Pages

Memaparkan catatan dengan label Snek dan Sandwich. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snek dan Sandwich. Papar semua catatan

12 November 2019

Sanwich Roti Artisan


Assamualaikum! lama tak menerjah ke blog sendiri dan berkongsi resipi... Tapi entah kenapa hari saya teruja pula nak berkongsi resipi sandwich. Kali ini saya akan kongsikan resipi sandwich roti ARTISAN. Mungkin ada yang tak biasa dengan roti Artisan. roti Artisan adalah lebih dikenali sebagai roti eropah kuno kerana untuk membuat roti ini kita perlukan starter atau agen penaik khas yang harus diternak sekurang kurang nya 2-4 hari di dalam peti sejuk dan kemudian kita campurkan dalam adunan tepung ketika ingin menguli doh roti. Membuat roti artisan lebih rumit sedikit daripada membuat roti biasa kerana hasil roti yang dibakar haruslah keras dan garing di luar tetapi lembut didalam. Baru baru ini saya ada mempelajari membuat nya dan saya akui ia memang rumit, dan kali ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sandwich artisan. Tidak banyak kedai roti yang menjual roti artisan in. Mungkin French baguette yang lebih popular disini jadi anda harus rajin mencari nya di kedai kedai roti tertentu yang mungkin ada menjual roti jenis ini. Banyak jenis roti artisan  antaranya baguett,ciabatta, sour dough bread dan macam macam lagi. Anda jangan khuatir dengan tekstur luaran roti ini  kerasnya seperti papan kayu kerana anda hanya perlu toastkan nya sebelum manikmatinya atau membuat sandwich jadi selamat mencuba!


Bahan Bahan
6 keping roti artisan
2 Biji Telur
100gm isi ayam-potong dadu kecil
1 biji bawang kecil-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
150 gm brokoli dipotong kecil
2 ulas cili padi
Sedikit minyak dan garam

Cara membuat
  1. Panaskankan minyak dantumiskan bawang merah dan abwang putih.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehibngga ayam masak.
  3. Masukkan telur dan brokoli kacau sehingga sebati. 
  4. Perisakan dengan garam. angkat dan makan bersama roti artisan.




24 Julai 2012

Sandwich Tuna Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!macamana puasa korang hari nih? ada bocor tak nih! heheh jangan tipu tak baikkkk... teman ada teropong halus leh skodeng! hehe Harapnya takde lah puasa kita yang bocor atau ada yang membocorkannya dengan sengaja! baiklah seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi resipi kedua dari nestum iaitu saya namakan sandwich tuna nestum. Dari gambarnya ia adalah sandwich yang biasa tapi yang menariknya ia bukanlah sandwich yang biasa2 lah sangat sebenarnya sebab sandwich nih kita guna nestum u oll.  Apa lagi nak mempromosi khasiat nestum yang digunakan dalam makanan lah . Tak reti2?  Guna nestum mestilah bersebab. Kowang ingat teman suka2 nak masukkan nestum nih dalam sandwich nih ehhe. teman campurkan sebab nak bagi kelainan sikit kat roti kita tuh selain nak tambah khasiat  sandwich kita nih. Baiklah buat sandwich nih memang tak susah ok! campur jer semua bahan  terus jadi!. Sandwich nih ada rasa2 kari sikit sebab saya letakkan pes kari. Pada mereka yang taknak ada rasa2 kari boleh lah pilih untuk tidak meletakkannya. Filling tuna nih korang boleh gunakan pelbagai perisa yang ada kat pasaran . Kalau nak rasa pedas gunalah yang ada cili, dan sebagainya. Kalau taknak guna tuna,bolehlah gantikan dengan sardin atau ayam yang direbus. Tapi make sure ayam tuh direbus dan dicincang halus sebelum campur dengan mayonis. Baiklah sandwich nih macam2 cara kita boleh buat. Antaranya anda boleh gulung  korangnya sandwich nih jugak dan salutkannya dengan nestum. Tapi sebelum tuh basahkan semua permukaan dengan telur sebelum anda golekkan atas nestum. So nestum tadi jadilah  ala2 macam breadcrumblah bila anda ngap dia. Anda boleh menggoreng atau membakarnya. Kalau nak sihat bakar ajalah. bila lagi nak jaga body kan? ehhe Letak jer dalam oven bakar dalam 8 minit atau sehingga keperangan! angkat dan terus ngap! hehe. Ngap bukan masa tghari tapi bila nak buka puasa atau nak bersahur ajer ok! maklum lah nih kan bulan puasa! excited sangat nak ngap nanti terlupa pulak terngap sebelum azan maghrib. ! taknak taknak taknak!!! ehhee. Melalui gambar nih saya buat cara biasa, just lapiskan sahaja dan salut dengan telur sebelum goreng dengan minyak yang sedikit sehingga perang. Roti yang saya gunakan adalah roti gandum penuh yang lebih berkhasiat ok! jadi apa lagi yang ditunggu. Buat lah hidangan sandwich tuna nestum nih. Yang penting khasiat dalamnya telah ditambah baik dengan menambah nestum.  Cuba jangan tak cuba!

