Ruangan Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia hari ini saya berkongsi satu resepi minuman campuran yang dikenali sebagai koktel Sentuhan Rasa. Dalam ruangan yang sama juga, saya telah menulis artikel tentang moktel. Sila klik disini untuk gambar dan membaca artikel yang penuh. Selamat mencuba resepi moktel pada minggu ini. Semoga minuman campuran ini dapat membasahkan tekak dan menghilangkan dahaga anda! Selamat meneguk!
Bahan-bahan
1 cawan aiskrim soda
1 ½ cawan jus jambu batu
1 cawan jus epal
1 sudu ribena
Ais yang mencukupi
Cara-cara penyediaan
- Campurkan semua bahan kecuali ribena dan ais.
- Jika ingin dihidang, letakkan ribena di dalam gelas kemudian ais.
- Tuang perlahan-lahan jus yang telah dicampurkan tadi supaya jus tidak bercampur dengan ribena.
- Hiaskan dan siap.
0 comments:
Catat Ulasan