Pages

Memaparkan catatan dengan label Coretan peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan peribadi. Papar semua catatan

24 April 2014

Jalan-jalan di Hongkong sambil cari Makan


 Hai assalamuailaikum dan salam sejahtera semua! Apa kabar? harap sihat. Lamanyalah tak mengomel dalam blog sendiri nih! Untuk pengetahuan anda, saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah tumpangan (guest house) apabila saya melancong dan cari makan ke Hong Kong baru baru ini. Chungking Mansion adalah kawasan rumah pangsanya yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik sewa. Ia.terletak di Nathan Road di Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong. Terdapat banyak pilihan rumah tumpangan disini yang terletak dalam rumah-rumah pangsa. Bila saya sampai jer kat tempat nih masyaAllah saratnya lah dengan orang! terasa macam dalam suasana kat tempat gangster dalam filem2 kongsi gelap Hong Kong tuh tau! Tapi nak wat camana dah tempah kat sini. Nak adventure sangat konon! Hambik kau!  hehehe. Saya garenti ada sesetengah orang sure berasa tidak selamat dan berasa rimas dengan keadaan yang macam nih. Dengan orang yang pelbagai manusia sibuk keluar masuk berkeliaran di kawasan ini!  
      Tetapi bagi saya ia suatu pengalaman yang baru dan menarik kerana ia ternyata berbeza dengan pengalaman saya melancong sebelum2 ini. Hongkong adalah sebuah Bandar yang cantik dan malamnya sungguh berwarna warni dengan lampu neon yang menerangi di setiap ceruk Bandar ini. Sebuah kota yang terancang, sesuai sebagai sebuah bandaraya pelancongan. Bangunan2 pencakar langit yang pelbagai bentuk ada di Bandar ini! Tinggi2 belaka! Kira ada jer bangunan2 yang cantik yang boleh kita selfie2 ok! Bagi mereka yang suker berselfie, kat bangunan pun jadi yer!
Tuh belum lagi dengan bus double decker dan bas elektriknya lagi. Pun cantik untuk dijadikan background untuk berselfie!! Hehehe tak kisah lah janji ada kenangan! Di Hongkong walaupun duitnya rendah tetapi kebanyakannya harga barangnya adalah dua kali ganda lebih mahal dari duit kiter!. Yang pasti kalau pi mana2 negara yang mahal jangan dokonvert duit kita! memang terbeliak-beliak lah biji mata sebab mahal! Bercakap pasal transportation plak di Hongkong Keretapi bawah tanahnya iaitu MTR memang memudahkan anda untuk kemana-mana. Yang penting sampai jer airport belilah kad MRT yang dipanggil Octopus card. Then boleh guna untuk berjalan sampai lebam!        
         Kalau boleh beli yang unlimited travel tuh lagi bagus berharga 300dollar bersamaan 150hinggit! Saya sampai di Hongkong malam jadi jawapannya berehat jer lah esok jerlah baru mula jalan! So hari pertama di Hongkong saya telah mengunjungi The Peak iaitu puncak dimana anda boleh melihat permandangan Hongkong yang cantik dari atas bukit. Untuk sampai ke puncak tuh kita boleh menaiki bas atau kereta atau teksi sebab ada jalan raya ker atas sana kalau nak lebih rasa classic boleh naik keretapi klasik ke atas yang dipanggil tram Di sini, jika anda ingin ke tempat menarik yang berbayar anda perlu datang awal. Jadi tidaklah anda beratur terlalu panjang dan menunggu lama untuk masuk ke tempat itu. pi awal pagi dalam kul 9 camtuh ! itupun dah beratur dah! Di sini juga terdapat Madame Tussauds, muzium lilin yang dmempamerkan patung seleberiti popular dunia. Terdapat dua buah taman tema yang sangat popular di Hongkong iaitu Disneyland dan Ocean Park. Oleh kerana saya cuma mempunyai tiga hari di sini. (Hmmm orang tak lama kat sini sedih!) Jadi saya hanya sempat ke Ocean Park sahaja. Mungkin lain kali jika ke Hongkong lagi pasti saya akan ke Disneyland pula. Ocean park adalah taman laut yang mempunyai taman tema permainan seperti roller coaster, whirly bird, the flash dan macam-macam lagi. Selain itu terdapat akuarium hidupan laut, pertunjukan ikan dolphin dan singa laut dan zoo panda. Memang cantik tempat nih taman temanya kalau nak pi boleh naik kabel car atau train! tepi laut lokasinya!  Hari terakhir kami berjalan-jalan di Bandar Hongkong dan destinasi yang kami kunjungi adalah Pelabuhan Harbour, muzium seni dan star avenue.Di waktu malam aktiviti yang harus dilakukan adalah berjalan-jalan sekitar Hongkong dan membeli belah. Apa lagi shopping lah uolll! Banyak tempat shopping ala2 street market kat sini contohnya seperti di lady’s market, sneakers street dan temple street market. Ia umpama kedai-kedai di Petaling street tetapi disini lagi meriah!
Apa yang penting kalau nak soping sakan bawak duit lebih! habis cerita. Kau shopping lah macam nak rak! No hal nya. Kalau bawak duit ciput cam saya nih, shopping ala2 sopan2 manja jerlah, beli mana yang patut jer! tetttt! Bagi pelancong Islam, makanan Halal boleh kita cari disni. Saya mendapatkannya di sekitar penginapan saya dan di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang terletak di 40 Oi Kwan Road Wanchai, Hong Kong, Wan Chai, Hong Kong. Disini terdapat makanan Cina yang yang halal dan jika ke sini jangan lupa mencuba dim sum halal yang sangat popular di jual di kantin dalam bangunan ini. Tapi kat sini pun kalau nak pi kena pi awal. Kalau tak dimsum wasalam !  A.K.A akan cepat habis kerana memang sangat ramai yang datang ke kantin ini. Rugilah kalau pergi then u oll tak cuba dimsumnya yang enak itu. Di sekitar masjid ini juga terdapat makanan yang halal seperti makanan arab dan India. Baiklah Saya kongsikan satu resipi dimsum goreng yang telah diubah suai.Terima kasih kepada Chef Hidayat atas resipi ini.
 

