-bahan

150gm pucuk ubi
2 cawan taugeh
¼ cawan kelapa parut- digoreng tanpa minyak sehingga perang

25 November 2010

Prawn Cocktail

PRAWN COCKTAIL sangat unik  dan dinamakan sedemikian kerana udangnya dimakan bersama cocktail sauce. Ia sangat mudah disediakan di samping bahan-bahannya yang digunakan juga ringkas. Apa yang anda perlukan  adalah udang, sos cocktail dan daun salad. Untuk menyediakan sos cocktail,  anda hanya perlu mencampurkan mayonis dengan sos cili dan sos tomato. Warna sos cocktail akan menjadi merah disebabkan oleh sos ini. Udang perlu direbus tetapi jangan merebus udang terlalu lama kerana ini akan menghilangkan kemanisan dan meliatkan udang. 

Bahan-bahan
250gm udang
1/2 bahagian daun salad -dimayang
1 paket alfalfa

10 November 2010

Kerabu Mangga Muda

Menu Sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Kerabu ini amat berkhasiat kerana menggunakan mangga dan tomato yang kaya dengan vitamin dan serat. Rasa masam air limau nipis dapat membuang lemak didalam badan. Rasanya yang sedikit pedas boleh melancarkan perjalanan darah. Anda boleh gantikan udang dengan ikan bilis atau sotong golek.
Selain kaya dengan sumber galian seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium and zink, madu juga mengandungi gula semula jadi fruktosa dan glukosa serta lebih sihat berbanding dengan menggunakan sukrosa daripada gula pasir. Madu juga bebas kolesterol dan mengandungi sumber antioksidan.


Bahan-bahan A:
1 biji mangga muda, dihiris halus
40 g udang segar, direbus dan dipotong kecil
1 tangkai daun ketumbar, dihiris
1 biji tomato, dipotong dadu

07 November 2010

Kerabu Tauge dengan Ikan Kembung

Ruangan: Rencana (Menu sihat Jelita)
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Hidangan ini mengandungi pelbagai zat seperti protein dan vitamin C. Selain itu, khasiat pada tauge berupaya menyingkirkan lemak tidak baik dan dikatakan sumber antioksidan terbaik untuk tubuh. Pastikan tauge tidak dicelur sehingga layu kerana khasiatnya akan hilang.  
Resipi ini lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan daripada kelapa dan dengan itu mengurangkan lemak dalam hidangan. Kerabu ini tidak perlu ditambah garam kerana rasa masin daripada sos ikan, belacan dan udang kering. 

14 Ogos 2010

Kerabu Mangga dan Betik

Ini adalah resepi kerabu yang dalam artikel saya semalam di Utusan Malaysia . Ada yang bertanya kenapa tak leh dapat resepi di Online so saya tepeklah resepi kat sini.  Memang takde resepi kat online sebab resepi hanya dicetak kat surat kabar tuh jer. Biasa saya akan tepek resepi kat blog nih lambat sikit sbb saja nak bagi u all beli suratkhabar Utusan setiap hari Jumaat hikhik. Sabor jerlahkan? Jadi selamat mencuba resipi ini.

Bahan-bahan

80gm hirisan daging rebus
½ biji/100gm betik muda-dimayang
2biji/170gm mangga muda-dimayang
2sudu makan kacang goreng-ditumbuk halus

19 Julai 2010

SALAD MISTER POTATO/ Mister potato salad

Tengah-tengah duk browse internet nih saya terlihat satu gambar salad yang sangat superlicious "Lorrie's Salad" nama salad nih. Kalau dalam Bahasa Malaysia namanya mungkin Salad Lori lah kot hahaha. Terus saya mengatakan yummy! but too bad perut baru jer makan tengahari so dah kenyang tapi saya tak boleh tahan untuk melihat kecantikan gambarnya yang menunjukkan salad ini memang betul2  lazat. Dalam masa yang sama saya juga melihat iklan kerepek kentang Mister Potato kat internet. Terus dalam kepala otak terpikir nak mencipta satu resepi yang menghimpunkan kedua-dua gambar ini ~'Salad dan kerepek~ kentang Mister Potato' yang saya namakan resepinya sebagai  Salad Mister Potato. Ketika saya mengolah resepi dengan pen saya dapat membayangkan salad ini sungguh enak dengan kerangupan kerepek kentang Mister Potatonya. Saya memang menggemari kerepek Mister Potato ini kerana rasanya yang rangup atau crispy kata mat sallehnya. hehe. Kalau beli dan makan sambil tengok tv atau wayang memang layanlah! SEDAR-SEDAR DAH HABIS! Selain daripada itu,