Ayam
percik merupakan juadah tradisioanal melayu yang mempunyai identitinya
tersendiri. Ianya menggunakan pelbagai bahan masakan Melayu asli. Untuk
pengetahuan anda, sebenarnya ayam percik membawa maksud yang ayam itu akan
dipercikkan dengan kuah percik semasa ia dibakar atas pemanggang arang. Dengan
percikan kuah yang dilakukan sepanjang proses membakar ayam itu maka rempah-rempah
akan meresap dalam ayam dan akan memberikan rasa yang enak bersama aroma asap salai dalam ayam itu. Menu ini merupakan
juadah yang sering juga.saya sediakan apabila balik kampung kerana keluarga
saya memang suka makan ayam percik yang saya sediakan.
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
22 Mei 2014
16 Julai 2013
Ayam bakar oat
Lah jangan susah-susah hati, senang jer buat resipi nih campak2 bohjer bakar dah jadik! Kalau nak guna daging pun boleh tak semestinya ayam jerpun. Baiklah saya kongsikan resipi dalam Hidangan Barakah Episod 7 yang bersiaran di TV Alhijrah. kepada yang terlepas menonton bolehlah ambik resipi nih dan cuber ok!
Labels:
ayam
11 Mac 2013
Ayam Bersos Pan Au Jus Cendawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ada sesuatu yang istimewa pada resipi ini yang buat saya nak sheshare dengan anda semua!. Boleh teka apa dia? hehe ok 10 minit saya bagi untuk anda semua teka boleh?! eleh dah baca jawapan dia mana aci! haha. Oklah sebenarnya ada 3 keistimewaan resipi yang saya kongsikan ini~ Pertama: ada dua perapan untuk bahagian ayam ini yang saya gunakan. Untuk yang bahagian kepak lain perapannya dan yang bahagian paha lain perapannya. Kedua: Cara memasak yang berbeza saya gunakan untuk memasak bahagian kepak, dada dan paha. Ketiga: sosnya dibuat daripada minyak gorengan ayam yang lebih dikenali sebagai pan au jus ( sebutannya pan au ju). Mesti ada yang terpinga-pinga sebab tak pernah kenal dan dengar perkataan au jus tuh betul tak.
Relax... nanti saya akan terangkan lebih lanjut apa dia yang dimaksudkan dengan pan au jus tuh. Baiklah kenapa ada dua resipi? haaaa saja jer nak bagi u oll tambahkan koleksi resipi masakan ayam, boleh gitu? takde lah sebenar-benarnya ia ada berkaitan dengan cerita sos yang saya kata nak kongsikan ceritanya tuh. Oklah saya rasa saya cerita pasal sosnya dululah. Pan au jus adalah sos yang diperbuat daripada lebihan minyak gorengan ayam, tapi kalau nak buat sos ini teknik masakan pan fry sahaja yang boleh anda gunakan iaitu menggoreng ayam dengan minyak yang sedikit. Ok kalau tak paham jugak apa dia Pan fry, u oll klik jerlah kat sini! ha jelas tak apa dia panfry tuh? anda boleh gak gunakan teknik ini untuk memasak steak juga tau. Kenapa dipanggil Pan Au Jus kerana semua jus yang keluar daripada ayam semasa digoreng melekat pada kuali dan lekatan2 pada kuali itu yang memberikan rasa extra pada sos yang kita buat nih! Lekatan2 jus yang melekat itu akan di deglazekan atau dicurahkan dengan stok ayam (saya menggunakan serbuk stok ayam jer) dan lepas tuh saya kacau segala kerak2 yang terlekat pada kuali dengan minyak dia sekali bersama stok ayam yang talah disediakan. Tapi pastikan jika anda menggoreng ayam tuh tidaklah sampai hangus! nanti sos yang anda buat tuh pahit plak. Takde sapa plak nak makan nanti sebab pahitkan! Saya bancuh minyak yang digoreng itu dengan tepung dahulu sehingga ia menjadi pes (tepung nih berfungsi untuk memekatkan sos). Lepas dah gaul tepung then barulah diletakkan dengan stok. Kemudian akhir sekali terpulanglah pada kita nak masuk apa. Macam saya saya Letakkan hirisan cendawan butang. Simple tapi menyelerakan bukan?! sempoiii!!!
