Pages

Memaparkan catatan dengan label Puding dan agar-agar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding dan agar-agar. Papar semua catatan

06 April 2011

Chocolate pudding

BILA hari rabu jer saya suka sangat!. Pasal hari nih kelas saya start jam 5 ptg jadi sebelum jam 5 teman boleh buat macam2 keje hehe. So macamana hari rabu korang? ada yang cuti? mesti ada kan? ada yang MC? nih komperem ada jugak! kalau ada tuh mesti tak browse internet dah kan? baik melepak kat atas katil, rehat2... lagi puas hati! Oklah saya mengambil kesempatan dengan masa yang ado nih, untuk berkongsi resipi puding coklat! Ini bukan puding yang keras tuh tapi teksture puding nih lembut. Ala2 macam mousse sikit ( melt in your mouth not in your hand hehe (sebab makan pakai sudu mana nak cairkat tangan kan? haha). Jadi kalau u all nak buat puding nih sebaik-baiknya diservekan dalam mangkuk kecik atau pun dalam champage @ wine glass. Step nak buat dia nih agak macam leceh sikit, tapi berkat kesabaran dan beristighfar banyak2 hehe insyaAllah dapat u all membuatnya.. amin, selamat mencuba!

05 April 2011

Puding Roti di Utusan

Puding roti kali ini adalah puding roti yang saya kongsikan dalam Utusan minggu lepas. Resipi nih saya selalu gunakan dalam kelas mengajar pastry kepada student2 saya. Kalau mana yang dah terliuq nak makan puding roti sendiri tuh, ha apa lagi buatlah. Kalau nak sedap gunalah roti butterscotch atau roti manis yang lemak, memang sedap rasanya. Resipi ini juga adalah atas memenuhi permintaan dari pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali  di Utusan minggu lepas. Ada juga yang menanya kalau nak bakar jer puding nih tanpa menggunakan steam bake boleh tak?. Eh boleh sangat. Ad juga yang tanya boleh  tak puding nih guna microwave. Ok pasal microwave nih anda boleh gunakan kalau ada function membakar jer. Kalau takde jangan mandai2 pakai yer, sebab microwave biasa tuh nak panaskan makanan jer cik oi hehe, kang tak pasal2 kering puding roti awak tuh hehe.  Ok harap segala teka teki  teka tekuk pasal puding roti nih dah jelas. So dah jelas jom kita buat puding roti beramai ramai!

11 Mac 2011

Lengkong coklat

SEBELUM nih saya ada sharekan resipi agar2  coklat dengan anda semua dalam blog nih. Tapi sukatannya semua dalam gram. Saya faham kalau sukatan dalam gram nih ada orang tak suka. Nak2 yang warga2 emas (bukan consider yang makcik2 ker?) opss. tak pasal2 mulut aku kena jahit lak nanti! hehe. Kira golongan2 yang old timer lah gitu maksud saya. Yelah betul gak kalau guna cawan nih senang cuma kurang accurate (tepat)jer sukatannya,  tapi masih boleh mendapatkan hasil yang memuaskan!. Kalau guna dua2 sukatan metric nih lagi advantage kan? Cawan reti guna, penimbang pun boleh guna. Apalah salahnya beli jer penimbang. Bukan beribu ribu lemon pun harga nya tak sampai pun 30 hinggit harganya kan? so bakor jer! eh silap beli jer sebiji. Oklah pada u all yang nak membuat lengkong tapi ada cawan jer kat umah. Apa kata cuba lengkong nih atau bahasa sopannya agar-agar hahaha (padahal dua2 sama jer kan?). Kalau nak tau tip masak lengkong bolehlah baca post saya sebelum ini pasal agar2 coklat ok.

25 Disember 2010

Bread butter pudding pisang/puding roti pisang

INI adalah resipi lain untuk membuat bread butter pudding yang saya dapat dari buku profesional baking 4th edition. Jadi anda bolehlah cuba juga resipi ini. Jangan lupa makan dengan lawannya iaitu sos kastard atau juga dikenali dengan nama creme anglaise. Ia akan menambahkan kelazatan puding ini. Saya cadangkan anda makan puding ini semasa ia sejuk dan pasti rasanya  lagi bertambah-tambah enak. Jadi bila buat tuh simpanlah di dalam peti sejuk dahulu sebelum anda ngap pudding anda itu hehe. Anda boleh mendapatkan resipi bread butter pudding yang lain dengan klik di sini dan  resipi sos vanilla/ custardnya. Cara membakar roti ini adalah menggunakan cara steam bake iaitu membakar di atas dulang yang mengandungi air di dalam oven cara ini dapat menjadikan puding lembab dan  tidak terlalu kering sesudah dibakar. saya campurkan pisang dalam puding ini jadi ada kelainan sikit pada puding ini.Selamat mencuba ya!

11 Disember 2010

Agar-agar coklat


DEFINISI agar-agar sebenarnya adalah keras tetapi masih lembut untuk digigit dan dikunyah. Ia berbeza dengan puding yang kebanyakannya lebih lembut dan ada sesetengah puding tidak mencampurkan agar-agar tetapi menggunakan telur, krim dan gelatin. Tip pertama untuk membuat agar-agar yang elok dan tidak terlalu keras adalah dengan memastikan agar-agar dimasak dahulu dengan air kosong supaya agar-agar mudah melarut dan hancur. Jangan mencampurkan semua bahan-bahan sekali kerana agar-agar menjadi susah dan lambat untuk dihancurkan. 

05 November 2010

Puding karamel

Artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia hari ini saya telah pun kongsikan cara-cara bagaimana nak buat karamel.  InsyaAllah, menjadilah puding karamel yang anda akan buat nanti ok!  Seperti biasa dibawah ini adalah bahan-bahan dan cara membuat puding karamel. Good luck ya! Untuk membaca artikel puding karamel  anda boleh klik disini. Happy browsing! 

03 November 2010

Puding Suji


PUDING Suji juga dikenali puding semolina ini sebenarnya adalah pencuci mulut komuniti masyarakat India yang sangat popular dan enak. Resipi  asli menggunakan minyak sapi tepung suji dan susu. Walaubagaimanapun resipi ini saya ubahsuai sedikit dengan menambah agar-agar supaya dapat membantu puding ini untuk set dan menjadi lebih pejal.  tepung suji @ semolina adalah tepung gandum penuh yang  biasa digunakan untuk membuat pasta. Keunikan puding ini terletak pada bahan-bahannya. Apabila masak tekstur puding ini  sedikit kasar kerana tepung semolina tadi yang kasar dan telah mengembang. Well anda semua kena cuba puding nih. Welcome to the taste of Indian!
Bahan-bahan 

25 Ogos 2010

Puding laici

WOKEH! hari pun dah petang. Tekak makin kering, perut makin nipis, bibir semakin merekah delima hehe(belasah jerlah!?) dan macam2 lagilah ujian kita pada masa berpuasa nih betul tak? Chek nih ha tengah duduk mengira masa jer nak berbuka walaupun lebih kurang 1 setengah jam lagi waktu nak berbuka puasa. Mesti time nih ada yang dah masak, ada  yang tgh berkungfu kat dapur memasak dan ada yang duk ronda2 beli juadah buka puasa. kat bazar Ramadan. Jangan ada yang borong berlebih-lebihan udah, kita kenalah kawal nafsu berbuka kita, jangan membazirrr bak  kata Ustaz Chef Azli Razali tuh hehe. Oklah kali nih apakata u all cuba puding laici nih. Laici dalam tin nih adalah  one of my paberet kalau buat mocktail lagilah terangkat!. Selalu gak buat air mocktail laici seperti Laici campur jus tembikai (CIKAI ~ bukan maksud selekeh yer!); Laici campur Teh O (LAITO~dah macam nama German plak kan? hehe); Laici campur Ribena (CIRIBEN). Camana? kelas tak nama air-air nih. Kelas dan komersial kan? dan cam kelakar pun adagak bunyiknya!. Tak kisahlah janji bezzz! kalau tak caya u all buat lah minuman2 nih masa berbuka puasa pasti terangkattt bebbb! nanti next post saya postkan resepi dia pulak ok! berbalik pada cerita puding nih. Resepi dan gambar nih dah lama saya peruk dalam draft tapi lum ada masa  sesuai nak postkan lagi. Saya dah buat resepi nih sem lepas lagi masa kelas komersial dengan student2 dulu jadi saya rasa iselalin bulan lain ia juga  sangat sesuai dibuat dalam bulan2 puasa nih. Lepas buat plak simpan dalam peti sejuk, then leh layan lepas buka atau malam sikit pas semahyang tarawikh, makan masa sejuk2.  Perghhh!!! sejuk anak tekak dan esofogus hehe! Ok apa lagi kalau tak sempat nak buat petang nih leh buat malam nih simpan esok buka puasa leh layan puding. Selamat mencuba!


Bahan-bahan A
Puding


30gm agar-agar
6 cawan air
1/2 tin laici (laici dalam tin)-kisar halus bersama airnya
1 cawan kordial laici
1 cawan/secukup rasa gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis

07 April 2010

Bread Butter Puding

BREAD BUTTER PUDDING memang popular antara kita dan mungkin ramai yang tahu bread butter puding ini merupakan makanan pencuci mulut tradisi orang-orang UK u know!. Banyak versi yang kita boleh gubah daripada resepi asalnya kerana ada yang mencampurkan dengan jem strawberi dan sos coklat atau coklat cair malah ada yang meletakkan ceri lagi!. Dessert ini boleh dimakan dengan aiskrim. Atas permintaan saya uploadkan resepi bread butter pudding yang klasik resepinya. Dan resepi ini jika nak jimat perbelanjaannya bolehlah anda menggunakan susu cair untuk menggantikan cream yang agak sedikit mahal harganya. Tapi kalau guna cream tuh hasilnya lebih berlemak dan berkrim disukai ramai!


Bahan-bahan


10 keping roti putih
sedikit mentega
2 biji telur
1/2 gula kaster
1 sudu kecil esen vanilla
300ml susu
300ml krim
1/2 cawan kismis
1/2cawan kacang badam

Bahan sos vanilla
1 tin susu cair
200ml susu segar
100gm gula kaster
80ml air
1 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu tepung kastard
1 camca teh essen vanilla


Cara-cara penyediaan
  1. Sapukan mentega atas roti sedikit.Susun atas acuan pembakar.
  2. Kemudian bancuh semua bahan A. Curahkan dalam bekas berisi roti yang disusun.
  3. Taburkan kismis dan badam atas roti dan bakar sehingga masak kekuningan.
  4. Untuk menyediakan sos vanilla bancuh semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga likat dan sejukkan. Pastikan dikacau sentiasa supaya tidak berketul.Sedia untuk dihidangkan.

18 Ogos 2009

PUDING CARAMEL NESCAFE

Puding karamel atau lebih dikenali dengan nama cream caramel menggunakan telur sebagai agen untuk mengeraskan puding ini. Nisbah telur dan susu yang digunakan adalah lebih kurang 1 biji telur:200ml susu. Resepi ini menggunakan nescafe sebagai memberi rasa kopi kepada cream caramel ini. Try tengok!