23 Julai 2012

Bebola kentang Nestum

Cak!hehe. Apo kabar! Pada bulan nih saya telah berpeluang membuat beberapa menu untuk bersahur dan berbuka untuk majalah Saji dan produk nestum. Post kat blog saya kali ini, saya akan sharekan  menu menu yang dah saya ciptakan menggunakan nestum ok . Saya dah buat  6 resipi yang terhangat di pasaran (eceh! terperasanlah plak aku nih) menggunakan nestum.  Sebelum puasa lepas saya  berkesempatan menjalankan 3 roadshow nestum di 3 pasaraya Tesco di Puchong, Maluri dan Ampang.  Semasa Road show ini saya buat live show menunjukkan dua resipi terpilih dari 6 resipi yang telah saya cipta. Respon agak baik kerana mereka impress bin hairan sebab nestum boleh buat makanan yang panas katanya dan mereka dapat idea untuk buat juadah nih untuk keluarga. 
     Apa kata kita ketahui sedikit informasi kesihatan nestum ini ok. Nestum merupakan bijiran sarapan pagi yang bagus untuk dimakan waktu pagi. Ia dapat memberikan tenaga tambahan pada waktu pagi jadi kita takdelah rasa lesu jer pada waktu pagi terutama pada anak2  yang bersekolah. Jadi dengan ciptaan saya ini anak2 dan ahli keluarga lain takde lah boring kan? makan nestum dengan cara yg lama iaitu nestum campur susu dan buah segar. Jadi dengan ciptaan saya ini at least adalah kepelbagaian sikit dalam kita menghidangkan makanan yang berasaskan nestum. Taklah jemu sangat. Selain itu anda boleh beri kejutan pada teman atau sanak saudara jugak tau sebab diorang tak pernah makan makanan nih sebelum nih. Antara khasiat lain nestum ianya mengandungi, vitamin, A,C,D,E Kalsium, zat besi dan Protein. Ia dibuat dengan bijiran penuh seperti gandum penuh, barli dan beras yang dapat membantu penghadaman so kalau ke toilet tuh takde lah duk berejam rejam kan? jadi orang lain takdelah mengamuk tunggu korang lama sangat cari idea  kat toilet tuuu hehe.          
Baiklah takyah cerita panjang-panjang. Saya nak cerita pasal resipi kali ini iaitu bebola kentang. Ini adalah versi begedil kentang yang saya cilok tapi saya modified bagi sihat sikit.Itu yang saya bakar dia dari kita menggoreng dia. 

      Yelah selalunya maklum balas yang saya dapat bila diorang buat begedil, begedil akan hancur bila gorenglah dan sebagainya jadi bila bakar nih selamat lah sikit begedil korang sebab tak hancur. Selain sihat tak payah goreng, korang leh jimat duit sebab tak payah guna minyak hehehe Baiklah apa tunggu lagi cubalah resipi nih, bagi mereka yang takde oven takperlah anda boleh makannya begitu saja. sebab bila nak bakar tuh nak bagi lebih garing kat luar tuh dan bagi warna. Juadah nih sangat sesuai untuk buka puasa dan bersahur nanti ok. Kalau nak buat untuk rumah terbuka atau parti2 biasa pun boleh jugak! saya ucapkan selamat mecuba! Jangan ketinggalan memfollow post saya yang lain pasal saya akan kongsikan resipi yang lain  dari nestum ini pulak ok dan saya juga akan berkongsi gambar 2 sekitar demo tuh di  Tesco  semasa roadshow lepas!


