Pages

Memaparkan catatan dengan label lain-lain pencuci mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lain-lain pencuci mulut. Papar semua catatan

16 Julai 2013

Bungkusan manis Tropika

Bungkusan Manis Tropika nih sebenarnya cam popiah jer ! Tapi rasa dia manis. Hidangan pencuci mulut nih sebenarnya adalah hidangan segmen ke3 dalam Hidangan Barakah  episod 7 yang bersiaran di TVAlhijrah ok! hehe. Sebenarnya ada cerita disebalik menu nih. Sebenarnya pada masa shoot segmen nih hari tuh sepatutnya bentuknya tak begini . Sepatutnya saya nak bunjut dia macam parcel tapi entah macamana jenis popiah yang disediakan pihak hotel nih, alahai sedih . Jenis yang tak boleh melekat. Serius cuak giler gak biler tenyeh2 taknak lekat adoiii! yelah  sebab benda tengah buat nih kamera tengah rakam. Giler tak cuak! Tapi still kontrol macho lah haha. Jadi oleh kerana nak cover malu yang amat nih saya just gulung dan cucuk dengan pencucuk gigi. Alahai masa rakam pun saya goreng ngan pencucuk gigi tuhsekali  u oll tapi alhamdulillah menjadi. So kalau nak beli kulit popiah belilah kulit popiah yang bagus kualitinya ok. Lagi satu jangan dibiar kat luar lama sangat nanti keringkulitnya, susah nak melekat. Nanti bila tak leh lekat mulalah nak tergelabah kan? akhirnya ambik action buang jer kulit plak nanti. Jangan!!!! tak baik membazir tau. Ia masih boleh diselamatkan dengan cara cam apa yang saya buat. Apa lagi tak nak try ker menu terkejut saya nih! sedap tau kalau tak buat rugi semua main boh jer! senang!

16 Jun 2013

Aiskrim pagaran Coklat


Bahan-bahan
1.5 liter aiskrim vanilla
1.5 liter aiskrim coklat
42 batang biskut coklat Kit Kat
210gm bebola Coklat
Acuan  kek 8inci x 4inci x 4inci
1 keping kek span 8inci x 4inci x2cm
Pembalut makanan(pastic wrap)
Cara membuat
  1. Lapikkan acuan kek dengan pembalut makanan dan lebihkan plastik itu 5 inci diluar acuan.
  2. Susunkan disekeliling acuan dengan biskut coklat Kit Kat. Coklat yang lebih hancurkan kasar-kasar.
  3. Lapisan pertama di acuan padatkan dengan aiskrim coklat. Jika ia cair bekukan sebentar dalam 1-2 jam.
  4. Kemudian lapiskan dengan kek.
  5. Selepas itu taburkan atas kek dengan coklat yang telah dihancurkan.
  6. Untuk lapisan seterusnya padatkan aiskrim vanila dan tutup dengan plastik yang lebih kemudian bekukan selama 8 jam atau semalaman sehingga keras.\
  7. Keluarkan aiskrim dari acuan dan tanggalkan pembalut makanan.
  8. Hiaskan atasnya dengan bebola Coklat






27 Mac 2013

Crepe Durian


Bahan-bahan untuk crepe
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan/susu
½  sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning
Bahan-bahan untuk inti
1 cawan Topping cream (Non dairy Whipping Cream)
Isi durian atau buah-buah lain secukupnya

