Pages

Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

23 Mac 2012

Kuih Seri Muka



Apa kabar semua! Walaupun sebelum nih saya dah postkan resipi kuih nih  dalam bentuk youtube tapi ada jugak yang termiss dan tak menonton youtube saya membuat kuih nih, oklah takper, anda salin resipi nih dan kalau nak tahu cara-cara membuatnya apakata u olsss tengok video kat link yang saya bagi nih kat link nih ada video cara saya membuat kuih nih dari part 1-part3http://azlirazali.blogspot.com/search/label/video#axzz1pvjEGEPs .Maaf sebab eden malas pulak nak menaipkan cara-cara nak membuat nya kat sini . Selamat mencuba!

28 Mac 2011

Lepat pisang sagu sabar jerlah!

Selama  kerje jadi lecturer nih macam2 pengalaman saya dapat. Pengalaman terbaru yang tak boleh saya lupa bila minggu lepas dalam kelas komersial pastry ada dua orang pelajar dari wakil kelas budak degree masuk kelas pastry. Dua2 dari Sarawak. Menu yang dia orang patut buat adalah salah satunya pengat pisang. Oleh kerana saya ada hal yang perlu saya buat saya keluarlah sebentar selepas arahan kerja apa yang patut diorang buat telah saya explainkan. Saya fikirkan pengat pisang adalah makanan yang bukan pelik dan baru kat bumi Malaysia nih tapi sangkaan saya meleset giler bila saya balik ke kitchen saya tengok minah sarawak nih tengah duk baik melenyek pisang nangka yang dah saya order. Ya Allah pitching darah saya terkeluar daripada otak bila budak sarawak nih S bukan nama sebenar (terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan negara haha) buat cam tuh.

08 Disember 2010

Onde-onde buah peach

 PERNAH dengar kuih onde-onde? pernah makan? apa! tak pernah? hehee. Ada yang memanggilnya dengan nama kuih kelepong dan kuih buah melaka. Baiklah nak story pada mana2 pihak berkuasa yang tak mengenali dengan kuih onde2 buah melaka nih. Ia adalah sejenis kuih tradisi yang berasal dari negeri Hang Tuah Melaka. Bentuknya bulat2. Warnanya pula hijau kerana menggunakan daun pandan atau perwarna dan ada yang berwarna putih jika tidak diletakkan pandan dan pewarna hijau. Menggunakan gula melaka atau gula enau sebagai intinya. Kuih ini berasa kenyal apabila digigit disamping anda boleh merasai inti gula buah melaka yang cair di dalamnya apabila anda mengunyahnya. Sudah meleleh air liur?. Baiklah tapi saya telah memberi sentuhan baru pada kuih ondeh-ondeh ini  dengan menggantikan gula melaka dengan buah peach.

28 November 2010

Karipap

KUIH karipap. Sapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih ini betul! Semua orang pasti pernah merasai karipap. Saya paling suka dengan karipap yang rangup kulitnya dan intinya yang diperbuat daripada kentang. Saya kurang menggemari inti karipap yang diperbuat daripada keledek kerana rasanya yang manis. Sebenarnya macam2 cara orang membuat kulit karipap ini tapi saya akan kongsikan resepi yang saya jangka mudah untuk anda membuatnya dirumah. Resepi ini saya dapat daripada salah seorang anak murid saya. Bila saya rasa karipap dia buat di kelas praktikal. Fuhh memang sedap.

24 Oktober 2010

Puteri Mandi

Sudah tertawan dengan warnanya yang terang dan menawan? Secara amnya terdapat dua jenis kuih puteri mandi nih, satu yang berwarna-warni dan satu lagi cuma satu  warna aja.