Bebola Kentang NESTUM
Bahan-bahan A
200gm kentang-rebus sehingga empuk
1 ¾ cawan bijiran seisi keluarga NESTUM
200gm daging ayam atau lembu kisar
100gm sayur campuran
3 sudu teh MAGGI cukup rasa

Bahan B
½  cawan bijiran seisi keluarga NESTUM untuk salutan
2 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara membuat

  1. Gorengkan daging dengan minyak sehingga masak.
  2. Lenyekkan kentang sehingga halus dan campurkan semua bahan-bahan A.
  3. Bulatkan seperti bebola dan salutkan dengan bijiran seisi keluarga NESTUM dari bahan B.
  4. Bakar atas dulang pembakar dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit atau sehingga keperangan.
  5. Menghasilkan anggaran 14 biji bebola kentang.

01 Jun 2012

Celuq-celuq

Ha.. post kali nih saya akan kongsikan resipi celur2 seperti apa yang telah saya janjikan sebelum nih . Mak saya kata janji kena kotakan? kalau tak kotakan janji dia suwuh pi kota Bharu! atau Kotaraya! hehe jadi saya shesharekan lah resipi nih kepada semua pembaca! Sebelum ni saya dah cita panjang2 dahhh pasal makanan nih tau! kalau nak baca apa yang saya merapukan sebelum nih klik ajalah kat sini . Kat situ korang leh tau cita pasal celur2 nih kenapa dia panggil celur2 dengan nama celur2 dan sebagainya! Ada tip2 lagi ok! alah tak yah cita panjang2 lah perut pun dah lapar nih apa kata kita layan celur2 yang dah saya composekan di Utusan Hari ini!  Di sini saya kongsikan juga gambar saya menikmati celur2 nh dengan tokeh kedai dia! Terima kasih juga kepada Chef Ady kerana bermurah hati berkongsi resipi sos celuq2 nih! Adios!


CELUR-CELUR (Celuq-celuq) 
Bahan-bahan
2 dozen celur-celur
 ( Pilihan makanan terproses untuk dicucuk adalah mengikut kesukaanmasing-masing)
Bahan sos  Hitam manis
10 sudu makan kicap karamel pekat
5 sudu makan petis udang
100gm gula merah
2 sudu makan cuka putih
2 sudu makan kacang tumbuk
1 sudu makan biji bijan
Secukup rasa garam

13 Mei 2012

Celur-celur Gerai 7


Ha engkau! kenyang gila aku semalam, ingatkan bl balik2 malam tadi  jer teman cadang naklah sharekan pengalaman makan di gerai kawan teman di permatang pauh tuh tapi semalam lepas jerrr teman makan macam ular sawa apalagi terbungkanglah jawabnya. Ha... bukan apa sebab saya nih dah lah berjanji nak tulis pasal pengalaman saya makan juadah celur-celur di gerai teman tuh dalam FB. jadi kenalah penuhi janji kalu tak takpasal teman kena sumpah hehe..Pemilik kedainya nih aku panggil ady jer, dia nih dah bukak gerai jual makan-makan ala2 western, clay pot dan sizling. Nak dijadikan cerita pada suatu hari (dah macam drama plak kan? ish hehe)  si ady nih ajaklah saya pg ke gerai dia utk cuba try ngap produk makanan dia yang terbaru. Kira menu barulah nih yerk! " wei kau pernah dengar makanan nama celur-celur tak'? jap! aku cuba bayangkan seminit dua balas saya? tapi dalam bayangan saya nih duk membayangkan makanan itu perlu dicelur! Tapi oleh kerana nafsu yang membuak nak tau juga saya pun membiarkan aja lah si kawan teman nih mengexplain apa dia lah ko bondo celur celur tuh! rhuper rhupernya celur celur tuh adalah skewer food. Alahhhh makanan macam fish ball, crab stick, fish cake, tauhu yang dicucuk dengan lidi pencucuk tuh kemudian di celur dan dimakan dengan sos istimewa.

