Pages

20 Oktober 2010

Segalanya tentang cendawan

INi adalah artikel saya yang bertajuk Segalanya Tentang Cendawan diterbitkan di dalam sisipan mode Utusan Malaysia Jumaat 8 Oktober 2010. Anda boleh membaca artikel asli  di dalam entri post ini. Walau bagaimanapun anda juga dapat membaca artikel yang telah diedit disini. sementara itu bagi mereka yang inginkan resepi untuk  artikel pada keluaran 8 Oktober boleh lah dapatkannya disini.

Artikel: Segalanya tentang cendawan
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Tarikh:8 Oktober 2010

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca Utusan. Hari ini saya ingin bercerita tentang cendawan kerana melalui pengamatan saya cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan.  Kebiasaannya
 masyarakat kita menikmati cendawan untuk membuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam kebanyakan masakan barat seperti ditaburkan di atas pizza atau dijadikan sos cendawan. Bayangkan jika anda menikmati sup yang kaya dengan rasa cendawan ditambah pula jika ia dicicah dengan roti Perancis bakar. Memang menyelerakan!
cendawan di pasaran maka ramai yang telah mengambil kesempatan menceburkan diri dalam perusahaan cendawan samada secara kecil-kecilan atau secara komersial. Cendawan merupakan sejenis organisma hidup yang boleh d penggunaannya  samada di dalam masakan, produk kesihatan atau produk penjagaan
diri.
Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya.“Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda:Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”
Disamping itu, dengan memakan cendawan  ia dipercayai dapat mengekalkan keremajaan kulit dan menghilangkan stress.
Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik dari journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
Cendawan shitake contohnya banyak mengandungi asid amino iaitu leucine, isoleucine, valine, tryptophane, lysine hingga phenilalannie. Selain itu, ia juga mengandungi cukup serat kasar antara 7-8 peratus yang baik untuk sistem pencernaan anda.
Jadi khasiat cendawan bukanlah satu rahsia lagi kerana ia mampu untuk mencegah dan merawat penyakit. Cendawan sebenarnya adalah sejenis kulat yang selamat dimakan. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia tetapi hanya beberapa jenis cendawan sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw. 
Beberapa tip yang perlu anda ketahui tentang cendawan. Pilihlah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir. Selain itu cendawan yang segar tidak berwarna kusam dan ia masih berwarna cerah. Cendawan seperti kentang dan epal,  mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh kerana itu,  apabila cendawan telah dihiris, janganlah ia didedahkan terlalu lama pada udara kerana cendawan ini akan menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya. Selain boleh didapati secara segar, anda juga boleh membeli cendawan yang kering atau yang telah siap ditinkan di pasaraya atau kedai runcit. Pilihan terletak pada selera anda! dengan ini cuba-cubalah resepi minggu ini untuk anda menikmati kelazatan cendawan yang sebenar dalam masakan. Selamat mencuba!

0 comments: