Hari nih bila lepas lunch tadi teman pi lah meronda ronda kat pastry kitchen. Bila sampai jer, ternampak lah satu resipi butter cream kat kelas teman nih iaitu Chef Farid. Resipi butter cream!. Bila duk baca-baca resipi dia agak lain sikit dengan butter cream biasa pasal ada menggunakan susu pekat manis. Hmm menarik gak resipi nih so apa lagi dengan izin tuan dia saya pun rembatlah resipi nih. Farid aku nak resipi nih boleh? hei UUUU jangan rembat terus I belum copy kat dalam buku resipi I lagi ok!. Isshh u nih I bukan nak teruslah! I nak copy jerrr! terus tukar niat dari nak rembat kepada nak copy jerr lah ahak! hambik kau hehehe. U nih nak buat apa? nak buat menjual ker? tanya Chef Farid kat teman. Eh tak lah! as usual untuk blog lah apa lagi! balas saya hehe. Anyway thank you Chef Farid kongsi resipi nih.
Memaparkan catatan dengan label Topping dan aising. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Topping dan aising. Papar semua catatan
05 Julai 2011
21 Disember 2010
Cream Cheese frosting/toping keju krim
CREAM CHEESE FROSTING adalah topping yang kebiasaannya disapu di atas kek baldu merah atau kek lobak merah. Sangat mudah disediakan dan enak rasanya. Sekiranya anda ingin menggunakan frosting ini untuk kek cawan atau muffin juga boleh, pasti rasa kek dan muffin akan bertambah enak.
Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan(360 ml) krim putar/whipping cream- ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
Cara penyediaan
Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan(360 ml) krim putar/whipping cream- ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
Cara penyediaan
- Pukul krim keju dengan gula sehingga lembut dan sebati.
- Kemudian masukkan esen vanila dan krim . Pukul sehingga sebati.
- Sedia untuk disapu diatas kek.
Labels:
Topping dan aising
20 Disember 2010
Topping Chocolate Ganache
CHOCOLATE ganache adalah topping yang selalu digunakan untuk kek coklat lembab. Anda boleh gunakan untuk kek jenis lain seperti kek coklat keju dll. Jangan masak dengan api yang terlalu kuat kerana takut coklat akan menjadi hangus pula nanti. Biarkan ganache yang telah masak disejukkan sebentar sehingga sedikit keras supaya mudah disapu atas kek.
Bahan-bahan
115 gm coklat masakan/ dark chocolateBahan-bahan
80 ml krim putar( whipping cream)-ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
1 sudu teh mentega
Cara penyediaan
Campurkan semua bahan-bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga cair. Sejukkan dan sedia disapu di atas kek.
Labels:
Topping dan aising
Topping krim masam
TOPPING ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlu beli krim masam yang ada dijual di pasaraya. Jika tiada anda boleh perahkan 2 sudu jus lemon pada 1 cawan krim putar (whipping cream). Krim ini berasa sedikit masam dan ia sangat sesuai dimakan dengan kek keju atau kek mentega mengikut selera anda.
Bahan-bahan
1 cawan (240 ml) krim masamBahan-bahan
2 sudu makan (30 gm) gula icing
1/2 sudu teh vanilla
Cara penyediaan
- Putarkan semua bahan sehingga sebati dan sedia untuk disapu diatas kek.
Labels:
Topping dan aising
27 Julai 2010
BUtter cream
Saya masih ingat masa kecik-kecik dulu- asalkan kek untuk majlis harijadi atau untuk majlis keraian seperti bertunang dan perkahwinan kebanyakannya mesti menggunakan aising buttercream a.k.a aising mentega, kalau masa kecik dulu memang saya suka sangat dengan kek2 nih, lagi2 kalau guna buttercream- habis mulut dan tangan berminyak dibuatnnya maklumlah guna butterkan memang comot dibuatnya. Sebenarnya kalau kita nak aisingkan kek, banyak sahaja aising yang boleh kita buat atau beli. Contohnya di pasaran ada topping cream yang diperbuat daripada tenusu -cuma pukul sehingga kembang dan bolehlah kita sapu pada kek, tidak perlu ditambah gula kerana rasanya sudah manis. Kita juga boleh menggunakan whipping cream atau krim putar tetapi perlu ditambah dengan gula aising kerana krim putar ini tawar rasannya. Topping cream berbeza dengan whipping krim kerana topping cream memang dikhaskan untuk mengaising tanpa ditambah gula tetapi Whipping cream selalunya digunakan untuk membuat sos atau digunakan dalam pastri atau bersama bahan lain untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Sekiranya anda rajin ke kedai menjual bahan-bahan pastri dan kek, anda boleh membeli krimwel. Ini adalah sejenis aising yang serupa dengan lemak tumbuhan atau shortening. Krimwell sering digunakan untuk mengaisingkan kek cawan yang juga dikenali sebagai cupcake atau cuppies. Harganya tidak lah terlalu mahal dan ia
mudah digunakan dengan hanya memukul bersama dengan gula aising. Kemanisannya boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kesukaan masing2. Jika anda suka anda boleh meletakkan pewarna agar kek yang dihias lebih berseri dan menyelerakan. Walaubagaimanapun aising mentega masih digemari oleh segelintir orang kerana rasanya yang tersendiri yang lain daripada yang lain. Penggunaan mentega juga memerlukan kos kerana harga lemak tenusu ini sedikit mahal. Buttercream yang sangat mudah dibuat adalah dengan memukul mentega dengan gula aising, tetapi lemak mentega mudah mencair pada suhu yang sangat panas. Lebih-lebih lagi jika ia memerlukan untuk kerja2 menghias kek. Ada juga aising mentega yang dimasak gulanya terlebih dahulu untuk menjadikannya sirap yang likat. Ini akan membantu aising mentega kita menjadi kental semasa anda memukulnya. Jadi atas permintaan teman facebook saya< akak syeeda > saya ingin berkongsi butter cream/aising mentega yang mudah dibuat tetapi perlu fokus yang penuh terutama ketika memasak sirap. Tip yang ingin saya kongsikan di sini adalah memerlukan anda untuk memasakkan gula dan air dahulu sehingga likat. Anda perlu menguji gula yang dimasak itu dengan menitiskan setitik gula itu ke dalam sebekas gelas yang berisi air sejuk. Sekiranya titisan itu membentuk bulat di dalam air sejuk itu maka ia adalah kelikatan yang kita mahukan, jadi sekiranya cara-cara ini agak sukar untuk anda membuatnya maka saya cadangkan anda membuat sahaja buttercream yang lebih mudah penyediaannya iaitu dengan hanya memukul mentega dengan gula aising shaja, mudah bukan?. Jadi ayuh! anda bisa mengambil risiko dengan resepi kali ini! saya ucapkan selamat berjaya!

Langgan:
Catatan (Atom)