19 Ogos 2010

Resepi Sambal Daging Kelakar

Pernah tak korang membaca laman memasak berbahasa Inggeris yang genre kelakar? Ok kali ini saya nak ajak korang baca cerita pasal memasak tetapi dalam versi yang lain. Dalam versi kelakar... Sy nak cita sikit tentang sorang mamat nih, sebelum nih dia ada share resepi Sambal daging. Sapa lagi! budak dapur nih lahahhh!. Alahh resepi sambal daging yang dah berjaya  buat anak tekak korang kembang kecut kembang kecut  tempoh hari tuh lah! Saya pasti korang mesti tak pernah melihat, terdengar atau tertonton di mana-mana unless kat page mamat sekor nih jer lah.  Ini versi baru release~! sempena bulan puasa 2010. Maklumlah bulan puasa nih semua tenaga batin lemahh jer, nak2 lagi waktu tghari nihkan?. Sure heboh mata pung stinggg jer kata org Ganu. So chek tepek lah cita kelakar stupid nih kat post entry nih. Berbalik kepada resepi sambal daging berserai tuh kan. Nak dijadikan cerita saya googlelah resepi Sambal daging saya menggunakan khidmat my best freind si Mohd Google bin Gua tuh. Saya cuba taip sambal daging, so jumpa lah kat page 3 kat google tuh. YEAYYYY! lepas tuh tetiba...

03 Ogos 2010

Muffinku Dicuri Orang

Pertemuan pertama saya dengan Mr Danial Pengurus Pemasaran produk Dapur jenama Leben adalah kira-kira 2 bulan yang lepas. Menurut Mr Danial, produk dapur berjenama Leben ini adalah produk daripada German dan baru memasuki pasaran Malaysia lebih kurang sudah 3 tahun. Produk ini adalah peralatan dapur yang lengkap untuk memasak iaitu hood, oven dan dapur. Pertemuan dengannya diatur oleh publisher buku saya, sapa lagi kalau bukan si amoi Tracy tuh. Tracy nih tiba2 menghubungi saya dan mengajak saya untuk buat testing oven kerana dia hendak membuka dapur demonya di Kota Damansara. Jadi dia perlu memasang oven di dapur demonya itu. Katanya testing ini perlu untuk melihat samada prestasi oven jenama Leben ini bagus atau tidak. Saya berjanji dengannya untuk datang buat testing pada hari Sabtu petang kerana pada hari yang sama di sebelah  tgahari saya ada interview dengan majalah I Sihat untuk ruangan fokus keluaran Julai lepas. Oleh kerana interview itu dijalankan di IOI Puchong jadi saya tidak ada masalah untuk terus ke tempat jualan produk Leben ini yang juga bertempat di Puchong. Selepas habis  interview, dengan pantasnya saya terus membeli barang-barang  kek di Jaya Jusco IOI untuk testing oven itu nanti. Dalam kepala sudah memikirkan

12 November 2009

Tua vs awet muda

Ini cerita benar bukan dongengan ok. Selalunya bila orang yang tak tahu umur saya dia mesti cakap umur saya nih dalam range 25,26 atau 27. Kembang lah sekejap hehehe walaupun tak kembang mmm.Untuk pengetahuan korang saya nih nak kata tua tak lah tua tapi dalam usia akhir remaja lah heheh. ok ok aku bagi tahu lah 32 TAHUN ok! Sebenarnya tak suka dengan figure 32 tahun, kalau boleh nak terbalik kan 32 tuh jadik 23 tahun. Sudah jangan berangan! dah tua tua tuh terima jer lah.

05 November 2009

Penangan surat khabar!

Setelah beberapa lama duk pikir2 untuk buat satu column tulisan peribadi akhirnya saya dapat semangat untuk menulis dalam laman coretan peribadi ini. Bukan apa saya nih memasak bolehlah tapi bab-bab menulis nih memang fail giller! tapi saya tetap berusaha juga untuk menulis dengan tujuan dapatlah saya mengasah bakat menulis(kot-kot kalau adabakat kan!) so tetiba saya dapat idea nak tulis something pada pagi2 yang dingin selepas hujan kat sini. Saya tahu time nih lah waktu paling sesuai untuk membuai mimpi yang indah di atas katil.
Rasanya dah cukuplah saya membebel dengan intro kot, tapi apa yang saya nak story nih adalah tentang penangan surat khabar sebenarnya, seperti apa yang telah saya alami sendiri. Nih nak cerita sikitlah pasal cerita dan buku saya iaitu Keenakan Pencuci mulut yang telah dipublished kat surat khabar Utusan Malaysia pada 7 Oktober 2009 yang lepas. Terima kasih pada penulis Fazrina, Kak Khairunisa yang memperkenalkan saya kpd bos column keluarga iaitu kak Zaleha dan saya ambil kesempatan nih nak ucap juga tahniah pada Faz kerana cerita kamu memang best dan sempoi. Yelah kalau tak, takdelah namanya wartawankan.
Alhamdulillah setelah setahun memenangi Program masakan realiti yang disiarkan di TV3 apalagi rancangan Maggi Mencari Bintang itulah tahun 2008 lepas kini saya muncul dengan hasil baru iaitu Buku masakan pertama saya yang diberi nama Keenakan Pencuci Mulut. Apalagi masa nihlah saya nak mempromosikan bakat dan kebolehan saya melalui buku ini betul tak? So suratkhabar adalah one of the best medium untuk berbuat demikian. Bila keluar aja cerita saya dan buku itu pasti banyaklah yang membacakan. Maklumlah satu Malaysia ada jual surat khabar utusankan so satu Malaysia boleh baca cerita saya tuh kat Utusan ( walaupun bukan satu malaysia yang baca heehhe). Dalam article saya tu, saya ada sertakan alamat facebook dan alamat email.
Selepas keluar cerita tuh dalam utusan alhamdulillah saya mendapat response yang positif daripada pembaca yang membaca article saya tuh. Ramai juga yang email saya dan add saya sebagai kenalan di facebook ya! so dapatlah saya meramaikan lagi kenalan. Tapi orang yang paling terperanjat giler adalah saya bila saja saya bukak dan baca cerita sendiri di column keluarga, saya dapati coverage cerita saya keluar sampai tiga muka penuh(sebenarnya terkejut campur happy tak terhingga heheh) Mananya tidak,cerita sendiri keluar sampai 3 mukakan. Macam2 response positif yang saya terima daripada pembaca, daripada hendak berkenalan, meminta resepi, bagaimana nak menjadi seorang chef yang bagus dan macam2 lagilah tapi kebanyakan bertanyakan tentang bagaimana nak dapatkan buku saya. Saya ucapkan terima kasih diatas sokongan dan response positif daripada pembaca. Response dan sokongan anda akan saya jadikan pembakar untuk saya lebih berusaha mempertingkatkan diri saya.
Bercakap mengenai buku ya, saya terharu juga kerana ada yang benar2 berusaha untuk membeli buku saya di luar sana. Ada yang dapat dan ada yang kecewa kerana tidak menjumpai buku saya. Itulah kesan suratkhabar sebenarnya. Sehingga ada ibu-ibu kenalan saya di facebook sanggup menyuruh anak mereka mencari buku saya setelah gagal untuk mendapatkannya, sehingga lah ada seorang kenalan facebook saya nama nya Yani telah message saya di facebook mengatakan ibunya telah menyuruh dia membeli buku saya setelah membaca article saya di akhbar utusan. Apa yang saya respect kat yanie nih dia berusaha untuk mengembirakan hati ibunya dgn menghadiahkan buku saya kepada ibunya. Mulia sungguh hati yani nih kan? Setelah gagal mendapatkan buku saya tu, si yani nih meminta tolong agar saya boleh membuat pos express buku saya untuk ibunya so semalam dia telah memasukkan duit sebanyak 30 ringgit kedalam akaun saya. Apalagi duit dah mashyuk kenalah sayahantarkan kepada ibunya yang bernama Puan Normah Mehat .
Ya itulah salah satu penangan suratkabar yang saya sendiri alami. Banyak juga pengalaman2 lain setelah cerita saya keluar di suratkhabar. Maknanya suratkhabar adalah satu medium yang kuat impak nya kepada masyarakat so kepada wartawan keep up your good work kerana anda merupakan medium yang berpengaruh untuk membentuk masyarakat yang positif! kepada yang telah mendapat buku saya, saya harap anda sukakannya dan mencuba kesemua resepi dalam buku itu ya!