Konsepnya celur2 kemudian celup dan ngap. Cuma putar dan jilat jer takde macam biskut oreo tuh! kalau nak buat jugak suka hati korang lah asalkan bahagia hehe. Bagi teman konsep ini sangat bagus diketengahkan! cuba korang teka sebab apa makanan celur2 nih patut diketengahkan? sapa jawab betul boleh menang tiket ke NOWHERE city berhari hari 2 ke 3 malam! hehe. Pandaiiiipun... sebabbbb makanan konsep begini tak banyak dibuat oleh orang melayu, kebanyakannya banyak dibuat oleh masyarakat Cina, maklumlah! inikan makanan mereka jadi tak ramailah orang melayu yang buat dan paling bagus celur-celur di gerai no 7 nih adalah HALAL tiada apa yang perlu diragukan. Gerai no 7 ini terletak di Pusat komersial Permatang Pauh Pulau Pinang, berhampiran hadapan UiTM Permatang Pauh tau.  Jadi kalau agak2 sesat nak pi try boleh carik land mark dia UiTM Permatang Pauh tempat dia kat depannnn jer UiTM .
Alah senang jer lah nak carik tempat nih. Sebenaqnya apa yang sya paling suka dengan celur2 di gerai ini adalah kerana konsepnya yang melepak sambil ngap,  boleh bawak family atau kengkawan makan sebab konsep celur-celur ini adalah konsep makan sambil bergathering gitu. Yang lagi  best ialah ( amboi promote gileerr dah nih hehe) korang boleh layan movie kat layar perak walaupun layarnya tak sehebat TGV dan Golden Screen Cinema tapi bolehhlah dari tak ado kan? hehe. Eh korang jangan ingat tokeh nih duk promote celur2 jer okeh! dia ada gak promote dan jual menu2 yang lain jugak tau! nasi clayport dia jual, mee sizlling dia jual, chicken chop ada fish and chip pun ada pokoknya order dan bayar jer hehe. Harga berpatutan macam celur2 tuh RM1 jer secucuk murah giler!

08 April 2011

Burger Daging Lembu/Ayam Istimewa

INI adalah daging burger yang saya buat atas permintaan salah sorang teman farruq namanya.  Nak buat burger sendiri katanya. Yelah sebenarnya buat burger sendiri nih lebih sihat dari makan daging burger frozen yang dijual di supermarket tuh. Burger frozen yang dijual di pasaraya th megandungi bahan pengawet selain  garam  dan lemak yang berlebihan! ha burger frozen tuh  memang sesuai bagi mereka yang malas nak menjaga kesihatan!  oleh tu saya galakkan anda membuat daging burger sendiri yang lebih sihat. Tip buat burger sendiri adalah anda perlu beli daging kisar yang betul2 segar ok! dan yang mengandungi kurang lemak. Kalau anda ada mincer/ food processor sendiri lagi bagus. Mesin jer sendiri daging tuh lagi puas hati! Kalau dah takde tuh pandai2lah! lu fikirlah sendiri hehe... beli aja kat bahagian butcher di supermarket habis cita noktah! baiklah kalau buat burger daging, bread crumb yang digunakan kurang sedikit berbanding kalau anda menggunakan daging ayam pasal daging ayam kurang serat  berbanding serat dalam daging lembu.  Jadi daging ayam kisar  teksturnya lebih lembik dari teksture daging lembu kisar. Jadi sukatan breadcrumb untuk burger daging ayam perlulah lebih. Jika anda susah nak dapat breadcrumb bolehlah gunakan  biskut tawar(crackers) yang dikisar! Ok selamat mencuba!

20 Mac 2011

Cendawan bakar berinti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang mendrop by kat blog saya. Amacam hari ahad anda? apa plan hari ini? semalam kebanyakan tempat hujan, harap2 cuaca hari ini cerah dan baiklah. Jadi siapa yang ada urusan boleh lancar urusannya! Baiklah seperti biasa apa lagi,kongsi bahan makanan lah. Teman nih dah takde koje lain. Bila bab post jer mesti nak post cita makanankan. Yelah apalagi bahan yg nak dikongsikan, tak gitu? Baiklah, bebel2 jugak, hari ini teman nak kongsi bahan makanan yang agak special jugaklah. Cendawan bakar berinti.  Yang nih saya cilok dari kelas teman sekerja teman Nurina nama dia. Bila saya makan aduhh mashukkk! sedap! Untuk anda yang nak buat benda nih, benda paling penting kena ada kat rumah adalah oven, kalau takde oven kena lupakan hajat nak buat. So kalau nak buat, kenalah pi wusha oven dan beli lah sebiji. Alah beli lah yang harga ciput tuhkan! Senang nak buat kek ker, nak buat biskut ker dan apa2 makanan yang dibakar!  makanan nih boleh dijadikan lauk sampingan atau dimakan begitu sahaja sebagai snek. Jadi apa lagi kalau rasa2 nak ganti goreng pisang untuk minum petang,  anda semua leh lah buat menu cendawan bakar nih! Selamat mencuba! 

10 Mac 2011

Filo gulung bersayur

FILO PASTRY merupakan doh nipis yang diperbuat daripada tepung gandum. Ia akan menjadi rangup apabila dibakar. Strudel epal merupakan makanan yang popular dan menggunakan kulit filo untuk membalut inti epal. jangan keliru ok dengan kulit popiah kerana ketebalannya adalah tidak sama. Filo pastry boleh dibeli di pasaraya. Apabila menggunakan filo pastry ini pastikan ia tidak terdedah kepada udara terlalu lama kerana dikhuatiri ia akan kering. Baiklah kali nih cubalah makanan ini yang saya dapat daripada student Perhotelan semasa saya sekodeng (ish3x) dari kitchen ker kitchen dan apabila saya rasa makanan ini agak unik dan rasanya wala!. Boleh tahan sedapnya hehe. Apalagi kalau dah biasa sangat makan popiah kita cubalah makanan yang ala2 popiah nih. Jom kita main gulung filo pastri ahak! Ohyer kalau susah2 sangat nak carik filo pastry nih u all guna jerlah kulit popiah tapi pakai inti yang nih! habis citakan? Selamat mencuba!

28 Februari 2011

Ubi getuk goreng berjagung

Bila buat menu nih kat kelas teringat cerita arwah datuk dan nenek saya masa zaman Jepun dan Inggeris dulu diorang makan ubikayu. Diorang jadikan ubi kayu sebagai makanan utama. Masa cerita tuh rasa nak meleleh air liur sebab cam sedap jer ubi kayu. Sepatutnya masa diorang cita tuh mood sedih tapi jadi mood lapar plak hehe. Mana taknya sedap apa ubi kayu!. Goreng dengan garam dan kunyit, buat bingka, buat kerepek dan macam2 lagi leh buat, mana tak menaikkan nafsu makan teman. hehe.. Tak guna punya cucu haha. Anyway ini adalah resipi sudden yang terpacul dalam kepala otak saya memang senang nak buatnya apalagi jom lah terai!

27 Februari 2011

Coxinha


Yuhuuu salam sabtu semua. Semoga hari-hari anda tidak dirundung malang! cewah! yelah saya sentiasa mendoakan para bloggers yang  real atau halimunan (nih species pontianak harum sundal malam nih hehe)sentiasa dicucuri rahmatNYA. Ok hari nih teman nak story mori pasal makanan dari Amerika Selatan yang telah teman berjaya rompak dari kelas anak muridku hehe (rompak dengan izin ok!).Menu ini berasal dari negara Brazil katanya entah betul entah tak lah kan? katanyalah, aku pun pakat percaya jer lah. Bila saya rasa makanan nih sedap sangat. Tapi kalau nak buat makanan ini anda memerlukan food processor sebab senang nak blend isi ayam nih. Kalau guna blend biasa tekstur dia tak halus! Jadi apa kata korang cuba resipi ini ok.

02 Februari 2011

Croquette tuna

Croquette biasa dibuat daripada kentang dan ia berbentuk silinder. Ia digoreng setelah disalut dengan bread crumb. Resipi ini mencampurkan isi ikan tuna di dalamnya untuk memberikan kelainan pada croquette ini. Makanan ini sesuai dinikmati  tidak kira waktu dan amat sesuai untuk dinikmati sebagai sumber karbohidrat ketika anda makan tengahari dan malam. sangat mudah dibuat dan anda bioleh membuatnya siap2 sebelum digoreng. Sesuai juga dibekalkan untuk hidangan anak2 di sekolah atau dibawa ke tempat k erja. Tip membuat croquette ini adalah a  nda jangan merebus kentang terlalu lama kerana ia akan susah untuk memben t uk  semasa dan akan pecah apabila digoreng. Lenyek kentang semasa ia masih panas supaya mudah untuk dilenyek. 

08 Januari 2011

Croissant ayam kobis merah

CROISSANT ayam kobis  merah ini dikategorikan sebagai sandwich.  Makanan orang Perancis nih telah saya fusionkan. Maksud dia saya telah menambah selera asia dalamnya. Kalau orang Perancis nak marah saya marah lah! aku tak peduli hehe. Bukan apa sesekali apasalahnya kita sesuaikan makanan barat dengan selera kita. kalau orang kita leh kahwin ngan mat saleh dan minah saleh, apa salahnya kita antarabangsakan citarasa tempatan betuitak? Hai duk membebel pasal kahwin2 plak teman nih. Nih nak habaq sat, sebenaqnya inti croissant nih teman gunakan filling yang teman masak untuk artikel Dari Dapur Azli Razali  di Utusan Malaysia tuh. Jadi adalah lebih makanan nih, tuh yang gunakan untuk buat croisant pulak!     

20 Oktober 2010

Bruschetta cendawan

Resepi Bruschetta adalah menu untuk artikel Segalanya Tentang Cendawan Utusan Malaysia Jumaat 8 Oktober 2010. Sebenarnya bruscheta ini adalah sejenis pembuka selera iaitu appetizer yang berasal dari negara Itali. Ia bolehlah dianggap sebagai mini pizza tetapi menggunakan roti perancis. Banyak sekali topping yang boleh anda buat untuk menyediakan brischetta tetapi pada minggu ini saya menggunakan topping cendawan, keju dan sos bagi memenuhi keperluan artikel, jadi selamat mencuba ok. Sila klik disini untuk membaca artikel ini ok ya! selamat mencuba!
Bahan-bahan
5 keping roti Perancis
3 sudu sos pasta-perasa tomato (boleh dibeli dipasaraya)
3 sudu lada benggala yang didadu kecil
5 ketul cendawan butang dalam tin-dihiris
5 helai daun basil
2 sudu parutan keju chedar/mozarella

18 Oktober 2010

Wantan Dumpling

Dumpling merupakan makanan berbentuk kecil2 seakan bebola (. Saiznya dibentuk kecil2 supaya senang dimakan. Doh yang selalu digunakan adalah beasaskan tepung. Ianya mengandungi inti yang pelbagai jenis. Selalunya ia akan dikukus, digoreng atau direbus untuk dijadikan sup. Mungkin anda pernah menikmati dim sum. Dim sum merupakan makanan cina yang sangat terkenal dan merupakan makanan yang mesti pada hari kebesaran dan perayaan masyarakat cina dan ia dimasak didalam pengukus buluh dan terus disajikan di atas meja selepas ia dimasak. Uniknya pengukus ini saiznya kecil dan bukanlah pengukus yang besar seperti yang anda bayangkan. Ia terdiri daripada pelbagai jenis termasuk pau dan wantan dengan pelbagai jenis inti (mengikut selera masing-masing) dan  kali ini saya akan berkongsi resepi wantan yang telah diubah suai sedikit. Resepi ini  mencampurkan semua-bahan-bahannya untuk dijadikan inti yang akan diletakkan dalam kulit wantan nanti. Kemudian anda boleh menggoreng atau mengukus wantan ini, ikutlah kesukaan anda yer!. Tetapi yang pasti kukus itu lebih sihat selamat mencuba!

19 Mac 2010

Bebola daging burger



Bang burger special satu, bang burger ayam satu, bang burger daging sos lebih dua bungkus. Bang bungkus bebola daging burger satu! ha bebola daging burger? biar betul! mesti abang jual burger tuh jem sekejap sebab dah 18 tahun dia jual burger tapi tak pernah pulak dia dengar ada bebola daging burger!. Hahaha. Mai sini cek nak habaq sikit . Bebola daging burger ini saya cipta untuk program Nasi Lemak kopi O slot dapur berasap yang akan ke udara secara langsung di TV9 ahad ini 21 hb jam 9.30 pagi.

01 Mac 2010

Samosa Sosej

Resepi ini adalah resepi yang saya perbaharui daripada resepi samosa yang biasa kita beli dan makan. Saya menggantikan isinya dengan hotdog, telur, mix vege dan keju. Jadi takdelah rasa boring sangat sebab samosa kini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis isi. Dari segi teknikal mungkin agak sedikit susah bagi membentuk kulit popiah menjadi segi tiga. Jangan kuatir kerana anda boleh menggulung mengikut kesenangan anda contohnya kalau tak boleh sangat gulung lah seperti menggulung popiah. Kan senang?!

06 November 2009

Samosa sardin

Ashik samosa daging dan ayam jerk. Pakata try samosa lain pulaklah. Rasa tetap rasa karilah cuma isi dia saya gantikan dengan sardin. Ini adalah atas permintaan kenalan saya. Melalui email, dia minta untuk saya berikan resepi samosa. Tapi sekiranya anda tidak mahu rasa sardin anda boleh gunakan daging sama kuantitinya dengan sardin. Sekira anda menggunakan sardin masukkan pada masa langkah akhir(last step ok) supaya sardin tidak terlalu hancur.Senang jer!
Bahan-bahan
1 tin kecil /150 gm sardin/daging/ayam cincang
2 biji kentan- potong dadu
3 ulas bawang kecil- dicincang halus
1 tangkai daun kari
2 1/2 sudu serbuk kari ikan/daging
3/4 cawan air
1/4 cawan sayur campur
2 camca daun ketumbar-cincang garam secukup rasa
12 keping kulit popiah

Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bawang merah dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Lautkan serbuk kari dengan air sehingga menjadi paste,dan tumis bersama bawang dan daun kari sehingga pecah minyak.
  3. Ketika ini masukkan daging sekiranya menggunakan daging cincang.
  4. Kemudian masukkan kentang dan air.
  5. Masak hingga kentang empuk.
  6. Dan masukkan sardin(sekira guna sardin), sayur campur dan daun ketumbar.
  7. Perisakan dengan garam
  8. Ambil satu sudu inti dan letakkan dia tas kulit popiah, balutkan membentuk segitiga. Lekatkan hujung samosa menggunakan air.
  9. Goreng sehingga masak kekuningan.

29 September 2009

Lempeng tuna dan lobak merah

Bila lihat pelajar-pelajar kelas masakan antarabangsa tetiba saya tertarik dengan lempeng yang diorang buat. Bila ditanya lempeng nih asal dari negara mana? mereka menjawab dari India Chef! Setelah saya merasa ternyata rasanya sungguh enak!. terus idea sampai untuk mencipta resepi lempeng yang baru sebagai makanan ringkas atau snek! Bahan bahan 50gm tuna dalam tin 75gm lobak merah, disagat/dimayang 2 biji cili hijau 1 biji bawang merah 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuh jintan putih 1 sudu teh serbuk ketumbar 100gm tepung kacang kuda 50gm tepung roti 1 sudu teh serbuk penaik 300 gm air sedikit garam Cara-cara penyediaan
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketepikan.
  2. Kemudian campurkan kesemua bahan didalam mangkuk dan kacau sehingga rata dan menjadi campuran yang likat.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan ambil sesenduk campuran tadi dan tuangkan diatas kuali tadi. Terbalikkan apabila sudah keperangan. Kemudian bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidang.

11 September 2009

Tart telur keju

Tart telur keju nih enak dimakan semasa panas. Sangat mudah disediakan. Hidangan ini sesuai dihidangkan untuk semua jenis keraian.

Bahan bahan
1 paket kulit doh puff pastry
4 biji telur 2biji kuning telur
250ml susu sejat
200 gm krim putar
70gm keju cheddar, diparut
1 camca teh serbuk buah pala sedikit garam sedikit lada putih

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan semua kecuali keju di dalam mangkuk ,kemudian kacau menggunakan wire whisk hingga sebati. 
  2. Cairkan mentega kemudian sapukan mentega sedikit di atas puffpastri dan lapiskan dengan pastri( lakukan proses ini sebanyak 7 lapis puff pastry). 
  3. Kemudian potong menjadi 9 bahagian( akan mendapat 9 bahagian 4 segi). Saiz empat segi ini boleh dipotong kepada 6/ 9 bahagian mengikut kesukaan. 
  4. Letakkan setiap satu puf pastry yang dipotong itu didalam acuan muffin(acuan besi yang digunakan untuk meletakkan acuan kertas muffin). 
  5. Setelah setiap bahagian 4 segi itu diletakkan didalam acuan muffin yang besi itu, tuangkan adunan telur hingga penuh. 
  6. Bakar pada suhu 170 celsius,kira-kira 20-30 minit sehingga mengeras dan masak keperangan.