Pages

Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

09 Mac 2012

Stew Daging dan Barli dengan Cendawan

Bahan-bahan
800gm-900gm daging lembu-didadu atau dihiris
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun atau minyak jagung
½  cawan bawang besar-cincang halus
7 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu teh herba marjoram kering
1.2  liter air
3-4 ketul kiub daging atau kiub ayam
1 ½  cawan barli
400gm cendawan butang segar atau cendawan tin-hiris atau dadu
2 cawan batang celery-potong dadu besar
1 ½  cawan lobak merahyang didadu besar
Secukup rasa garam dan serbuk lada hitam
½ cawan krim masam untuk hiasan
Roux
Cairkan 100gm mentega kemudian campurkan 100gm tepung dan masak sehingga menjadi pes pekat.
Cara-cara membuat

  1. Panaskan mentega dan minyak zaitun kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Tumiskan marjoram sebentar sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga ia menjadi perang.
  3. Tuangkan air  dan biarkan ia mereneh perlahan selama 30-45 minit dan masukkan barli dan biarkan sehingga barli kembang.
  4. Masukkan cendawan, celery dan lobak merah. Renehkan dengan api perlahan 30-45 minit lagi.
  5. Masukkan kiub ayam dan biarkan sayur empuk.
  6. Pekatkan dengan roux dan biarkan mendidih sebentar. Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Padam api. Hiaskan dengan krim masam dan sedia untuk hidangan.

09 Disember 2011

Kimchi dan Stew Kimchi

Kimchi Kobis Cina (tong baechu kimchi)
Bahan-bahan A
1.25kg kobis cina
1 ¼  cawan garam
1.6 liter air
Bahan-bahan B ( Kisar halus)
75ml air
160gm buah pear
125gm lobak putih
50gm cili merah
50gm bawang putih
90gm bawang merah
Bahan-bahan C
100gm keledek putih-rebus, tapis dan lenyek lumat
125ml sos ikan
40gm serbuk cili
25gm kepingan cili kisar(chili flakes)
¾  sudu makan gula
½ sudu makan serbuk perasa

13 Mac 2011

Sup Lobak Merah Berkrim

MUNGKIN ada yang pernah baca tip2 macamana nak buat sup krim dalam post saya sebelum ini dan juga dalam artikel saya di Utusan bulan Disember 2010 lepas. wahh dah dua bulan kan?  kalau buat pekasam dah boleh goreng dah! kalau buat tapai plak silap2 air dia leh buat tuak (eh haram tuh! manaleh) haha. Saya juga dapat repon2 ada juga yang dah mencuba dan menyukai rasanya alhamdulillah! Baiklah, bukan apa.. bila saya cek2 dalam nih, saya hanya berkongsi tip2 nya sahaja tapi tidak resipinya, jadi apa kata kali nih saya kongsikanlah resipinya. Pada mereka yang terlepas mengambil resipinya. Takper! di sini ado ajo dan kalau nak tau tip2 membuat sup krim, klik ajo kat sini yo dan baco! Selamat berhappy happy!

07 Mac 2011

Sup lada benggala dengan jagung

ALHAMDULILLAH! saya suka dengan kerja saya sebagai pensyarah. Bukan apa boleh jadi CSI! main cuba2 resipi hehe. Pas tuh leh tepek kat dalam blog. Orang kata sambil nyelam tangkap ikan haha. (cam salah jer peribahasa nih) Ha! kali nih saya dah  membuat cubaan CSI membuat sup yang diperbuat daripada lada benggala (sebut betul2 !) sat lagi ada yang tersebut benda lain. Tak pasal2 jadi isu kerakyatan plak hahhaa. Oklah sup nih memang cair dan warna dia kuning pasai saya guna banyak capsicum warna kuning. Kalau u all nak sup nih warna merah, letaklah semua lada benggala yang berwarna merah jer. Satu tip penting bila buat sup nih ialah masa u all roastkan capsicum nih. Make sure roast dia sampai kulit dia burn sikit . Pastuh u all masukkan dalam plastik dan ikat plastik tuh bagi beruap. Ini akan memudahkan kulit dia untuk dikupas. Makanlah sup nih dengan crouton atau roti perancis.

01 Februari 2011

Sup tomato makanan laut

SUP makanan laut nih saya jumpa resipi dia dalam buku masakan women weekly Food book. Saya cuba buat dengan sedikit ubahsuai dan rasanya amat sedap. Resipi asalnya tiada menggunakan tomato coulis tapi saya telah memandai-mandai menambahkan tomato coulis dalamnya. Tomato coulis adalah sos tomato  dalam tin yang boleh juga digunakan untuk membuat sos pasta dan topping piza. Ia ada dijual di pasaraya. Kalau takde, anda boleh buat sendiri tomato coulis ini.  Anda boleh gunakan sebarang jenis makanan lait dan bolehlah memasukkannya dalam sup ini.

