Pages

Memaparkan catatan dengan label Bahan-bahan dan Rempah Ratus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahan-bahan dan Rempah Ratus. Papar semua catatan

22 November 2010

Garam Masala

ATAS permintaan saya letakkan resipi garam masala  kerana ada yang membaca post saya sebelum ini iaitu daging masala dan mereka ingin membuat garam masala sendiri di rumah. Untuk membuat rempah ini anda tidak memerlukan alat yang canggih kerana apa yang anda perlukan adalah mesin kering untuk mengisar bahan-bahan yang disangai (digoreng tanpa minyak).  Apabila anda telah memesinkan garam masala ini pastikan anda menyimpan dalam bekas kering dan kedap udara agar tahan lebih  lama juga untuk memelihara aromanya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan
1 sudu makan biji pelaga
1 inci/1 batang kulit kayu manis
1 sudu makan jintan manis