Untuk teknik pan fry ini, selalunya sesuai untuk bahagian-bahagian daging yang rata seperti bahagian dada dan paha, bahagian seperti kepak kurang sesuai untuk teknik gorengan ini. Oleh kerana saya ada stok kepak ayam plak masa mengajar budak2 di kelas basic saya perapkan kepak ayam tadi dengan sedikit madu dan paha dan dada pula dengan perapan yang lain. Ok.. anda semua dah taukan kenapa menu nih special dan saya pun dah bagi tau bagaimana nak buat sos pan au jus. Apa lagi tak reti2 nak cuber resipi nih dan buat kat rumah. Cuberlah sos dia mesti tangkap leleh habaq hang! Ini pun dah pukul 5.30petang saya nak cabut balik dah! nak standby tgk drama slot Akasia kat TV3 yang tengah FOFULAR sekang tuh~ Rindu Bertamu di Abu Dhabi!(walaupun lagi 1 1/2 jam lagi baru nak start...!!!) Bukan apa, almaklumlah dah terjebak tertengok plak citer tuh. Pas tuh cita dia layan plak lagi. Sebab tuh orang kata bahaya tgk cita bersiri nih kan? dah jadi cam saya kena plak duk mengadap menunggu setiap hari! hehe. Takper janji layan! Ada yang follow tak cita tuh tak? kalau tengok, boleh geng ngan saya hehehe. Ha kalau sempat buatlah resipi yang saya kongsi nih memang sangat sesuai makan sambil layan cita nih! ok lah selamat mencuba!

13 Januari 2011
Ayam kicap dengan acar buah
MASAK kicap sebenarnya boleh dipelbagaikan. Kali ini saya campurkan acar buah. Kalau tak suka rasa manis boleh gantikan dengan acar limau yang sedikit masam. Saya tak mencampurkan acar buah ini dengan banyak kerana taknak masak kicap ini terlalu manis.
Jika anda biasa campurkan dengan kentang kali ini cubalah dengan acar pula. Gunakan kicap masin supaya masak kicap anda lebih balance rasanya bila anda campurka n dengan acar nanti. kalau nak guna kicap pekat pun boleh tapi tambahkan dengan air.
Labels:
ayam
06 Januari 2011
Ayam masak kobis merah
KERANA terlalu excited nak berkongsi resipi dengan bloggers maka saya ambil keputusan untuk postkan resipi ini. Resipi ini sebenarnya adalah resipi saya dalam artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia keluaran akan datang nih. Resipi ini untuk artikel syaa tentang kelebihan kobis merah so kalau nak tau tentang cerita kobis merah belilah Utusan Malaysia setiap jumaat ok (heheh promote nampakkk???) hehe.
Labels:
ayam
02 Januari 2011
Ayam Penyet AR
RESIPI makanan ini adalah ala-ala ayam penyet. Ayam penyet sebenarnya mengambil nama daripada ayam yang diketuk sehingga penyek selepas digoreng. Menunya mesti dilengkapi dengan hidangan tauhu dan tempe yang menjadi kemestian dalam makanan ini. Jika tidak ada, maknanya menu ini kurang lengkap. Tauhu dan tempe dilumur dengan perapan ayam dan disalut dengan tepung jagung sebelum digoreng.
Labels:
ayam
30 Disember 2010
Ayam masak gajus
Labels:
ayam
24 Disember 2010
Ayam Percik Kelantan
Bahan Bahan
1 ekor ayam-potong 4 bahagian
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
1 ekor ayam-potong 4 bahagian
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
Labels:
ayam
04 Disember 2010
Ayam tandoori Klasik
RESIPI ayam tandoori klasik menggunakan pelbagai jenis rempah yang dicampurkan dengan yogurt. Kemudian diperap dengan ayam. Untuk mendapatkan rasa ayam tandoori yang sedap, ayam sebaik-baiknya diperap selama 8jam atau lebih Kebiasaannya ayam tandoori akan dibakar di dalam oven yang diperbuat daripada tanah liat yang dipanggil tandoor oven/clay oven, Clay oven berbentuk bulat seperti tong drum. Anda boleh menggunakan oven biasa atau griller jika tiada clay oven. Selamat mencuba.
Labels:
ayam
10 November 2010
Ayam masak merah dengan mangga
Asalnya resipi ini adalah ayam masak merah tetapi saya telah mengolahnya dengan mencampurkannya dengan mangga, anda akan rasa mangga dalam masak merah ini. Hidangkan juadah ini dengan nasi putih atau jika mahu lebih sedap makan juadah ini dengan nasi tomato pasti terangkat!
Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Labels:
ayam
08 November 2010
Ayam Masak Tomato
Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita bulan September 2010
Pastikan ayam dibuang kulit kerana kandungan minyak tepu pada kulit mengandungi kolesterol tinggi. Teknik memasaknya juga berlainan kerana tidak menggunakan minyak. Tomato mengandungi sumber antioksidan seperti anthocyanin dan lycopene yang baik untuk mengurangkan risiko sakit kanser payu dara dan prostat. Susu cair yang menggantikan santan juga membekalkan kalsium kepada badan.
Labels:
ayam
04 November 2010
Ayam masak Varuval
RESIPI kali ini saya kongsikan apabila saya mendapatnya daripada suratkhabar NSTP bertarikh 25 Oktober 2010 dan terima kasih kepada Chef Madhavan daripada Hotel Legend kerana berkongsi resipi ini. Menurutnya, makanan ini berasal daripada selatan India kerana ia menggunakan banyak rempah ratusnya. Untuk pengetahuan anda, untuk menyediakan makanan ini ianya memerlukan masa yang lama kerana berdasarkan cara-cara penyediaannya anda perlu perapkan dahulu ayam ini selama 2 jam. Selain itu bahan-bahan yang digunakan juga agak banyak dan akan merumitkan lagi penyediaan juadah ini. Saya pun mula2 pening gak tgk bahan2 dan penyediaannya tetapi jgn risau saya dah susun bahan2 dan penyediaan dia agar mudah difahami. Walaubagaimanapun dengan bahan-bahan yang meriah dalan resipi ayam ini ditambah pula dengan masa yang lama diluangkan saya garenti makanan ini pasti enak!. Jadi tarik nafas dalam-dalam dan luangkan masa anda selama lebih dari 2 jam untuk membuat masakan ini. Sekali sekala apasalahnya kan? yang penting sedap!. Kalau rasa lama sangat peraplah ayam tuh 1 jam jer tapi rasanya kurang umphh lah hehe.Selamat memasak!
Labels:
ayam
26 Ogos 2010
Ayam ala Mediterranean
Mediterranean? apa benda plak tuh! mesti ada yang bertanya bukan? Oklah bagi mereka yang tak tau tuh, MARI DEKAT! MARI DEKAT! macam dialog Sheila Rusle bila dia buat iklan telur dadar guna mayonis tuh plak kan? Sebenarnya perkataan Mediterranean berasal daripada ayat latin mediterraneus yang bermaksud di tengah dunia atau di antara dua daratan dan ia merujuk kepada negara-negara yang terletak di lautan Mediterranean dan terdapat 21 negara yang mengelilingi lautan Mediterranean ini antaranya adalah Sepanyol, France, Monaco, Malta, Itali, Slovania, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro Albania, Greece, Turkey. Untuk melihat peta negara-negara Mediterranean, u all lehla klik di SINI. Kebanyakan negara2 Mediterranean
Labels:
ayam
11 Ogos 2010
Ayam kicap berempah
Ini adalah ayam kicap berempah edisi cepat dan asli terpulang kepada anda, jika suka yang asli gunalah resepi 1 suka cepat dan mudah serta menggunakan produk instant iaitu tumisan kicap berempah MAGGI gunalah resepi 2. Selamat memasak!
Labels:
ayam
21 Januari 2010
Ayam bakar taucu
Sebenarnya resepi ini saya hasilkan bila teman wartawan saya iaitu Kak Sha sha dari Berita Harian meminta saya untuk memasak makanan langkah demi langkah. Katanya untuk ruangan ratu berita harian untuk column Dari Tanur. Tapi saya tak sempat nak hantar kat dia pasal dia dah bertukar ke column lain pulak. senang cita dia dah resign lah dari tulis benda2 masak ini untuk Dari tanur. Walaubagaimanapun saya ambil kesempatan untuk berkongsi resepi ini, jadi ikuti langkah demi langkah cara menyediakan ayam bakar taucu. Sekiranya anda tidak mahu bakar ,anda boleh menggoreng ayam ini 3/4 masak aja. Ikutlah selera masing2 ya.Bahan-bahan
600gm dada ayam
2 sudu makan kunyit serbuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Labels:
ayam
Langgan:
Catatan (Atom)