Cara membuat
1.      Untuk Crepe:Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan Kacau dengan rata
2.      Kemudian masukkan dalam blender dan kisar dan kemudian tapis.
3.      untuk membuat crepe yang tidak melekat sediakan kuali leper (non stick pan bersaiz 8inci).
4.      Panaskan sehingga kuali benar-benar panas.
5.      Sapukan sedikit minyak pada kuali.Kemudian perlahankan api
6.      Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi kepingan crepe yang nipis.
7.      Crepe tidak  perlu di balikkan  dan apabila permukaan atasnya sudah kering terus diangkat. Buat sehingga habis dan biarkan sejuk.
8.      Untuk inti :Pukul Whipping Cream  dengan pemukul hingga kenta.l
9.      Pisahkan isi durian dari bijinya dan hancurkan sedikit.
10.  Bentangkan 1 keping crepe dan letakkan Whipping Cream di tengahnya. Letakkan isi durian.
11.  Tutupkan semula dengan Whipping Cream. Lipatkan crepe.
12.  Jika anda menggunakan buah lain anda hanya perlu mencampurkan dengan krim dan bolehlah diletakkan ditengah sebelum dilipat.

14 Mac 2013

Tiramisu gaya Italy!

   Saya gelarkan pencuci mulut ini sebagai Tiramisu gaya Itali! kerana resipi dan gaya pembuatannya tidak banyak diubah dan beginilah orang Itali menikmati Tiramisu. Orang kita banyak mengenali Tiramisu ini sebagai sejenis kek walhal Tiramisu sebenar yang asli bukanlah sebiji kek tetapi ia merupakan krim keju yang dilapiskan bersama ladyfingers iaitu sejenis kek span lembut yiang berbentuk jejari. Ladyfingers garing di luar dan lembut di dalam dan ia adalah antara bahan utama membuat Tiramisu. Jika anda makannya begitu sahaja ia berasa manis! sedap jugak kalau makan macam tuh tau! Saya pernah berkongsi artikel berkenaan Tiramisu ini di dalam artikel saya sebelum ini tetapi apa yang menyebabkan saya ingin berkongsi resipi ini adalah kerana resipi ini sungguh ringkas dan mudah untuk dibuat. Bukan apa sebenarnya saya menjumpai resipi ini di paket bungkusan ladyfingers. Skodeng punya skodeng saya rasa resipi nih macam menarik ! apalagi saya cilok lah untuk saya kongsikan dengan anda semua!alamak dah terpecah rahsia pulak dahkan? hehe syyyyy... senyap senyap sudah! 

Lady Finger
  Mungkin ada yang tak mengenali apa itu lady fingers yang agak janggal dengan produk in. Ia boleh dibeli di kedai2 kek dan pasaraya-pasaraya terpilih. Selain itu resipi asli Tiramisu menggunakan keju yang dikenali mascarpone cheese. Keju ini memang lembut dan berlemak. Sehingga ada ulasan yang mengatakan bahawa tidaklah sah dinamakan ia sebagai Tiramisu jika ia tidak menggunakan keju mascarpone dan keju mascarpone tidak boleh digantikan dengan keju yang lain. Itu hanya andaian mereka sahaja. Ada aku kisah? hehe. Oklah jika pada mereka yang biasa dengan keju nih pasti perasan keju mascarpone agak mahal oleh itu untuk menjimatkan poket anda kita boleh menggunakan keju krim (cream cheese) untuk mendapatkan rasa seakan-akan keju Mascarpone, tetapi anda perlu melembutkan keju krim dulu kerana ia agak lebih keras dari Mascarpone cheese. Fuh!.. nasib ada keju yang boleh ganti keju Mascarpone kan? Seterusnya resipi tiramisu perlu menggunakan air larutan kopi bagi memberikan rasa pahit pada   juadah ini. Jika orang Italy dia akan mencampurkan arak (liquor) sikit dalam kopi dan dalam krim keju nih tapi kita nih takyahlah letak sebab haram hukumnya bagi kita yang beragama Islam hehe. 
     Yer resipi ini menggunakan telur yang mentah! Pasti ada yang rasa kurang confident dan rasa kurang selamat  untuk makan tiramisu nih  sebab guna telur mentah,  betul? Saya akui ia agak berisiko untuk ibu-ibu mengandung terutama yang usia kandungannya 3 bulan pertama dan kanak2 kecil serta orang2 tua juga kerana imunisasi mereka dan bayi yang dikandung rendah. Sebenarnya telur ayam kita di Malaysia nih agak berisiko untuk dimakan mentah jadi saya cadangkan agar telur yang anda gunakan itu harus dibasuh dengan betul dan sebersih-bersihnya, selepas itu celur/rendam sebentar telur dengan pantas dalam air panas  sebelum membuat tiramisu,  tapi yang paling penting pastikan kulit telur itu kita seterilkan dengan cara yang saya cadangkan tadi. Jika di Barat kita mudah untuk membeli telur yang telah diseterilkan tetapi di negara kita teknologi ini belum lagi digunakan. Kenalah buat dengan cara manual gitukan? bukan apa nanti ada perut yang manja tak boleh tahan pulak? sapa susah nanti? saya jugak yang nak menjawab hehe.  Saya harap resipi ini boleh menjadikan pembakar semangat untuk anda mencuba resipi ini. Percayalah resipi nih sangat mudah dan yang paling penting! walahhhh sedap yang amat!. Tak percaya? Kalau tak percaya boleh cuber, rasa tengok!. Ok selamat mencuba! Untuk artikel yang berkaitan tiramisu anda boleh klik disini.

10 Mac 2013

Baklava Dimensi Baru


Bahan-bahan
450gm campuran kacang  (kacang badam, walnut, kacang pistasio atau  kacang jenis lain)
1-2paket kepingan pastry phyllo
1 cawan mentega, cair
1/3 cawan gula
1 camca teh kayu manis yang dikisar
1/3 camca teh serbuk bunga cengkih
Bahan-bahan
Untuk sirap:
1 cawan air
1 cawan gula
¼  cawan madu
2 sudu besar jus limau
1 batang kulit kayu manis

Hiasan pilihan
150gm pistasio 
400gm krim topping
250gm strawberry
200gm blueberry
200gm raspberry

25 November 2011

Danish Apricot

HA! resipi nih sayaambik dari satu blog nih. Sebenarnya puff pastry agak tidak sesuai untuk membuat danish Kalau untuk danish dia ada resipi doh dia sendiri tapi resipi nih kreatif sebab hanya puff pastry jer yang ada jual kat pasaran. Agak susah untuk membuat doh puff pastry dan danish nih sebenarnya sebab dia kena praktis dan belajar secara hands on. Kalau tak belajar cara2 membuatnya secara praktikal, silap2 layer dia tak jadi. Nanti bukan ke oven perginya, ke tong sampahlah jawab perginya.  Untuk makluman u all, dekat pasaran, hanya ada jual puff pastry jenama pampagas. Itupun tak semua pasaraya yang

21 Mac 2011

Pavlova

SEBENARNYA saya tak pernah teringin nak buat  Pavlova sehinggalah saya makan dan rasa kesedapannya semasa kelas komersial kat sini. Cik Puteri teman saya tuh yang buat masa kelas dia. Aduhh manisjer rasanya semanis tuan yang membuatnya, opss kang tak pasal kena makan parang ngan pakwe dia kang hahha. Ya ampuun. Tapi serius memang sedap. Ia rasa 

09 Mac 2011

Cream Puff

UUU lala lala! Ini adalah antara favorite dessert saya. Cream puff. Dibuat daripada choux paste. Resipi ini saya kongsikan dalam DDAR di Utusan minggu lepas 4 Mac  2011. Dalam jawapan saya saya kongsikan tip-tip membuat cream puff, so kalau nak tau lebih lanjut tipnya leh klik artikel ini.  U all leh buat apa2 bentuk yang anda suka. Terpulanglah nak buat apa2 janji hati sukakan. Jangan lah buat bentuk yang bukan2 dan tak leh diterima selera! kang ada pulak yang buat bentuk gajah ker kambing ker! kan tak sesuwe tuh namanya! Buat terbeliak biji mata jer nanti. Apalagi cubalah resipi nih. Makan masa sejuk2 memang sedap! Silap2 boleh jadi histeria sebab sedap sangat haha (nampak sangat membohongnya! kan?) 

08 Februari 2011

Agar-agar kacang merah batik

Haiya! kepada semua olang gua mau bikin announcement penting. Banyak penting punya announcement.  Sebenarnyaaaaa.. sebenarnyaaa... sebenarnyaaa.... gua mau ucapkan selamat datang pada bloggers! hehe saja jer bikin gempak kak Limah haha. Ok, kali nih saya nak share resipi yang saya cuba masa raya Cina lepas dengan anda semua tau. Sebab dah buhsan sangat dengan agar2  yang biasa saya pun duk gatal otak dan tangan, mulut pun gatai juga sebenarnya, sebab tuh lah saya mencipta resipi agar2 kacang merah nih. Menu nih saya rasa tak lah baru tapi keoriginalitian resipi dia memang saya sendiri cipta berdasarkan common sense membuat agar2. Kira senang cita, macam error and trylah! eh  terbalik lak, try and error! 

09 Januari 2011

Roti dengan krim keju

MAHUKAN pencuci mulut yang paling senang di dunia nak buat? Selalu mengeluh kerana tak ada ketuhar dan pemukul kek di rumah untuk membuat pencuci mulut seperti kek? lupakan semua masalah itu! Kini tanpa semua itu anda mampu membuat pencuci mulut juga? hehe. Dah rasa macam menjual produk pelangsingan badan pulak dah haha. Ini bukan jualan mega ok, tapi ini saya nak mengajak anda yang takde kelengkapan seperti oven dan pemukul kek untuk membuat sejenis pencuci mulut yang paling senang kat dunia nih hehe.     

09 Disember 2010

Crumble Epal

Salam kepada bloggers! resipi crumble epal ini telah saya kongsikan dengan pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia pada 3 Disember 2010 lepas dengan tajuknya Rahsia sebiji epal. Bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana untuk menyediakan juadah ini dengan lebih terperinci dan untuk mengetahui apakah rahsia yang terkandung di dalam buah epal  silalah baca artikel ini dengan klik di sini ok.

28 November 2010

Pancake

PANCAKE ini yang paling mudah untuk dibuat! ok tip membuat pancake/lempeng adalah anda harus mencampurkan semua bahan-bahan  dengan menggunakan gegelung dawai/wire whisk. Ini akan memudahkan adunan menjadi sebati dan adunan tidak bergentel-gentel atau berketul-ketul yang disebabkan oleh tepung yang tidak larut. Jika menggunakan senduk kayu atau senduk biasa, campurkan susu perlahan-perlahan sambil dikacau. Masukkan sedikit demi sedikit susu sambil adunan dikacau.  Anda boleh mencampurkan bahan-bahan lain seperti oat, nestum atau pisang bagi menambahkan khasiat pancake ini. Gunakan kuali leper untuk memasak pancake ini. Sekiranya ada kuali tidak lekat/nonstick pan pun lagi bagus makanlah dengan madu, buah-buahan segar atau aiskrim. Selamat mencuba!

24 November 2010

Apple Crumble Special

APPLE crumble yang saya kongsikan ini saya berikan sedikit ubahsuai dengan menambahkan buah prun dan peanut butter di dalamnya namun demikian anda boleh  tidak meletakkannya dalam resipi ini. Selamat mencuba!

Crumble Topping:
3/4 cawan (100 gm) tepung
3/4 cawan (150 gm) gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3/4 cawan (70 grams) rolled oats (boleh dibeli dikedai kek)
1/3 cawan (40 grams) kacang walnut-dicincang
1/2 cawan (115 grams) mentega yang masih beku-potong kecil

05 November 2010

Pak Ali buat Filo pastry dan Apple Strudel?

JOM tengok Pak Ali buat filo pastry dan apple strudel secara tradisional walaupun ada yang instant di pasaraya tapi pak Ali tetap dengan cara nenek moyangnya yang tradisi ini untuk membuat apple strudel . So apa lagi kalau taknak buat secara tradiasional leh beli yang dah siap ada dijual dipasaraya jer senang gitu! ahak! Selamat menonton!

Tiramisu

Pencuci mulut dari Italy nih memang sangat popular dan pastinya sungguh enak. Sebenarnya menggunakan keju mascarpone dan sponge finger @ lady finger adalah resipi yang original bila kita membuat tiramisu.
Mascarpone cheese adalah cheese yang lembut dan rasanya berkrim tetapi kebanyakan orang akan menggunakan cream cheese bagi menggantikan penggunaan mascarpone cheese. Ini kerana harga mascarpone cheese lebih mahal so apalagi nak jimat kan, kenalah ganti dengan cream cheese hehe.
Tapi bagi saya ia adalah version yang dapat menjimatkan kos walaupun keoriginalitiannya tiada tetapi rasanya tetap masyukkk. Mungkin ada jugak tertanya tanya sponge finger dan  lady finger tuh apa plak. Well ia sebenarnya adalah asas sponge kek yang dipaipkan berbentuk jejari. Walaubagaimanapun

01 November 2010

Canalloni filling

Ini merupakan filling atau isian yang boleh digunakan untuk membuat kek atau pencuci mulut yang lain. contohnya gunakan ia sebagai sapuan di atas kek atau brownies. Kalau digunakan untuk melapikkan chocolate chip cookies pun boleh atau lapikkan dengan sponge finger. Buat ala2 macam  filling biskut oreo. Memang terangkat! Kali ini  filling ini akan diletakkan sebagai inti di dalam sarung coklat yang dibentuk seperti silinder. Resipi ini saya dapat dari salah seorang pelajar saya yang baru balik dari latihan praktikalnya. Apabila dia membuat untuk exam praktikalnya dan kebetulan saya jadi panel mereka saya rasai dessert ini sungguh sedap dan apalagi saya pun paulah resepi dia dan hasilnya saya kongsikan dalam blog ini. Saya harap u all boleh cuba. Tak rugi kalau membuatnya!

16 November 2009

Pisang sos karamel

Buah-buahan berkhasiat untuk membekalkan kandungan fiber/serat pada kita. Resepi kali ini menggunakan buah-buahan seperti pisang, epal dan kurma yang memang kaya dengan kandungan serat. Pisang mengandungi gula semulajadi seperti glukosa dan fructosa yang memberikan bekalan tenaga kepada kita. Oleh kerana itu pisang banyak diamalkan oleh atlit-atlit apabila mereka bersukan. Selain daripada itu pisang mengandungi tinggi potassium dan ini baik untuk mengimbangi kandungan air dalam badan dan peredaran darah seterusnya dapat mengurangkan hypertension. Khasiat kurma memang tidak boleh disangkalkan lagi dan ia sangat sinonim dengan masyarakat Islam apabila tiba bulan Ramadan dan semasa ini kita disarankan mengambil kurma untuk membekalkan tenaga kita di siang hari. Resepi ini sangat mudah dan cepat dibuat dan ia boleh dimakan semasa sejuk dan panas bersama-sama ais krim vanila

Bahan-bahan
6 biji pisang emas
5 biji kurma
5 sudu gula
1 cawan susu sejat/ krim putar
 1 sudu makan mentega

 Cara-cara penyediaan
  1. Kupas dan belah pisangkepada dua bahagian.
  2. Panaskan mentega dan goreng kan pisang sebentar sahaja. Akhir sekali masukkan kurma. Padamkan api.
  3. Dalam periuk yang berasingan, panaskan gula sehingga membentuk karamel atau bertukar warna keperangan.
  4. Kemudian tuang susu/krim ke dalam gula. Kacau sehingga sebati dan pekat.
  5. Masukkan buah-buahan yang digoreng dengan mentega tadi ke dalam sos karamel dan kacau seketika.
  6. Padamkan api dan sedia dihidangkan panas atau sejuk.