Pages

Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan

04 April 2011

Chocolate chunk muffin

Bila saya buat post nih teringat post dulu pasal cita muffin saya kena curi hehe. Tapi kali ini muffin saya bukan kena curi tapi saya pulak curik secara halal resipi orang dan kongsikan dalam nih. Hai dah masuk bulan 4 kan? so kita sudah masuk suku tahun untuk tahun 2011. Apa perkembangan korang? Mungkin ada yang dah berkembang dan mungkin ada yang makin menguncup! Cam saya nih ramai yang kata makin kecut hehe. Entahlah rasa makan cam gitu gak tapi makin kurus hehe. Busy katanya!? kepada yang makin mengembang tuh, jaga2... jangan terlalu kembang. Kalau kembang benda yang baik takper teruskan! kalau kembang badan tuh kena lah hingat2 kang nanti ada pulak penyakit yang datang nanti hehe. Kepada penggiler2 makan! Apa kata u all cuba muffin coklat nih. Jangan keliru ada dua muffin dalam gambar nih yer. So pada mana yang tak rabun warna tuh, mesti korang leh beza mana satu muffin coklat kan? kalau yang rabun warna tuh tak dapeklah pakcik nak nolong eh. So selamat membuat muffin!

02 Ogos 2010

Muffin pisang/Blueberi

Bahan-bahan

250gm mentega
250gm gula halus

5 biji telur
6 biji @ 250 gm pisang embun-dilenyek/100gmblueberi
4 sudu makan susu UHT
 150gm tepung halus
1/2 sudu teh bikarbonat soda
115 gm tepung gandum biasa
1/2 sudu teh serbuk penaik

 Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan pisang dan esen vanila. Pukul sebati.
  4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian masukkan  dalam adunan.
  5. Pukul sehingga hampir sebati sahaja.
  6. Masukkan dalam mangkuk kertas muffin 3/4 penuh dan bakar dalam ketuhar 180 darjah celsius selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.
  7. Jika anda membuat bluebery, ketakkah 1-2 sudu atas aduanan dalam acuan. atau jika suka gaulkan bersama adunan dan bakar seperti biasa.

Tip Chef Azli Razali
Tekstur muffin tidak sehalus kek. Teksturnya sedikit kasar jadi apabila anda mengacau tepung dengan adunan, ia tidak perlu dikacau betul2 sebati. Cukuplah sekadar hampir sebati.