28 Januari 2011

Sup Lobak Merah Bekrim

Slurppp! ha tuh bunyik  bila kita sedang  menghirup sup yang panas hehe. Baiklah anda suka hirup sup? why not u all cuba sup berkrim yang dibuat sendiri. Senang jer buat sup berkrim kalau nak buat sayur2 yang lain pun boleh ganti jer dengan carrot nih. U all boleh gantikan dengan cailiflower, brokoli, jagung dan macam2 lagi. Guna aja asas sup krim nih ya. Pastuh beli roti Perancis, bakar dan sapu dengan mentega bawang putih. Aduhh mashukkknya tidak terkira! resipi adalah dari artikel saya yang keluar di Utusan  Malaysia dan jika u all nak baca artikel dan tgk gambar sup nih klik lah kat sini. Apa lagi jom kita menghirup sup!Selamat menghirup!

12 Januari 2011

Minestrone dengan chickpea

SEPERTI biasa semester baru telah bermula kerja sebagai pensyarah balik seperti biasalah. Warga kampus sudah mula sibuk maka dapur fakulti nih pun juga sibuk dengan kelas praktikal nya.  Ini adalah menu sup untuk kelas pertama praktikal. Saja jer tepek resipi nih kat sini supaya students dan anda yang terjah ke blog ini boleh mencuba menu ini.

Sup menestrone adalah sup sayur-sayuran dari Itali yang popular dan sering dinikmati ketika musim panas. Ia menggunakan stok, tomato dan sayur-sayuran. Resipi asli sup ini menggunakan haricot bean, sejenis kekacang tetapi saya menggantikannya dengan kacang kuda (chick pea) . Anda boleh merebus kacang kuda atau membelinya dalam tin di pasaraya.

09 November 2010

Sup Sayur Fucuk Telur

Menu Sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Makanan berebus ini juga berkhasiat kerana tidak menggunakan minyak, selain membekalkan karbohidrat dan protein tambahan kepada hidangan. Jadi, pengambilan karbohidrat daripada nasi dan protein daripada ayam boleh dikurangkan.

07 Ogos 2010

Shark Fin soup/Sup sirip ikan yu

KEMALASAN YANG MELANDA DIRI~ Bila chek sharekan status kat wall pasal diri chek dilanda kemalasan semalam terus ada seorang teman Facebook chek Kak T Mah namanya, dia kata kalau malas2 tak berasaplah dapur chek jawabnya nanti. Pastuh  dia naklah  tengok entry post dalam blog saya nih diupdatekan, asyik duk letak gambar udang berempah tuh jer.Dahlah takboleh nak makan sebab leh tengok jerkan, mana member tak berbulu, tak boleh nak rasa walaupun seekor hehe , kesian kan. Dia mcam barang kat sshopping mall lah. Nice to see nice to smell once eaten consider finish hehe.  takperlah orang kata tengok pun tengoklah janji dapat

30 Julai 2010

Sup Isi Ketam dan Jagung

Kalau tidak dikongsi seperti seakan kasihan dan rasa seakan serba salah pula kerana sudah berjanji akan berkongsi dengan dia , kalau asyik bagi alasan... " saya akan cuba uplodkan resepinya bila-bila free ye!..., pun tak boleh juga sebab selalu berjumpa di tempat kerja, bukan apa janganlah pula anda berasa pelik kerana kali ini saya tetap akan menulis tentang
makanan.

Resepi makanan ini saya postkan adalah atas permintaan rakan sekerja saya iaitu (X) bukan nama sebenar! Gender?; wanita; Kegemaran?; Suka memasak serta membaca blog gossip (agaknya lah!)  dan blog masakan; Status?gadis tetapi awas! sudah berkahwin! hikhikhik. 

Katanya pada suatu hari dia telah menikmati sup ketam dan jagung ketika di kelas serving students di coffee house Hotel ini, selepas itu dia asyik mengidam ingin makan  lagi sup tuh walaupun doktor  pakar sakit jiwa telah mengesahkan dia tidak mengandung hehehe. Dia mahu mencuba membuat sup itu sendiri di rumah. Oklah tak mahu panjang sgt mukadimahnya, sebenarnya memang makanan ini adalah atas permintaan kawan saya di tempat kerja di sini. Sedikit info tentang sup ini yer. Sup isi ketam dan jagung ini adalah dalam kategori sup likat dan berkrim kerana ia menggunakan agen pemekat yang dinamakan roux. Cara-cara pembuatan roux akan dikongsikan dibawah ini nanti tetapi kepada mereka yang malas nak membuat roux mereka boleh memekatkan sup ini dengan tepung jagung tetapi kurang enak rasanya umphh...walaubagaimanapun tetap layan... isi ketam boleh dibeli di dipasaraya di bahagian beku@ frozen. sekiranya anda tidak mahu menggunakan ketam bolehlah menggantikan dengan isi udang atau ikan. Baiklah sampai disini sahaja cerita pasal sup ketam dan saya mengucapkan kepada  teman sekerja saya Nita (alamak tersebut nama pulak! terlupa off  record lah  hikhikhik) akan mencuba resepi yang diidam-idamkannya sangat  ini dan juga kepada pembaca blog yang lain ya! p/s Sup ketam dan jagung  ini mengingatkan saya kepada cerita Isketambola sebab tajuk drama ini ada nama ketam hehehe.